Baru je buat entri tentang sikap pemandu Malaysia tempoh hari, pagi ni baca surat khabar, ada satu halaman tentang pemanduan di jalan raya luar bandar. Ada beberapa info yang kena dengan pengalaman aku hari tu. Haha.
Snippet keratan akhbar berkenaan
Petikan 1
Ulasan Petikan 1: Yang ni aku setuju sangat-sangat. Macam yang aku ceritakan hari tu lah, jalan kampung memang sempit. Tapi syok juga, belajar jadi pemandu yang cekap dan bertoleransi. Mula-mula dapat driving license dulu, memang takut sangat nak drive kat kampung bila memikirkan kena berselisih dengan kereta lah, lori sawit lah. Adoyai memang risau, nak-nak kalau berada di sebelah parit, dahla tebing kecik, mau terjunam masuk parit. Kalau ada motor kat depan pun aku sanggup follow je daripada memotong. Haha. Tapi tu dulu lah.
Petikan 2
Ulasan Petikan 2: Ah-ha, yang ini ada part yang kurang setuju sikit. Macam kat simpang tiga yang of course laluan aku tapi aku pulak yang kena berhenti. Tapi memang macam itu lah situasi kat kampung. Kesimpulannya jangan nak pecut kat jalan kampung. Memang betul frasa dalam petikan tu yang menyebut "Golongan pengguna jalan raya tadi boleh muncul pada bila-bila masa tanpa kita duga". Serius, mau terkejut kau time tu. Beberapa kali kena jugak lah. Kat kampung memang ramai budak bawah umur yang kaki pun tak cecah tanah, dah boleh tunggang motor. So what do you expect from these kids, knowing all the rules on road? Lupakan aje lah.
Petikan 3
Ulasan Petikan 3: Bukan sahaja lembu, malah pelbagai jenis haiwan lain ko boleh temui kat mana-mana kampung. Contoh kat kampung aku, lotong. Tahu tak lotong tu apa? Bukan lontong yang berkuah lodeh sedap dimakan tu. Ni lotong spesies monyet jugak lah, mata putih je terjegil. Suka bergayut satu keluarga kat wayar elektrik macam wat show sarkas sambil dukung anak. Haha. Bumper kereta abang aku yang dipandu oleh adik aku pecah dek kerana terlanggar lotong tu lah. Baru-baru ni pulak makcik aku patah tangan dan tulang rusuk sebab tunggang motor terlanggar seekor babi pada waktu malam. Haiwan tu memang banyak kat kampung ni, pernah juga aku melalui insiden hampir-hampir terlanggar binatang tu. Biasanya memang waktu malam lah. Lain-lain haiwan, macam kucing, ayam, tu dah biasa sangat. Jadi berwaspadalah, jangan sampai jadi pembunuh jalanan. Kikiki.
Drive safely everyone!
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment