Selamat Tinggal 2011

Assalammualaikum.

Dalam tempoh kurang setengah jam lagi, tahun baru bakal menjelma. Aku hanya berada di rumah, tiada sambutan khusus perlu dilakukan. Tak semestinya bermula tahun baru, kita perlu gila-gila menyambutnya kan? 

Azam aku, dah pun aku short list kan semasa sambutan tahun baru kalendar Islam. Azam aku ialah menyelesaikan azam yang tak tercapai tahun 2011. Hehe. Boleh dikira azam juga kan? Walau apa pun azam kalian, semoga semuanya akan tercapai ya....

Selamat menyambut tahun baru semua...

Bonda, tiada galang gantinya

Assalammualaikum.

Setiap tahun, tarikh 29 Disember pasti akan kami sekeluarga ingati kerana ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran ibu kami. 

Me n my beloved mom, Pn. Khabesah Arshad
(Sewaktu bawa mak g dinner, mlm besday)

Semalam, kitorang adik-beradik bawa mak ke i-City. Ambil adik dulu kat UM, g dinner dan terus ke i-City.

Ibu bapa kesayangan saya. Hargai mereka selagi hayat dikandung badan.

Abah, Mak, Aku, Adik

Abah, Kakak, Mak, Adik

Si merak.

Oh, roda berpusing di belakang tu baru nak dilancarkan rupanya mlm thn baru ni. 
(Tau pun dr suratkhabar pg td)

Suka pokok lampu hijau ni.

Dgn sis. (Aku gemuk!)

Gambar yg menimbulkan keraguan. Ini diambil menggunakan hp aku. 
Imej di kanan gambar tu hanya muncul di kamera hp aku sewaktu aku snap pic ni, realitinya takde ape2. Cuba perati betul2 imej tu, ia seakan-akan "masquerade mask" kan, dlm keadaan melintang. Macam ade mata dan hidung.  Huhu serammmm wooo tergamam sekejap aku waktu tu. 

Ahahaha...cekak berlampu utk kazens...test power dulu.

Overall, kunjungan kami ke i-City tu agak menarik juga walaupun penat. Dan mak sangat gembira sbb hajatnye tercapai. Bila mak happy, kami anak-anak pun happy ^__^

Tu je, citer bergambar je kali ni ye.

p/s: Post sepatutnye cite pasal mak aku, tapi banyak pic aku pulak. Tah pape. Hehe.

Crazee Felt-ing #6

Assalammualaikum...

Ini gambar apa kawan-kawan?

Jawapan: Itu felt yg aku beli di....
1. Kedai bunga Bandar Utama, Segamat (Byk kali pegi tp taktau nama kedai ape. huhu)
2. Daiso.
3. Kedai Love Handicraft Centre (LHC), Segamat.
4. Kedai Kraftangan Cantik, The Summit Batu Pahat (Fav shop aku beli manik. Ni baru lagi ada felt ni,   
    masa aku g awal bulan 12 aritu)

Saje nak share dgn korang...ada info tak mau la kedekut2 kan. ^^
Aritu aku ade cite sket yg aku watkan hp charm baru utk mak aku kan. Meh kita tgk gambar...

Mr. Owlie. Sedih betul rupa dia kan. Haha.Ni hp charm yg lama. (Nampak sgt artwork aku yg selekeh)

Mom's new hp charm. Strawberry ladies!!!

Sedia berkhidmat!

Cite dah abis. Bye. ^^


Ribbon brooch and hairclip

Assalammualaikum...

Sekadar nak berkongsi, cubaan aku ber"DIY" dgn ribbon. Zaman sekarang ni ribbon dah macam2 pattern, sgt cute dan menarik. Kalau aku terjumpa ribbon di mana-mana kedai dan ia sgt menarik, aku pasti akan beli. Sekarang dah ada satu container kecik ribbon, bukan guna sgt pun tp sekadar buat koleksi. Hehe.

Kiri: Brooch
Kanan: Hairclip
(Cute tak?)

Ni pakai ribbon brooch biru masa temuduga kemasukan Form 1, 27 Nov yg lalu.
Ptg beli ribbon, mlm try wat, esoknye pakai. Hehe.
(Pic tak payah beso2 la, karang nyampah lak korang tgk muka aku. Huhu)

(27 Nov 2011: Hari Ummi (pengetua) diserang stroke sewaktu beliau memberi ucapan kpd parents calon temuduga. Sudah sebulan peristiwa itu, mari doakan beliau sembuh)

p/s: Ade sesape nak order tak? Hehe.

30 more years to go!

Assalammualaikum...

Tinggal 3 hari saja lagi sekolah akan buka secara rasmi untuk permulaan penggal yang baru. Tapi sejak Selasa lepas, kami guru Malaysia dah pun memulakan tugas secara tak rasmi, menghadiri mesyuarat guru awal tahun. Actually sepanjang bercuti pun guru bertugas juga. Mungkin ramai yang berpendapat menjadi seorang guru tu mudah, cuti banyak, gaji jalan. Apa kata anda cuba sehari jela menggalas tugas guru ni, then baru anda akan tahu. Mana ada kerja di dunia ni yang senang, ye tak? Rezeki masing2, tak perlu nak banding2... 

Seperti biasa, mesyuarat awal tahun berkisar tentang tugas2 yang dipertanggungjawabkan kpd guru sepanjang tahun, daripada bab kurikulum, hal ehwal murid sehinggalah kokurikulum. Tugas2 aku utk 2012 tak beza pun dgn 2011. Cuma, ceh ada cuma tu....cuma tahun 2012 nanti tugas mengajar lagi TOUGH utk aku yg setahun jagung ni. 

2010 : Aku mengajar Biology Form 5
2011 : Downgrade, aku mengajar Science Form 3
2012 : Package, complete set, Science Form 3 + Biology Form 5

Hahaha...amcam? Takpela, aku anggap ini adalah cabaran utk aku selain beranggapan positif  "aku hebat!" hahahaha..... Selain dua kelas peperiksaan tu, aku ajar Science Form 2 dan Biology Form 4. Korang semua doakanla aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik ye demi mencari keredhaan Allah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya dalam bekerja. Aminnnn....

Buku Pengurusan Sekolah 2012
(Dalam ni la termaktubnya tugas2 guru SMKAS)

Suasana di bilik mesyuarat ^^

Happy working everyone!

p/s: Aku ada 30 thn lagi utk berkhidmat dlm bidang pendidikan, tu pun kalau panjang umur. Anda bagaimana? 

Kipmart Segamat dan Al-kisah Gunting Melengkung

Assalammualaikum...

Tahukah anda, bandar Segamat dah ade satu lagi tempat untuk menghabiskan duit iaitu pasaraya Kipmart. Kipmart ni takla kedengaran asing bagi aku sbb masa belajar kat JB dlu slalu gak g Kipmart JB. Siang td aku pun pegila ke Kipmart yg baru beroperasi tu...baru je masuk situ dah terserempak dgn geng budak berlima (rakan sekerja). Buat kecoh kejap dgn dorang. Sempat lg dorang gtau suh aku shopping kat kedai yg jual peralatan menjahit, dgn pesanan "kak, td ade kedai jual mata goyang2, akak kan suka buat kraftangan, pegila kedai tu". Hoho. Teruja seketika. Lalu aku pun merayau la kat Kipmart tu sorang2, sampai la ke kedai yg dimaksudkan mereka. Dan rupa2nye....kedai tu slalu sgt aku g kat bandar Segamat. Dia juz bukak kedai lagi satu je dlm Kipmart tu...hehe... Dan nak jd cte, kat sini le aku temui gunting melengkung yg susah payah je aku order online aritu. Huhu....Tokey sendiri kata, kat kedai utamanya byk barang sampai mmg tak pasan kedudukan gunting tu. Aiyarkkk.... Nak puaskan ati punye pasal, aku beli gak gunting tu walaupun dah ade satu. Ah tak kira...hahaha....

Ni dia gunting tu...takpe, yg aritu kaler pink, ni biru dan ni besar sikit (ayat penyedap hati).

Ini bukan penimbang jisim badan aku yer....nampak tu kitchen scale. Beli kat kedai serbaneka kat Kipmart. Cute dan murah bebeno. 
(Beli sebab cute ke weh??? Guna belum pasti. Haha)

Belum semua lot kedai disewa kat sana. Byk lg yg belum dibuka. Dalam pada shopping sorang2 tu sempat gak sambar 3helai satin shawl dan inner neck. Tamak haloba perangai siapa??? Huhu.

Kepada penduduk sekitar Segamat, bolehla cuba2 datang ke Kipmart ni, pelbagai kedai ade, kedai handphone, komputer, beg, brooch, tudung, shawl, baju, household, sayur2an, buah2an, semua ade la kat sini...kedai makan pun ade. 

Okla, dah macam buat laporan ape lak aku ni. Nak tido la, esok nak ke sekolah, meeting second day. Happy shopping everyone. 

p/s: Agak2 pasni Nirwana n Giant dikunjungi lagi tak??? Up to customer la yer..
      Pssstttt...Segamat dah ade cinema tau! ^^

Updating live from Segamat...kehkeh... 


Crazee Felt-ing #5

Assalammualaikum...

Ini cerita lama, tapi korang layan jela yer...dah sebulan baru nak update ni. Huhu. Awal2 cuti hari tu my bro balik kg sbb abah kurang sihat... Dalam 4-5 hari je dia kt kg, sbb wife n kids dia tinggal. Mlm sebelum dia nak balik semula ke Sabah tu, aku pikir2 nak kirim ape kat anak2 sedara aku yg setahun sekali je jumpa tu. At last dalam kul 1 aku came up with an idea nak bg some souvenir drp felt. Since bebudak dua org tu suka main game angry bird, aku pun google la rupa menatang tu. Nak buat plushie, mmg tak sempat. Sbb aku pun tak penah test buat menatang ni, apatah lagi nak buat plushie... Pikir2 lagi, baru terigt yg aku ade simpan ice-cream stick mcm2 kaler yg aku beli setahun dulu kat satu kedai stationary kat Summit. Idea last minit aku mengatakan, buat jela apape patot....so hasilnye seperti kat bawah ni.... 

Felt angry bird ice-cream. 
Bole dijadikan sebagai bookmark. Tp bebudak tu kecik lagi, mane reti nak bookmark2 ni sumer. 
(As this post is written, tak tau la wujud lg ke tak menda ni..huhu)

Backside.
Aku jahitkan nama anak2 sedara aku supaya tak berebut. 

Untuk my sis in law pulak, aku buatkan brooch bunga (tu je yg aku pakar.haha). Dan sepit rambut utk si Iqa.

Brooch bunga utk SIL dan adik-beradiknye.

Hairclip for Iqa

Siap packing. Kuikui.

Okla, berita terkuno dah abis. Tata.

p/s: Pixcas captured using VivazPro yg kusangka haunted tu tp rupanya everything is fine. Menyesal pulak beli hp baru aritu....melebur duit bonus in advance aritu. Haha. Walaupun hanya sebuah hp berkamera 5.1 mp, I still heart you VivazPro! 

Felt Flowers

Assalammualaikum...

At last....siap juga tempahan brooch bunga2 dari rakan2 sekerja. Kalau ikutkan, awal2 cuti aritu leh siap tapi since aku ni ratu tido, lebih prefer melayan mata jela cuti sekolah ni. Hehe. Jom la layan gambar je...

Ni bunga ape aku pun tak tau...buat je.

Rose brooch

Itu sarang burung tiruan, bukan rambut palsu ye. Huhu. Terjumpa masa geledah barang2 lama. Bakul tu dpt masa ade event kat sekolah. Lupa event ape.

Pek plastik tu beli kat Daiso aritu. Hehe.

Success! 

Dah, tu je, bubye!

p/s Next order in progress: Domo and angry bird keychains (40% done).

Tutorial: Felt Rose

Assalammualaikum...

Selamat hari Isnin semua. Hari ni aku nak kongsikan satu tutorial bunga ros menggunakan fabrik felt. 

 Nak bunga ros macam ni?

Langkah-langkahnya mudah sahaja, anda hanya memerlukan bahan-bahan di bawah ni:

Felt, gunting dan gam.

Langkah 1: Guntingkan felt mengikut ukuran yg disukai

Ini felt yg dah digunting, selalunya aku ikut saiz tapak tgn aku, ukur macam tu ya.

Langkah 2: Gunting sedikit bahagian sisi felt sehingga membentuk corak berombak (bukan ombak rindu ye)

Langkah 3: Selepas siap buat wavy pattern kat sisi td, gunting bahagian dalam pula, masih dgn cara yg sama. Gunting secara freestyle.

Selepas digunting, dapatla felt yg mcm scrap ni...dun worry ye.

Pastikan guntingan td menghasilkan felt sebegini, seakan corak lingkaran ubat nyamuk.

Langkah 4: Felt td mempunyai dua hujung. Ambil hujung yang di kiri gambar.

Langkah 5: Gulungkan hujung felt tadi.

Sambil gulung, gamkan ia dgn gam UHU.
(Pernah try guna glue gun tp aku dapati ia kurang sesuai)

Teruskan menggulung dan pandai2 ejas supaya dpt menghasilkan ros yg kemas.

Siap!

Pandangan sisi.
Kalau ade kelopak ros agak besar, trim sikit guna gunting.

Kalau suka, boleh tambahkan daun.

Bunga ini sesuai dijadikan brooch, klip rambut, hiasan atau apa sahaja mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimen!

p/s: Semoga tutorial ini dapat memenuhi permintaan saudari Shikin ^^

Crazee Felt-ing #4

Assalammualaikum...

Arini nak sambung lagi alkisah hasil kraftangan yang aku buat menggunakan felt. Ia bukanlah hasil terbaru, cuma baru nak diceritakan sahaja. Malas nak cerita panjang, jom tgk gambar jela... (Dah ngantuk sebenarnya ni sebab shopping siang td, tp nak update jugak. Hehe)

Semasa pembikinan tempahan keychain ladybird...tempahan bulan pose.

Persidangan 11 ladybirds.
Masa ni igt customer nak hp charm...tp nak keychain rupanya.

Customer (Kak Naz, my colleague), nak hadiahkan pd anak, nieces n nephews nye.
Aku jaitkan nama kat belakang setiap ladybird.

Ni lepas tukar hp charm kepada keychain ring ikut permintaan customer.
(Tu sape punyer OMR modern math jadi alas...haha... musim peperiksaan akhir tahun. 
Pic kat makmal sains, tempat lepak 1.)

Ni lak brooch bunga2 yg aku bagi free pada kawan2 sekerja.
Konon2 promosi, ade yg order. Hehe. Hari terakhir persekolahan dalam kalendar 2011.
(Pic kat Galeri Sejarah, tempat lepak 2)

p/s: Ader sesape nak order??? ^__^