Tutorial: Felt Rose

Assalammualaikum...

Selamat hari Isnin semua. Hari ni aku nak kongsikan satu tutorial bunga ros menggunakan fabrik felt. 

 Nak bunga ros macam ni?

Langkah-langkahnya mudah sahaja, anda hanya memerlukan bahan-bahan di bawah ni:

Felt, gunting dan gam.

Langkah 1: Guntingkan felt mengikut ukuran yg disukai

Ini felt yg dah digunting, selalunya aku ikut saiz tapak tgn aku, ukur macam tu ya.

Langkah 2: Gunting sedikit bahagian sisi felt sehingga membentuk corak berombak (bukan ombak rindu ye)

Langkah 3: Selepas siap buat wavy pattern kat sisi td, gunting bahagian dalam pula, masih dgn cara yg sama. Gunting secara freestyle.

Selepas digunting, dapatla felt yg mcm scrap ni...dun worry ye.

Pastikan guntingan td menghasilkan felt sebegini, seakan corak lingkaran ubat nyamuk.

Langkah 4: Felt td mempunyai dua hujung. Ambil hujung yang di kiri gambar.

Langkah 5: Gulungkan hujung felt tadi.

Sambil gulung, gamkan ia dgn gam UHU.
(Pernah try guna glue gun tp aku dapati ia kurang sesuai)

Teruskan menggulung dan pandai2 ejas supaya dpt menghasilkan ros yg kemas.

Siap!

Pandangan sisi.
Kalau ade kelopak ros agak besar, trim sikit guna gunting.

Kalau suka, boleh tambahkan daun.

Bunga ini sesuai dijadikan brooch, klip rambut, hiasan atau apa sahaja mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimen!

p/s: Semoga tutorial ini dapat memenuhi permintaan saudari Shikin ^^

2 Tukang Karut Selanjutnya:

optimus black

nak blajar buat bunga taik ayam boleh????
mmg kreative lah u nih...

Dayah HS

ouh boleh2. sonang je tu...huhu.
neway thanx, takdela kreatif sgt pun...