Selepas Dua Tahun Bekerjaya

Assalammualaikum.

Lebih kurang seminggu je lagi cuti sekolah 2011 ni akan berakhir. Rasa sekejap pulak cuti kali ni (sebab kau tak gunakan dengan sebaiknye, rasa la cepat ~sigh~ T_T). So, supaya aku lebih menghargai masa berharga yg bersisa ni, aku hadiahkan diri aku sendiri dgn benda di bawah ni... Mcm tajuk kat atas tu, lepas dua tahun, baru aku mampu nak beli utk diri sendiri. Hahahabis duit bonus aku dah...

Quite complex, isn't it?

Lepas beli siang tadi, terus pakai...excited bebeno...

p/s: Azam tahun baru nanti, nak pegi sekolah lebih cepat berbanding tahun ni. Wish me luck eh. Hehe.

Wang Kertas Malaysia Terbaharu

Assalammualaikum.

Sekarang ni tengah heboh pasal wang kertas Malaysia siri paling baru. Aritu dengar kat berita, so try la Google rupa duit2 baru tu. Ade duit kertas RM20 yg dikeluarkan semula versi baru, kaler oren. Cantik2 aku tgk duit tu semua colourful...tak sabar nak tgk live. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca artikel tentang duit baru ni kat laman web BNM, ada diceritakan keunikan setiap wang kertas tu.

 Posing nampak awek cun BNM ni...huhu

p/s: Nak duit2 ni semua free boleh??? Hehe.

Poslaju-laju

Assalammualaikum.

Selamat petang...cuaca kurang elok arini, hujan turun mencurah2... Harap sangat tak banjir di kawasan aku. Huhu.
Aku baru sampai rumah dari Segamat tengahari td. Masuk je bilik, nampak sesuatu di atas meja. Yay, barangan shopping aku dah sampai! Kan kelmarin aku membeli-belah secara online, ptg tu juga tuan kedai pos barang yg aku beli dan semalam dah selamat sampai kata mak aku. Memang betul pos laju ni. Efisyen sungguh. 

Parcel yang tiba semalam

Inilah barang2 yang aku beli - Velcro hitam, brads, magnet, gunting melengkung, adjustable rings, ribbon dan manik mutiara separa.

Barang utama yg aku nakkan sebenarnya, gunting hujung melengkung

Suka ribbon colourful ni especially yg tgh tu, cute sangat2

p/s: Lepas ni nak shopping ape lak ek...kikiki

Pelajar Tingkatan 3 SMKAS 2011 - Anda semua hebat!

Assalammualaikum.

Hai semua! Aku terlalu gembira sampai tak tau nak cerita macam mana. Semua pun tahu pagi tadi keputusan PMR dah pun diumumkan. Rasa sangat bersyukur dan berbangga sekali dengan pencapaian pelajar2 SMKA Segamat. Semua subjek 100% lulus dan GPS turut meningkat berbanding tahun 2010. Jumlah pelajar yg mendapat straight A's (9A) pun bertambah iaitu 27 org berbanding 20 org pd tahun lepas. Tahniah kpd mereka.

Paling membanggakan dan membuat aku terharu semestinya subjek Sains aku yg menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Seramai 101 pelajar drp jumlah 121 calon berjaya mendapat gred A bagi m/p Sains. Aku sangat gembira dgn pencapaian diorang. Terima kasih korang sbb memberi kenangan manis pd uzh korang yang first time mengajar form 3 ni ^^.

Buat mereka yg kurang bernasib baik, uzh harap korang tak berhenti berusaha. Ini hanya sedikit cabaran dlm kehidupan korang, jadikan ia sebagai motivasi untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Semua pelajar SMKAS hebat sebab korang antara yang terpilih utk berada di sini. Buat mereka yg mendapat gred D dlm Bahasa Arab dan masih ingin menjadi sebahagian drp warga SMKAS yg hebat, jgn lupa kemukakan rayuan anda.

Bukan main khusyuk Ustaz dan Ustazah meneliti keputusan yg baru tiba. Kelihatan GPK HEM berbaju batik merah tercengang selepas slip keputusan yg dibawanya dari PPD diserbu guru2. Hehe.

Oh itu aku sedang tunjuk peace. ^^

Buat pelajar yg mendapat 9A.


Antara yg mendapat 9A. Tahniah!

Nampak tak pelajar yg tercegat di rostrum di sebelah kiri gambar tu? Itulah Aliah, informer felt aku. Dia turut mendapat 9A. Tah kenapa dia tak masuk gambar aku pun tak tau.

Semasa penyampaian slip keputusan yg disampaikan oleh GPK HEM in behalf of School Principal yg cuti sakit. GPK1 yg baru pula perlu hadir ke JPNJ.

Eh ni gambar ape sesat pulak? 
Oh ini dibeli ptg td selepas keputusan diumumkan. Reward utk diri sendiri. Kabinet TV dan sofa berbentuk-L. Hehehe...

SEMOGA SMKAS TERUS SUKSES! TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SMKAS!!!

Keputusan PMR diumum esok. Guru atau pelajar lebih gementar?

Assalammualaikum.

Ok aku tau ramai dah maklum berkenaan perkara ni. Esok keputusan PMR akan diumumkan di sekolah masing2 bermula jam 10 pagi. So, esok aku akan ke sekolah. Selain aku merupakan guru kelas 3 Tirmizi, aku juga nak bersama-sama meraikan kejayaan para pelajarku. So excited since ini pertama kali mengajar Tingkatan 3. Tahun lepas mengajar Tingkatan 5 tp tak se"nervous" ini pulak masa keputusan nak diumumkan. Mungkin sbb kali ni aku mengajar 3 kelas kut...kut....? Ah takpelah, yang penting esok aku akan bangun awal pagi dan bertolak ke Segamat. Baju kurung pun dah siap iron awal2 lagi. Amcam, penuh bersemangat kan? Haha...Buat semua pelajar Tingkatan 3 SMKA Segamat, uzh mengharapkan yg terbaik drp korang...

p/s Semakan keputusan secara sms, sila rujuk di sini.

My first online shopping

Assalammualaikum.

Sila jangan ketawakan aku berdasarkan tajuk tu. Ye, aku tau aku out of date sebab baru berani nak shopping atas talian ni. Huhu. Ni dah kira pencapaian terbaharu aku tau, sebagai penutup tahun 2011 ni. Kikiki...orang lain dah abis beribu-riban ringgit shopping main klik2 je, aku baru nak try. Jumud kan? Aku bukan ape, aku takut xleh control sbb aku ni gila shopping la jugak...huhu.

Tadi tah kenapa aku tershopping plak...haha...ada ke istilah "ter". Ter tu kalau tanpa niat, tak sengaja. Tp ni aku mmg sengaja. Kihkih. Ni first shopping aku sejak gaji dan bonus masuk Isnin lepas. Benda yg aku beli pun benda biasa2 aje, utk crafting, tak sampai RM50 (permulaan je ni, kang dah ketagih aiyok taktau huhu). Aku shopping kat kedai Sus ni yang jual pelbagai produk utk kraftangan. Dulu mmg ade aku tgk2 blog dia, skang dia dah buat satu website khas utk shopping kat kedai dia dan aku rasa ia menarik. Nak shopping kat e-store dia ni make sure korang register sebagai member dulu yer. Pastu leh la amik troli dan sauk barangan kegemaran korang, hehe. Yg bestnye tadi pas register dapat point, 5 point. Ia berguna tau, 1 point = RM1. So td aku guna point tersebut dan dpt deduct RM5 drp jumlah sebenar bayaran. Bez kan?

Selepas aku cuba wat online shopping td, mmg mudah bagi sesape yg ade wat akaun online banking. Aku guna cimbclicks. Senang je, klik2 dah bayo...pastu nanti tunggu jela barang sampai kat umah ye...tak sabo ni nak tunggu dpt hasil shopping aku. Kiki. 

Efisyen betul diorang wat keje...beberapa minit je dah dapat replied email, and see, status order aku "sent", siap da ade track ID poslaju tu...


Pembayaran secara online. Ikut je step kat situ... Make sure to turn off pop-up blocks supaya a new pop-up window dibuka direct ke online bank anda. Easy.

Now, waiting patiently for the parcel to arrive safely.
Bye...

Crazee Felt-ing #3

Assalammualaikum.

Hai Encik Matahari! Hari ni hati bersorak gembira sedikit melihat cuaca yg terang benderang disinari mentari. Dah dua hari lepas hujan siang malam dan berhenti kejap2 aje. Agak fobia bila hujan macam tu sbb boleh mengundang banjir. So bile cuaca mcm arini, lega sikit dah hati ni.

Bila hati gembira, bolehlah buat post berantai pasal felt ni. Arini selongkar folder lagi cari gambar nak tampal kat sini. Kalau post sebelum ni dan ni aku ada cerita tentang sumber felt yg aku dapat, arini  nak cerita lagi sumber ketiga yg aku peroleh, masih lagi pembelian secara offline. 

Satu hari tu semasa aku memberi latihan kepada pelajar di makmal sains, aku round ler makmal pantau diorang buat kerja. Sampai di satu meja, aku berbual dgn sorang pelajar ni. She's a creative n brilliant girl, pandai melukis cumanya kalau part tulisan dia yg aku hangin sket...asal boleh aje. Ok back to business. Aku mmg saje aim nak bual dgn dia sbb aku nak tanye dia mana dia dpt felt tu. Hasil perbualan aku dgn dia mmg berbaloi-baloi. Mana kan tidak, felt yg dia beli tu boleh dapat dgn mudah kat Segamat je. (Aliah, ni yg ustazah syg kat awak ni! Tak jadi nak marah walaupun tulisan awak menaikkan amarah. Hehe) 
Aku tersangat happy sbb dah tau mana nak dpt felt tu secara offline dan berdekatan pulak. Ce la korang try tanye mane2 blogger yg guna felt ni sumber diorang. Mesti diorang tak kan gtau la yg dapat offline, mesti diorang suggest on9 punyer...aku tak penah kena la, cuma baca komen2 sesama diorang je atau dalam forum.

Menurut Aliah, felt tu dijual di sebuah kedai bunga di Bandar Utama, bersebelahan dengan Secret Recipe. Kedai tu selalu gak aku singgah beli benang dan riben, dan penah gak aku usha2 kot ade jual felt, tp aku tak tanye la masa aku g tu. So bile dapat info dr pelajar aku tu, balik sekolah tu terus ke sana. Haha excited. Tak perlu lunch segala, sbb masa tu bulan puasa deh. Aku dah tanye detail kat student aku tempat specific felt tu. So, masuk je kedai aku terus menonong ke tempat yg dia citer. Wah tersenyum simpul aku memilih felt kat ctu. Suka3 ^^. Masa bayar aku tanye kat tokei kedai tu bila ada felt ni. Dia kata baru jer bbrpa bulan. Oh patutla, time aku usha tu tahun lepas, haha. Aku seronok bercerita, tokei tu pun (lelaki cina) seronok bercerita. Siap dia kenal lagi tau dgn kedai Sus. Hoho. Kagum aku ngn tokei tu. Dia citer anak dia pun jait menda tu gak, jual kat sekolah masa hari kantin. Bagus2. Ada la beberapa barang yg aku beli masa tu, meh tgk.

Ini hasil pembelian. Selain felt, aku beli buttons, ribbon, hp strap, brooch pin, beads dll. Sbb time tu aku pikir nak buat brooch. Hehe.

Di kedai tu, felt yg lembut bersaiz A4 (lebih kurang) dijual pada harga RM1.90 sekeping manakala felt keras berharga RM1.50 sekeping. Aku tak sure la murah atau mahal, asalkan aku leh pilih depan mata dan senang nak g beli. Hehe.
Kat sana ade la macam2 gak barangan yg dijual utk crafting ni. Wool fiber pun ade gak. Actually kedai tu menjual barang-barang utk buat hantaran pertunangan/perkahwinan. Serupa macam kedai2 kat Ayer Hitam. Aku boleh spend more than 30minutes kalau berada kat kedai ni. Hehe. 
Ok, mlm lepas aku shopping tu aku terus try buat brooch bunga. Esoknya pakai g sekolah dan students semua puji. Kikiki. Tak lupa aku berterima kasih kat Aliah sbb jd informer aku. Excited bercerita dgn dia hasil membeli-belah aku semalamnya (ape punye cikgu daaa haha).

Ros biru. Cantik tak?

Menggayakan brooch bunga-bunga ke sekolah. Haha. 

Pic kiri sekali masa pakai Ros biru. 
Pic kedua pakai brooch bunga mekar setaman, yg dibuat mlm kedua. 
Pic ketiga, brooch bunga taktau nama, buat lepas berbuka puasa, terus pakai g kelas tambahan mlm tu gak. 
Pic terakhir, brooch lepas sahur, pakai g sekolah pagi tu. Haha.

Excited kan aku? Oh ya, masa bulan tu gak dpt order dr rakan sekerja, minta buatkan ladybird hp charm utk anak2nye, sbb dia tertarik dgn ladybird yg aku bg kat kwn aku aritu.

Dua ekor ladybird siap! Utk Aisyah dan Husna.

Utk ibunye aku buatkan brooch ros merah, free jek. Thanx sudi order ye kak Zetty!

Ni utk adik kwn aku. Paling kelakar, nama dia Zara. Tp aku pekak kut, dgr Zaza. Haha. Kesian dia... ;p

Sebab dah senang dapat felt, maka masa cuti nak dekat raya, aku pun rajin sikit la main dgn felt ni...antara yg terhasil...

 
Domo the pincushion. Kadang2 leh jadik tv yg kua muka domo je. Haha.

Domo's family. 

Order drp rakan sekerja. Masa ni in progress. Lama gila in progress aku. Kesian akak tu tunggu. Huhu.

In progress jugak time ni. Tp bukan utk dijual. Dan bukan utk aku. Hehe.

Setakat entri ni ditaip, ini koleksi brooch aku yg dah naik lusuh aku pakai. Eh ada brooch ribbon plak. Haha. Tu pun buat sendiri jek.

Inilah antara hasil2 kraf aku menggunakan felt ni. Sekadar hobi je, tp kalau ade yg nak order, aku tak menghampakan mereka. Okla, nanti ada lagi nk update pasal felt ni. Tunggu..........

Sekian.