Assalammualaikum.
Hai Encik Matahari! Hari ni hati bersorak gembira sedikit melihat cuaca yg terang benderang disinari mentari. Dah dua hari lepas hujan siang malam dan berhenti kejap2 aje. Agak fobia bila hujan macam tu sbb boleh mengundang banjir. So bile cuaca mcm arini, lega sikit dah hati ni.
Bila hati gembira, bolehlah buat post berantai pasal felt ni. Arini selongkar folder lagi cari gambar nak tampal kat sini. Kalau post sebelum ni dan ni aku ada cerita tentang sumber felt yg aku dapat, arini nak cerita lagi sumber ketiga yg aku peroleh, masih lagi pembelian secara offline.
Satu hari tu semasa aku memberi latihan kepada pelajar di makmal sains, aku round ler makmal pantau diorang buat kerja. Sampai di satu meja, aku berbual dgn sorang pelajar ni. She's a creative n brilliant girl, pandai melukis cumanya kalau part tulisan dia yg aku hangin sket...asal boleh aje. Ok back to business. Aku mmg saje aim nak bual dgn dia sbb aku nak tanye dia mana dia dpt felt tu. Hasil perbualan aku dgn dia mmg berbaloi-baloi. Mana kan tidak, felt yg dia beli tu boleh dapat dgn mudah kat Segamat je. (Aliah, ni yg ustazah syg kat awak ni! Tak jadi nak marah walaupun tulisan awak menaikkan amarah. Hehe)
Aku tersangat happy sbb dah tau mana nak dpt felt tu secara offline dan berdekatan pulak. Ce la korang try tanye mane2 blogger yg guna felt ni sumber diorang. Mesti diorang tak kan gtau la yg dapat offline, mesti diorang suggest on9 punyer...aku tak penah kena la, cuma baca komen2 sesama diorang je atau dalam forum.
Menurut Aliah, felt tu dijual di sebuah kedai bunga di Bandar Utama, bersebelahan dengan Secret Recipe. Kedai tu selalu gak aku singgah beli benang dan riben, dan penah gak aku usha2 kot ade jual felt, tp aku tak tanye la masa aku g tu. So bile dapat info dr pelajar aku tu, balik sekolah tu terus ke sana. Haha excited. Tak perlu lunch segala, sbb masa tu bulan puasa deh. Aku dah tanye detail kat student aku tempat specific felt tu. So, masuk je kedai aku terus menonong ke tempat yg dia citer. Wah tersenyum simpul aku memilih felt kat ctu. Suka3 ^^. Masa bayar aku tanye kat tokei kedai tu bila ada felt ni. Dia kata baru jer bbrpa bulan. Oh patutla, time aku usha tu tahun lepas, haha. Aku seronok bercerita, tokei tu pun (lelaki cina) seronok bercerita. Siap dia kenal lagi tau dgn kedai Sus. Hoho. Kagum aku ngn tokei tu. Dia citer anak dia pun jait menda tu gak, jual kat sekolah masa hari kantin. Bagus2. Ada la beberapa barang yg aku beli masa tu, meh tgk.
Ini hasil pembelian. Selain felt, aku beli buttons, ribbon, hp strap, brooch pin, beads dll. Sbb time tu aku pikir nak buat brooch. Hehe.
Di kedai tu, felt yg lembut bersaiz A4 (lebih kurang) dijual pada harga RM1.90 sekeping manakala felt keras berharga RM1.50 sekeping. Aku tak sure la murah atau mahal, asalkan aku leh pilih depan mata dan senang nak g beli. Hehe.
Kat sana ade la macam2 gak barangan yg dijual utk crafting ni. Wool fiber pun ade gak. Actually kedai tu menjual barang-barang utk buat hantaran pertunangan/perkahwinan. Serupa macam kedai2 kat Ayer Hitam. Aku boleh spend more than 30minutes kalau berada kat kedai ni. Hehe.
Ok, mlm lepas aku shopping tu aku terus try buat brooch bunga. Esoknya pakai g sekolah dan students semua puji. Kikiki. Tak lupa aku berterima kasih kat Aliah sbb jd informer aku. Excited bercerita dgn dia hasil membeli-belah aku semalamnya (ape punye cikgu daaa haha).
Ros biru. Cantik tak?
Menggayakan brooch bunga-bunga ke sekolah. Haha.
Pic kiri sekali masa pakai Ros biru.
Pic kedua pakai brooch bunga mekar setaman, yg dibuat mlm kedua.
Pic ketiga, brooch bunga taktau nama, buat lepas berbuka puasa, terus pakai g kelas tambahan mlm tu gak.
Pic terakhir, brooch lepas sahur, pakai g sekolah pagi tu. Haha.
Excited kan aku? Oh ya, masa bulan tu gak dpt order dr rakan sekerja, minta buatkan ladybird hp charm utk anak2nye, sbb dia tertarik dgn ladybird yg aku bg kat kwn aku aritu.
Dua ekor ladybird siap! Utk Aisyah dan Husna.
Utk ibunye aku buatkan brooch ros merah, free jek. Thanx sudi order ye kak Zetty!
Ni utk adik kwn aku. Paling kelakar, nama dia Zara. Tp aku pekak kut, dgr Zaza. Haha. Kesian dia... ;p
Sebab dah senang dapat felt, maka masa cuti nak dekat raya, aku pun rajin sikit la main dgn felt ni...antara yg terhasil...
Domo the pincushion. Kadang2 leh jadik tv yg kua muka domo je. Haha.
Domo's family.
Order drp rakan sekerja. Masa ni in progress. Lama gila in progress aku. Kesian akak tu tunggu. Huhu.
In progress jugak time ni. Tp bukan utk dijual. Dan bukan utk aku. Hehe.
Setakat entri ni ditaip, ini koleksi brooch aku yg dah naik lusuh aku pakai. Eh ada brooch ribbon plak. Haha. Tu pun buat sendiri jek.
Inilah antara hasil2 kraf aku menggunakan felt ni. Sekadar hobi je, tp kalau ade yg nak order, aku tak menghampakan mereka. Okla, nanti ada lagi nk update pasal felt ni. Tunggu..........
Sekian.
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment