Uniknya SMKA Segamat

Assalammualaikum.

Semalam pelajar-pelajar aku menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Biologi. Dan sejak 4 hari sebelumnya budak-budak tu mengadap aku untuk kelas tambahan, selang-seli dengan kelas Kimia. Kelas akhir-akhir sebelum peksa bagi budak self-study je dan aku hadir sebagai tempat rujukan diorang untuk bertanya soalan. Soalan spot? Aku memang tak galakkan budak percaya sangat sebab nanti diorang terlalu fokus bahagian tertentu aje padahal kalau Kertas 1 tu memang semua topik ada soalan. Kesimpulannya, ko study semua je budak...hahaha. Cuma aku share la tips-tips penting.

Perkara yang aku nak kongsikan di sini ialah keunikan SMKAS sepanjang musim peperiksaan, tak kiralah PMR, SPM atau STPM. Sebelum masuk exam hall lebih kurang 10 minit lah, calon-calon peperiksaan akan berkumpul dan beratur elok-elok di dataran dengan mengadap kiblat. Seorang wakil pelajar akan memimpin yang lain-lain bagi laungan azan dan doa. Masa tu memang terasa sangat bahang jihadnya sehingga meremang bulu roma aku terutama sekali masa hari pertama peperiksaan bermula. Mari tgk video yang aku rakamkan semalam utk sama-sama merasakannya.

Maaf, video asyik shaking kerana tangan aku takleh dok diam.

Semasa laungan azan.


Pelajar-pelajar bersalaman. Turut kelihatan di kiri gambar, rakan setugas.


Memohon restu guru.

Best of luck SMKAS SPM candidates!

0 Tukang Karut Selanjutnya: