30 more years to go!

Assalammualaikum...

Tinggal 3 hari saja lagi sekolah akan buka secara rasmi untuk permulaan penggal yang baru. Tapi sejak Selasa lepas, kami guru Malaysia dah pun memulakan tugas secara tak rasmi, menghadiri mesyuarat guru awal tahun. Actually sepanjang bercuti pun guru bertugas juga. Mungkin ramai yang berpendapat menjadi seorang guru tu mudah, cuti banyak, gaji jalan. Apa kata anda cuba sehari jela menggalas tugas guru ni, then baru anda akan tahu. Mana ada kerja di dunia ni yang senang, ye tak? Rezeki masing2, tak perlu nak banding2... 

Seperti biasa, mesyuarat awal tahun berkisar tentang tugas2 yang dipertanggungjawabkan kpd guru sepanjang tahun, daripada bab kurikulum, hal ehwal murid sehinggalah kokurikulum. Tugas2 aku utk 2012 tak beza pun dgn 2011. Cuma, ceh ada cuma tu....cuma tahun 2012 nanti tugas mengajar lagi TOUGH utk aku yg setahun jagung ni. 

2010 : Aku mengajar Biology Form 5
2011 : Downgrade, aku mengajar Science Form 3
2012 : Package, complete set, Science Form 3 + Biology Form 5

Hahaha...amcam? Takpela, aku anggap ini adalah cabaran utk aku selain beranggapan positif  "aku hebat!" hahahaha..... Selain dua kelas peperiksaan tu, aku ajar Science Form 2 dan Biology Form 4. Korang semua doakanla aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik ye demi mencari keredhaan Allah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya dalam bekerja. Aminnnn....

Buku Pengurusan Sekolah 2012
(Dalam ni la termaktubnya tugas2 guru SMKAS)

Suasana di bilik mesyuarat ^^

Happy working everyone!

p/s: Aku ada 30 thn lagi utk berkhidmat dlm bidang pendidikan, tu pun kalau panjang umur. Anda bagaimana? 

0 Tukang Karut Selanjutnya: