Happy Family On A Tree!

Assalammualaikum. 


Fuhhh...berkurun baru nak buat entri tentang projek felt aku yang digembar-gemburkan sebelum ni. Rujuk entri apple dan owl ini.

Baiklah, kini aku akan ceritakan serba sedikit tentang projek felt yang aku maksudkan tu. Sebenarnya projek tersebut aku buat pada bulan April yg lalu untuk menyertai satu pertandingan kraf felt anjuran susndfeltproduct. Antara syarat penyertaannya ialah, sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, asalkan semua material digunakan daripada pek Felt Kit bulanan yg dikeluarkan khusus oleh kedai Sus. Masa tu bulan Mac lagi, dan aku terbaca iklan di fb Sus yang pek Felt Kit April akan menghasilkan seekor burung hantu yang comel sedunia.

Jadi tujuan asal aku adalah untuk mendapatkan owl yang comel itu, tapi sambil menyelam minum air lah juga, dah alang-alang beli, apa kata aku cuba nasib menyertai contest tersebut. Saja suka-suka lagipun tak susah, hasilkan sahaja owl ikut kreativiti kita dan emailkan gambar kepada Sus. Kemudian gambar akan diuploadkan di fb beliau dan sesiapa yang mendapat undian 'like' terbanyak akan dipilih sebagai pemenang. Sounds easy kan? Tapi utk meraih undian terbanyak, banyak jugalah persaingannya juga kan...maka ikut luck lah. Hehe.

Lebih kurang 3 hari aku bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut. Mula-mula cari ilham dulu, siap sketch bagai hehehe. Dan akhirnya, terhasillah satu keluarga burung hantu.

My masterpiece. What do you think guys?

~Mommy owlie~
This is the original pattern of owl from Sus n d Felt Product. 
But of course the one in this pic had sewn by me ^^ She is cute aite?

~Daddy owlie~
This one, i recreated it from the original pattern. 
Is it necessary for a daddy to have a fierce look??? Heh.

~Boboy owlie~
Ehem. Mom's apple of the eye. Inherits mommy's genetic more than dad's. 
He is naughty and love to have fun. See what happened to the apples in the basket in picture below.
He is also into music so much. I did make a cute pinky radio for him but he left it behind. That's why there were no radio in this pic. Tch. 

~Poor Yummylicious Apples~
This is what happened when u can't resist the feeling of  "Ohh...I really can't wait to see the outcome of my project!"
So, i only managed to sew few flat look apples. -_-

~Baby Owlie~
Newborn baby, that's why she is secured in the tree stem, for bengkung purpose. 
Haha suka hati aku. Mana datang burung hantu duduk dlm batang pokok. 
I think she is adorable, with her cute eyelashes. Don't you think so too? =D

~Pinky Retro Radio~
Yeah, this is the radio i mentioned earlier. The one that wasn't included in the picture for the contest. I put so much effort to make it but then after i sent MMS to my brother for an opinion, he said that it would be better without this radio. Hmmm... ='( 

Eh, eh dah kenapa pulak captions tu gatal-gatal taip in English pulak. Ngada-ngada betul tau. Haha. 
Ok, back to the main story pasal contest tersebut. Apabila dah siap semuanya satu family burung hantu maka aku pun email la gambar aku paling cun owlies tersebut ke pihak penganjur. Bila tengok album contest tu, walawei semua pun buat lawa-lawa... Bila selesai je gambar owl aku diupload, habis semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan taulan aku promote suh like pic owl aku. Hehe. Ade jugak facebook users yang aku tak kenal turut share dan promote pic tu. Thanks a lot kepada semua la yang like owl tu dan menyokong aku... Kalau nak tengok-tengok, cuci mata pic owl contestants yg lain, boleh klik link ini.
Contest berlangsung almost sebulan kot? Tak ingatlah, dah lama kan...Hehe. So, masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman bagi pemenang April Felt Kit tersebut. Jeng jeng jeng... resultnya diumumkan di blog Sus. Maka aku pun blogwalking la. Pemenang utamanya of course bukan aku...ahaksss.... Tapi alhamdulillah aku dapat juga tempat untuk pemenang foto pilihan Sus. =) Kira oklah jugak sebab aku ni kalau masuk contest selalu takda nasib...hahaha... Apa pun, ganjaran utk pemenang pilihan ialah 20 point membeli-belah di kedai online Sus n d Felt Product. Happy mak oi... Suka suka suka...  

Lepas ni kalau ada contest kraf lagi, leh cuba nasib ni... hahaha... Dan buat korang yang rasa cam nak cuba berkraftangan dengan felt juga, bolehla shopping kat kedai Sus ek. Tekan je link banyak-banyak aku insert kat atas tu. Hehe. Kat sana ada jual pek permulaan felt utk sesiapa yg berminat. Pilih je, klik-klik, bayar, esok dah sampai kat pintu rumah korang. Hihi. Panjang pulak bebel aku ni, k lah selamat berkraf! 

0 Tukang Karut Selanjutnya: