Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Felt Jersey

Assalammualaikum....

Finally, berjaya juga aku menyiapkan tempahan jersi ni. Hope tuannya berpuas hati. Meh tgk hasil kerja keras aku. Hehe.

Keychain dan car charm (depan)

Keychain dan car charm (belakang) 


 Car charm (depan)

 Car charm (belakang) 

 Keychain (depan)

Keychain (belakang)

Adus gambo terbalik pulak lupa nak edit. Logo MU kosong je, gila kau kalau nak wat wording kena pakai kanta pembesar. Haha.

p/s: Jom siapkan keychain nama pulak....chaiyokkk2...

Hasil shopping dah dapat yeay!

Assalammualaikum. 

Hehe hari ni semangat berganda sebab barang2 yg dipesan dah pun sampai tadi. Semoga hari ini aku akan lebih produktif. Yosh....jom berfelting menyiapkan order kekawan...ganbatte!!!


Utk anda yg ingin membeli-belah barangan kraf dan juga felt, boleh lawati website Susndfelt ni ya. Pasti rambang mata memilih felt. Hahaha. Aku sudah terjebak.

p/s: MU jersey keychain done. Next order in progress: MU jersey car charm +_+ 

Bunny in the house!

Assalammualaikum...

Bersusah-payah aku nak upload gambar kali ni sebab memory card hp meragam selepas dicucuk ke dalam USB card reader yg baru dibeli ptg tadi di pekan Yong Peng. Terpaksa la snap pic berkali-kali lagi sebab first batch punya gambar dah corrupt. Tch. Sabar jela.  Ini semua angkara USB cable merangkap cable charger original dah rosak. Tapi kan berdasarkan pengalaman, cable cap "jenama itu" penebat wayarnya cepat reput la. Mungkin akibat pengeluaran haba yang tinggi semasa mengecaj mempercepatkan lagi proses pereputan. Ahh entahlah tapi yg pasti aku mmg suka kualiti kamera hp tu so bertabah aje lah walaupun segala macam gambar dah hilang selepas diformat. Huhuhu sedihnya. Dahlah tu mari lupakan semuanya....jom enjoy the pictures...

 Agaknye sumpahan muka ko kot bunny, hp aku terkejut. Huhu.
Akhirnya dapat juga aku merealisasikan bunny ini setelah sekian lama dalam lakaran aje.

Bunny and friends...^^

p/s: Playtime is over...lets get back to business...hoho...

Felt kitty cats

Assalammualaikum.

Lama tak update felt craft. Siang tadi saje bereksperimen dgn felt yg ada. Maka terhasillah hp charm baru. Jom tgk...

Simple je...

Sebenarnya inspired drp sticker tu ha...kikiki.


Ade ke kucing kaler biru? Hehe.

Ngences...haha

p/s: Sebenarnya sedang cari mood nak siapkan order. Buat benda lain pulak. Hahaha. 

My second felt handphone case

Assalammualaikum.

Wah lamanya tak menaip kat blog ni...minggu peperiksaan baru jer berlalu minggu lepas, tu bz sket. Semalam baru sudah menanda dan masuk markah di saps. Fuh lega. Tapi dalam sibuk2 menanda tu, hujung minggu lepas  sempat lagi aku menghasilkan hp case baru utk diri sendiri, kononnya utk hilangkan rasa stres sbb sabtu lepas sekolah ganti. Hehehehe....meh tgk sket hasil kerja tgn terbaru aku. (Kualiti gambar biasa2 ajer sbb guna kamera hp... T_T)

Tema kali ini ialah 'A Lonely Tree'....
Hahaha patutnya birdie...tp sbb idea asal mmg nak letak pokok je, tapi pastu cam cute plak bile letak burung seko. 

 Ok, ni bahagian belakang. This time no velcro, guna button lak utk tutup. Button kayu utk match tema pokok.

Bahagian dalam aku letak kaler biru...sweet sangat. Ahaha puji sendiri.


Kasi korang tgk dekat lagi.

Amcam, sama tak dgn sketching aku tu? Kihkih. Original idea ok. 

 Masa tgh dijahit.

So, anyone nak order???? Boleh request utk design sendiri.

p/s: Cuti seminggu dah kena cut 2 hari untuk kem akademik PMR dan SPM....huhuhu....

Car charm for my beloved BK2809

Assalammualaikum...

Haha BK2809, ingat plat number ke ape? BK is my kekura hitam yg dah kelabu asap sekarang ni sbb tuannya malas nak basuh.

Bukan nak cerita pasal BK, tp pasal car charm yg sekian lama baru aku dpt buat utk keta sendiri. Asyik wat utk org len je, keta sendiri takde...mehla tgk...sekadar suka2.

Bentuk tipikal, bentuk love. Paling senang buat.

Another side of the charm...VP yay...

Sgt gigih menjahit wording ini. Font ciptaan sendiri. Haha. Takde lakar atas felt, jait terus tu...so logikla bengkang bengkok yer...

p/s: Ade sesape berkenan nak macam ni gak??? ^__^


Crazee Felt-ing #6

Assalammualaikum...

Ini gambar apa kawan-kawan?

Jawapan: Itu felt yg aku beli di....
1. Kedai bunga Bandar Utama, Segamat (Byk kali pegi tp taktau nama kedai ape. huhu)
2. Daiso.
3. Kedai Love Handicraft Centre (LHC), Segamat.
4. Kedai Kraftangan Cantik, The Summit Batu Pahat (Fav shop aku beli manik. Ni baru lagi ada felt ni,   
    masa aku g awal bulan 12 aritu)

Saje nak share dgn korang...ada info tak mau la kedekut2 kan. ^^
Aritu aku ade cite sket yg aku watkan hp charm baru utk mak aku kan. Meh kita tgk gambar...

Mr. Owlie. Sedih betul rupa dia kan. Haha.Ni hp charm yg lama. (Nampak sgt artwork aku yg selekeh)

Mom's new hp charm. Strawberry ladies!!!

Sedia berkhidmat!

Cite dah abis. Bye. ^^


Ribbon brooch and hairclip

Assalammualaikum...

Sekadar nak berkongsi, cubaan aku ber"DIY" dgn ribbon. Zaman sekarang ni ribbon dah macam2 pattern, sgt cute dan menarik. Kalau aku terjumpa ribbon di mana-mana kedai dan ia sgt menarik, aku pasti akan beli. Sekarang dah ada satu container kecik ribbon, bukan guna sgt pun tp sekadar buat koleksi. Hehe.

Kiri: Brooch
Kanan: Hairclip
(Cute tak?)

Ni pakai ribbon brooch biru masa temuduga kemasukan Form 1, 27 Nov yg lalu.
Ptg beli ribbon, mlm try wat, esoknye pakai. Hehe.
(Pic tak payah beso2 la, karang nyampah lak korang tgk muka aku. Huhu)

(27 Nov 2011: Hari Ummi (pengetua) diserang stroke sewaktu beliau memberi ucapan kpd parents calon temuduga. Sudah sebulan peristiwa itu, mari doakan beliau sembuh)

p/s: Ade sesape nak order tak? Hehe.

Tutorial: Felt Rose

Assalammualaikum...

Selamat hari Isnin semua. Hari ni aku nak kongsikan satu tutorial bunga ros menggunakan fabrik felt. 

 Nak bunga ros macam ni?

Langkah-langkahnya mudah sahaja, anda hanya memerlukan bahan-bahan di bawah ni:

Felt, gunting dan gam.

Langkah 1: Guntingkan felt mengikut ukuran yg disukai

Ini felt yg dah digunting, selalunya aku ikut saiz tapak tgn aku, ukur macam tu ya.

Langkah 2: Gunting sedikit bahagian sisi felt sehingga membentuk corak berombak (bukan ombak rindu ye)

Langkah 3: Selepas siap buat wavy pattern kat sisi td, gunting bahagian dalam pula, masih dgn cara yg sama. Gunting secara freestyle.

Selepas digunting, dapatla felt yg mcm scrap ni...dun worry ye.

Pastikan guntingan td menghasilkan felt sebegini, seakan corak lingkaran ubat nyamuk.

Langkah 4: Felt td mempunyai dua hujung. Ambil hujung yang di kiri gambar.

Langkah 5: Gulungkan hujung felt tadi.

Sambil gulung, gamkan ia dgn gam UHU.
(Pernah try guna glue gun tp aku dapati ia kurang sesuai)

Teruskan menggulung dan pandai2 ejas supaya dpt menghasilkan ros yg kemas.

Siap!

Pandangan sisi.
Kalau ade kelopak ros agak besar, trim sikit guna gunting.

Kalau suka, boleh tambahkan daun.

Bunga ini sesuai dijadikan brooch, klip rambut, hiasan atau apa sahaja mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimen!

p/s: Semoga tutorial ini dapat memenuhi permintaan saudari Shikin ^^

Crazee Felt-ing #4

Assalammualaikum...

Arini nak sambung lagi alkisah hasil kraftangan yang aku buat menggunakan felt. Ia bukanlah hasil terbaru, cuma baru nak diceritakan sahaja. Malas nak cerita panjang, jom tgk gambar jela... (Dah ngantuk sebenarnya ni sebab shopping siang td, tp nak update jugak. Hehe)

Semasa pembikinan tempahan keychain ladybird...tempahan bulan pose.

Persidangan 11 ladybirds.
Masa ni igt customer nak hp charm...tp nak keychain rupanya.

Customer (Kak Naz, my colleague), nak hadiahkan pd anak, nieces n nephews nye.
Aku jaitkan nama kat belakang setiap ladybird.

Ni lepas tukar hp charm kepada keychain ring ikut permintaan customer.
(Tu sape punyer OMR modern math jadi alas...haha... musim peperiksaan akhir tahun. 
Pic kat makmal sains, tempat lepak 1.)

Ni lak brooch bunga2 yg aku bagi free pada kawan2 sekerja.
Konon2 promosi, ade yg order. Hehe. Hari terakhir persekolahan dalam kalendar 2011.
(Pic kat Galeri Sejarah, tempat lepak 2)

p/s: Ader sesape nak order??? ^__^


Poslaju-laju

Assalammualaikum.

Selamat petang...cuaca kurang elok arini, hujan turun mencurah2... Harap sangat tak banjir di kawasan aku. Huhu.
Aku baru sampai rumah dari Segamat tengahari td. Masuk je bilik, nampak sesuatu di atas meja. Yay, barangan shopping aku dah sampai! Kan kelmarin aku membeli-belah secara online, ptg tu juga tuan kedai pos barang yg aku beli dan semalam dah selamat sampai kata mak aku. Memang betul pos laju ni. Efisyen sungguh. 

Parcel yang tiba semalam

Inilah barang2 yang aku beli - Velcro hitam, brads, magnet, gunting melengkung, adjustable rings, ribbon dan manik mutiara separa.

Barang utama yg aku nakkan sebenarnya, gunting hujung melengkung

Suka ribbon colourful ni especially yg tgh tu, cute sangat2

p/s: Lepas ni nak shopping ape lak ek...kikiki