Assalammualaikum.
Hai semua! Aku terlalu gembira sampai tak tau nak cerita macam mana. Semua pun tahu pagi tadi keputusan PMR dah pun diumumkan. Rasa sangat bersyukur dan berbangga sekali dengan pencapaian pelajar2 SMKA Segamat. Semua subjek 100% lulus dan GPS turut meningkat berbanding tahun 2010. Jumlah pelajar yg mendapat straight A's (9A) pun bertambah iaitu 27 org berbanding 20 org pd tahun lepas. Tahniah kpd mereka.
Paling membanggakan dan membuat aku terharu semestinya subjek Sains aku yg menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Seramai 101 pelajar drp jumlah 121 calon berjaya mendapat gred A bagi m/p Sains. Aku sangat gembira dgn pencapaian diorang. Terima kasih korang sbb memberi kenangan manis pd uzh korang yang first time mengajar form 3 ni ^^.
Buat mereka yg kurang bernasib baik, uzh harap korang tak berhenti berusaha. Ini hanya sedikit cabaran dlm kehidupan korang, jadikan ia sebagai motivasi untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Semua pelajar SMKAS hebat sebab korang antara yang terpilih utk berada di sini. Buat mereka yg mendapat gred D dlm Bahasa Arab dan masih ingin menjadi sebahagian drp warga SMKAS yg hebat, jgn lupa kemukakan rayuan anda.
Bukan main khusyuk Ustaz dan Ustazah meneliti keputusan yg baru tiba. Kelihatan GPK HEM berbaju batik merah tercengang selepas slip keputusan yg dibawanya dari PPD diserbu guru2. Hehe.
Oh itu aku sedang tunjuk peace. ^^
Antara yg mendapat 9A. Tahniah!
Nampak tak pelajar yg tercegat di rostrum di sebelah kiri gambar tu? Itulah Aliah, informer felt aku. Dia turut mendapat 9A. Tah kenapa dia tak masuk gambar aku pun tak tau.
Semasa penyampaian slip keputusan yg disampaikan oleh GPK HEM in behalf of School Principal yg cuti sakit. GPK1 yg baru pula perlu hadir ke JPNJ.
Eh ni gambar ape sesat pulak?
Oh ini dibeli ptg td selepas keputusan diumumkan. Reward utk diri sendiri. Kabinet TV dan sofa berbentuk-L. Hehehe...
SEMOGA SMKAS TERUS SUKSES! TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SMKAS!!!
2 Tukang Karut Selanjutnya:
two thumbs for u....
thanx. same to u too. its becoz of great efforts from all teachers and the students too.
Post a Comment