Hari ni aku nak sambung cerita tentang pemandu Malaysia yang aku kongsikan tempoh hari. Boleh rujuk entri ini untuk cerita tersebut. Tapi kali ni tentang penunggang motosikal pulak.
Silalah gelak secara berjemaah apabila melihat lukisan taraf tadika aku ni. Ni je mampu aku buat dgn Paint. Terharu tak tgk motosikal design ntah apa-apa tu. Haha. Kakak aku kata motosikal tu tak keluarkan asap, tapi macam air. Ceh...
Nampak tak, nampak tak. Simpang tiga ni selalu tau buat aku terkejut Oh My English Oh Mak Aku apabila penunggang-penunggang motosikal selalu buat tak nampak papan tanda 'BERHENTI' kat situ. Ops, kat gambar takde, lupa nak lukis. Tapi berhadapan dgn pakcik yang tunggang motor tu. Tiap kali lalu simpang tiga ni memang aku dah berwaspada, agak-agak 10 meter lagi aku dah brek pelan-pelan dan memang aku pandu slow di situ. Namun, tetap juga aku dilemparkan pandangan tak puas hati oleh pakcik tu seolah-olah aku yang patut berhenti. Er, pakcik, lesen memandu ada ke takde ni? Macam aku pulak yang salah. Sesampai aku kat rumah, memang menggerutu je dalam hati sebab menghadapi 3 kerenah manusia yang boleh dikategorikan sebagai mementingkan diri. Three situations in a row tau, mana tak sakit hati. Selain daripada kejadian-kejadian tu, memang banyak lagi kan perangai pemandu di Malaysia ni. Yang mecelah laluan sebelah kiri memang biasa sangat. Ha, siapa pernah buat, angkat tangan! Hehehe.
Pesanan khidmat masyarakat: Pandulah secara berhemah. Pakailah tali pinggang keledar bagi pemandu kereta dan topi keledar semasa menunggang motosikal. Ingatlah orang tersayang.
Dah tu je. Bye!
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment