Kecerdasan: Diwarisi Atau Dipelajari?

Assalammualaikum.

Pernah tak dengar orang kata bahawa mak bapak kalau pandai, kompem anak-anak pandai. Betul ke tak tu? Adakah semua kepandaian atau kebegoan mak bapak diwarisi? Dan betul ke boleh dipelajari?

Sebenarnya dua-dua pun betul. Kalau setakat bangga mak bapak ke adik-beradik ke pakcik ke atuk ke yang pandai sampai dapat anugerah nobel ke anugerah dekan ke, tapi diri sendiri tak berusaha belajar, tak ke mana gak.

Kecerdasan ni tak dinafikan diwarisi. Malah banyak faktor turut menyumbang kepada kecerdasan seseorang terutamanya faktor persekitaran. Sebagai contoh, dua adik-beradik kembar. Lahir-lahir dah pandai. Tapi masing-masing punya persekitaran pembelajaran yang berbeza. Sorang kaki muka buka gosip-gosip aje, sorang kuat baca buku ilmiah dan study group. So outcome nya mesti berbeza, kan?

Zaman sekarang ni pulak banyak susu formula yang menjanjikan perkembangan IQ anak-anak. Jadi mak bapak silalah pilih je kat pasaran sekarang melambak.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, cara pembelajaran memang sangat mempengaruhi tahap perkembangan otak. Senang kata, masa sekolah menengah dulu aku lah yang paling malas belajar, tambahan pula aku bersekolah di sekolah harian. Jadi pencapaian aku takde lah boleh dibangga-banggakan sangat nak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Tapi bila sambung belajar dekat universiti, persekitaran pembelajaran itu sendiri menyebabkan ada rasa nak belajar. Secara automatik akan ada waktu diluangkan untuk belajar. Dan akhirnya keputusan peperiksaan diperolehi mampu buat aku tersenyum lebar.

Peribahasa kegemaran aku yang selalu membuat diri aku termotivasi iaitu "Usaha Tangga Kejayaan". Sesungguhnya kejayaan takkan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ingat tu.

Ok, sesi motivasi dah tamat, sekarang mari kita tengok gambar pulak sepanjang aku bertugas baru-baru ni.

Nota students aku.
*Chapter 7: Respiration*


Ini yang dimaksudkan faktor persekitaran mempengaruhi kecerdasan.


Guru muda


Study group


Eh sesat pulak gambar ni.
Durian Segamat yang aku bawa balik ke Yong Peng, meraikan paper Bio yang tamat semalam. 

Dah. Bye.

0 Tukang Karut Selanjutnya: