Tajuk di atas amik kat pamplet ni...hehe. |
Aritu ade buat satu post tentang beli felt di Daiso...sejak tu rasa gian pulak nak ke Daiso. Sejak seminggu lepas dah dok gebang dgn sis "jom g Melaka", dan dia setuju aje. Sampai la pd hari yg ditunggu-tunggu iaitu Sabtu, aku telah mengcancelkan plan tersebut sbb igt kaya sgt nak g Melaka, rupanya tidak. Haha. Plan g Melaka ditukar dgn ke BP aje. Tp aku tetap rasa teringin nak g Daiso..huhu. So balik dr BP aku terus on9...google punye google, aku jumpa satu blog yg citer Daiso ade di JB. Wahhh teruja!
Maka pagi td dah bgn awal2 pagi sbb janji dgn sis nak ke JB kul 9 utk menjejaki Daiso yg bertempat di Jusco Bukit Indah. Perjalanan dr Yong Peng ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam dgn pemanduan aku yg tak constant, kejap2 110 km/j, kejap2 terlajak sket kelajuan melampaui had laju kebangsaan dia lebuhraya...kikiki... Kitorg mengambil exit Senai Airport (sape dr arah utara nak g Johore Premium Outlet, take diz exit ok) dan bayar la RM11.30 caj highway. Ok then meneruskan lg perjalanan dgn mengambil laluan second link M'sia-S'pore. Ok, ni takde kat signboard, guna instinct je, sbb after kua tol tu ade dua simpang, satu tu simpang ke Senai blablabla, tu aku slalu masuk kalau nak ke airport fetching my bro, satu simpang lagi aku lupa tulis apa. So mengikut naluri dan kewarasan aku, aku amik jln straight je, tak belok ke Senai. Kalau ikut fakta Geog aku, mmg boleh sesatla sbb Geog ni aku fail sket...haha... Ok, jumpa lg satu tol (so i tot mesti betul la ni ktorg masuk 2nd link), saat aku hulur RM3.80, pekerja tu mintak kad pulak. Eh, nak kad pengenalan ke? Bukan...kad touch n go. Wehhhh aku manade (jumud aku ni). Nasib baik aku drag my sis skali n she got one so guna la kad my sis. Pekerja tu gtau kat tol tu (Tol Lima Kedai, ni nama tempat tau, bkn kat ctu ade 5 kedai) dah tak guna cash, kena guna kad...aku lupa nak tanye, kalau takde kad, nak bayar dgn senyuman je ke. Kehkeh...So pasni aku kena ade satu kad touch n go la...(plan nak g Daiso lg la tu..ahahaha). Tak lama lepas tol tu nampak signboard "Bukit Indah". Yay, bermakna instinct aku leh pakai (sebenarnye dibantu gak oleh GPS sis haha). Dan akhirnya.......Jusco, here i come! Agak jakun sbb tak penah sampai sana, Jusco Tebrau City penah la. Ok, tak penting.
Tiba di sana, agak heran sbb tak ramai org. Tp sangkaan aku meleset krn menjelang tghari, Jusco mula sesak dgn manusia sampai naik pening aku dibuatnye. Daiso tu berada di 2nd floor dan kedainya besar tp rasanya yg kat Melaka tu lagi besar...knw what, i spent almost 2 hours in the shop sampai kakak aku tak sanggup teman lalu dia g jalan2 ke kedai lain. Hahaha rasanya semua barang aku nak belek, sgt menarik! And of course targeted items aku pun ade di situ iaitu felt. Sungguh pandai mereka meletakkan felt tersebut betul2 di laluan tgh pintu masuk. Teruja teruja teruja. Haha. Sebelum anda boring dgn citer saya, eh saya pulak?haha) jom tgk pic2 yg sempat disnap.
Inilah dia kedai Daiso tu, kelihatan di gambar ialah gadis pengiklan sukarela. Haha.
Need some felt??? Go get it yourself...haha...
Colourful...tp printed felt takde kat cni..
See, muka bahagia dgn seplastik besar brg2 Daiso.
Setelah barang2 dihambur keluar dr plastik... ;p
Ini felt yg aku beli, 10 kesemuanya. Saiz besar 70cm x 60cm. G amik measurement tape sukat sendiri berapa besar ye. Hehe.
Selain felt, brg2 yg aku beli ialah:
- Magnet saiz kecik yg ade color. Mmg tgh cari magnet, luckily ade di sini.
- Magnet saiz besar.
- Plier. So takdela curik plier abah lagi. Haha.
- School is going to open soon, so beli sedikit paper clip yg simple tp ade style.
6. Rubber band, ni konon2 utk projek menjahit. Sesaje bli.
7. Span muka. Dgn RM5 ko boleh dapat 12 keping. Untung org ramai. Haha.
8. Cutting mat. Boleh wat potong jawapan kertas OMR kat sekolah nanti.
9. Pasu bunga comel utk letak kat kuarters.
10. Bekas utk letak alat mekap.
11. Bekas letak brooch dan bekas letak alatan menjahit (utk jahit baju, utk felt dah byk bekas).
12. Plastik utk packing. Sesaje beli gak.
Jumlah kesemua barang yg aku beli ialah 26 barang dan merupakan rekod pertama kali shopping dgn byknye dalam satu masa. Hahaha. Nasib baik esok gaji weh... Belah kanan tu pamplet cashier bagi. Eh dia cam tau2 plak aku nak tolong promosi kedainye. Ceh.
Overall, aku mmg berpuas hati shopping kat situ walaupun dompetku telah bocor. Huhu. So kalau sesiapa terasa nak tgk sendiri apa ada kat Daiso, try le ke sana. Alamat ada kat pamplet tu yer....Taknak g kat JB, kat Melaka ada, kat KL ada, kat KK pun ade.
Sekian dulu ceritera bergambar aku. Ade cite lain lepas g Daiso ni. Nanti aku post yg lain yer...k bye. Salam.
p/s: Entri ni ditulis sekadar nak berkongsi cerita dgn korg ttg ape yg ade kat Daiso tu je...ok. Hope dapat beri sedikit maklumat. ^^
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment