Showing posts with label needlework. Show all posts
Showing posts with label needlework. Show all posts

Happy Family On A Tree!

Assalammualaikum. 


Fuhhh...berkurun baru nak buat entri tentang projek felt aku yang digembar-gemburkan sebelum ni. Rujuk entri apple dan owl ini.

Baiklah, kini aku akan ceritakan serba sedikit tentang projek felt yang aku maksudkan tu. Sebenarnya projek tersebut aku buat pada bulan April yg lalu untuk menyertai satu pertandingan kraf felt anjuran susndfeltproduct. Antara syarat penyertaannya ialah, sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian, asalkan semua material digunakan daripada pek Felt Kit bulanan yg dikeluarkan khusus oleh kedai Sus. Masa tu bulan Mac lagi, dan aku terbaca iklan di fb Sus yang pek Felt Kit April akan menghasilkan seekor burung hantu yang comel sedunia.

Jadi tujuan asal aku adalah untuk mendapatkan owl yang comel itu, tapi sambil menyelam minum air lah juga, dah alang-alang beli, apa kata aku cuba nasib menyertai contest tersebut. Saja suka-suka lagipun tak susah, hasilkan sahaja owl ikut kreativiti kita dan emailkan gambar kepada Sus. Kemudian gambar akan diuploadkan di fb beliau dan sesiapa yang mendapat undian 'like' terbanyak akan dipilih sebagai pemenang. Sounds easy kan? Tapi utk meraih undian terbanyak, banyak jugalah persaingannya juga kan...maka ikut luck lah. Hehe.

Lebih kurang 3 hari aku bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut. Mula-mula cari ilham dulu, siap sketch bagai hehehe. Dan akhirnya, terhasillah satu keluarga burung hantu.

My masterpiece. What do you think guys?

~Mommy owlie~
This is the original pattern of owl from Sus n d Felt Product. 
But of course the one in this pic had sewn by me ^^ She is cute aite?

~Daddy owlie~
This one, i recreated it from the original pattern. 
Is it necessary for a daddy to have a fierce look??? Heh.

~Boboy owlie~
Ehem. Mom's apple of the eye. Inherits mommy's genetic more than dad's. 
He is naughty and love to have fun. See what happened to the apples in the basket in picture below.
He is also into music so much. I did make a cute pinky radio for him but he left it behind. That's why there were no radio in this pic. Tch. 

~Poor Yummylicious Apples~
This is what happened when u can't resist the feeling of  "Ohh...I really can't wait to see the outcome of my project!"
So, i only managed to sew few flat look apples. -_-

~Baby Owlie~
Newborn baby, that's why she is secured in the tree stem, for bengkung purpose. 
Haha suka hati aku. Mana datang burung hantu duduk dlm batang pokok. 
I think she is adorable, with her cute eyelashes. Don't you think so too? =D

~Pinky Retro Radio~
Yeah, this is the radio i mentioned earlier. The one that wasn't included in the picture for the contest. I put so much effort to make it but then after i sent MMS to my brother for an opinion, he said that it would be better without this radio. Hmmm... ='( 

Eh, eh dah kenapa pulak captions tu gatal-gatal taip in English pulak. Ngada-ngada betul tau. Haha. 
Ok, back to the main story pasal contest tersebut. Apabila dah siap semuanya satu family burung hantu maka aku pun email la gambar aku paling cun owlies tersebut ke pihak penganjur. Bila tengok album contest tu, walawei semua pun buat lawa-lawa... Bila selesai je gambar owl aku diupload, habis semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan taulan aku promote suh like pic owl aku. Hehe. Ade jugak facebook users yang aku tak kenal turut share dan promote pic tu. Thanks a lot kepada semua la yang like owl tu dan menyokong aku... Kalau nak tengok-tengok, cuci mata pic owl contestants yg lain, boleh klik link ini.
Contest berlangsung almost sebulan kot? Tak ingatlah, dah lama kan...Hehe. So, masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman bagi pemenang April Felt Kit tersebut. Jeng jeng jeng... resultnya diumumkan di blog Sus. Maka aku pun blogwalking la. Pemenang utamanya of course bukan aku...ahaksss.... Tapi alhamdulillah aku dapat juga tempat untuk pemenang foto pilihan Sus. =) Kira oklah jugak sebab aku ni kalau masuk contest selalu takda nasib...hahaha... Apa pun, ganjaran utk pemenang pilihan ialah 20 point membeli-belah di kedai online Sus n d Felt Product. Happy mak oi... Suka suka suka...  

Lepas ni kalau ada contest kraf lagi, leh cuba nasib ni... hahaha... Dan buat korang yang rasa cam nak cuba berkraftangan dengan felt juga, bolehla shopping kat kedai Sus ek. Tekan je link banyak-banyak aku insert kat atas tu. Hehe. Kat sana ada jual pek permulaan felt utk sesiapa yg berminat. Pilih je, klik-klik, bayar, esok dah sampai kat pintu rumah korang. Hihi. Panjang pulak bebel aku ni, k lah selamat berkraf! 

My second felt handphone case

Assalammualaikum.

Wah lamanya tak menaip kat blog ni...minggu peperiksaan baru jer berlalu minggu lepas, tu bz sket. Semalam baru sudah menanda dan masuk markah di saps. Fuh lega. Tapi dalam sibuk2 menanda tu, hujung minggu lepas  sempat lagi aku menghasilkan hp case baru utk diri sendiri, kononnya utk hilangkan rasa stres sbb sabtu lepas sekolah ganti. Hehehehe....meh tgk sket hasil kerja tgn terbaru aku. (Kualiti gambar biasa2 ajer sbb guna kamera hp... T_T)

Tema kali ini ialah 'A Lonely Tree'....
Hahaha patutnya birdie...tp sbb idea asal mmg nak letak pokok je, tapi pastu cam cute plak bile letak burung seko. 

 Ok, ni bahagian belakang. This time no velcro, guna button lak utk tutup. Button kayu utk match tema pokok.

Bahagian dalam aku letak kaler biru...sweet sangat. Ahaha puji sendiri.


Kasi korang tgk dekat lagi.

Amcam, sama tak dgn sketching aku tu? Kihkih. Original idea ok. 

 Masa tgh dijahit.

So, anyone nak order???? Boleh request utk design sendiri.

p/s: Cuti seminggu dah kena cut 2 hari untuk kem akademik PMR dan SPM....huhuhu....

Car charm for my beloved BK2809

Assalammualaikum...

Haha BK2809, ingat plat number ke ape? BK is my kekura hitam yg dah kelabu asap sekarang ni sbb tuannya malas nak basuh.

Bukan nak cerita pasal BK, tp pasal car charm yg sekian lama baru aku dpt buat utk keta sendiri. Asyik wat utk org len je, keta sendiri takde...mehla tgk...sekadar suka2.

Bentuk tipikal, bentuk love. Paling senang buat.

Another side of the charm...VP yay...

Sgt gigih menjahit wording ini. Font ciptaan sendiri. Haha. Takde lakar atas felt, jait terus tu...so logikla bengkang bengkok yer...

p/s: Ade sesape berkenan nak macam ni gak??? ^__^


Kerja cuti sekolah

Assalammualaikum.

Currently, sedang mengusahakan ini. Agak-agak, apa ya?

Colourful felt, siap digunting!

Buttons...nak kasi match sama felt.

p/s: Work still in progress, asyik terganggu akibat menonton anime hasutan adik aku. Berikrar utk siapkan sebelum esok. Eh-cewah. 

Angry Bird Keychain

Assalammualaikum.

Ini partner keychain domo yg ditempah rakan. Setelah beberapa kali di'adjust' supaya kelihatan bulat.

Letak dalam nest pulak. Hehe.

Tu je. Bubye.

Hello-domo!

Assalammualaikum.


Semua pun kenal ini apa kan? Momok-kun Domo-kun, tapi made in Parit Usop okay. Ini tempahan rakan sekerja sebagai keychain buat puterinya. Sudah lama siap cuma tak terbagi lagi atas sebab tertentu (ahhh aku selalu lupa bawa ke sekolah, so sorry senior T_T).

 Full view.

Side view.

p/s: Saje nak eksen bunga plastik beli kat Ayer Hitam aritu. Hehehe. 

Crazee Felt-ing #6

Assalammualaikum...

Ini gambar apa kawan-kawan?

Jawapan: Itu felt yg aku beli di....
1. Kedai bunga Bandar Utama, Segamat (Byk kali pegi tp taktau nama kedai ape. huhu)
2. Daiso.
3. Kedai Love Handicraft Centre (LHC), Segamat.
4. Kedai Kraftangan Cantik, The Summit Batu Pahat (Fav shop aku beli manik. Ni baru lagi ada felt ni,   
    masa aku g awal bulan 12 aritu)

Saje nak share dgn korang...ada info tak mau la kedekut2 kan. ^^
Aritu aku ade cite sket yg aku watkan hp charm baru utk mak aku kan. Meh kita tgk gambar...

Mr. Owlie. Sedih betul rupa dia kan. Haha.Ni hp charm yg lama. (Nampak sgt artwork aku yg selekeh)

Mom's new hp charm. Strawberry ladies!!!

Sedia berkhidmat!

Cite dah abis. Bye. ^^


Crazee Felt-ing #5

Assalammualaikum...

Ini cerita lama, tapi korang layan jela yer...dah sebulan baru nak update ni. Huhu. Awal2 cuti hari tu my bro balik kg sbb abah kurang sihat... Dalam 4-5 hari je dia kt kg, sbb wife n kids dia tinggal. Mlm sebelum dia nak balik semula ke Sabah tu, aku pikir2 nak kirim ape kat anak2 sedara aku yg setahun sekali je jumpa tu. At last dalam kul 1 aku came up with an idea nak bg some souvenir drp felt. Since bebudak dua org tu suka main game angry bird, aku pun google la rupa menatang tu. Nak buat plushie, mmg tak sempat. Sbb aku pun tak penah test buat menatang ni, apatah lagi nak buat plushie... Pikir2 lagi, baru terigt yg aku ade simpan ice-cream stick mcm2 kaler yg aku beli setahun dulu kat satu kedai stationary kat Summit. Idea last minit aku mengatakan, buat jela apape patot....so hasilnye seperti kat bawah ni.... 

Felt angry bird ice-cream. 
Bole dijadikan sebagai bookmark. Tp bebudak tu kecik lagi, mane reti nak bookmark2 ni sumer. 
(As this post is written, tak tau la wujud lg ke tak menda ni..huhu)

Backside.
Aku jahitkan nama anak2 sedara aku supaya tak berebut. 

Untuk my sis in law pulak, aku buatkan brooch bunga (tu je yg aku pakar.haha). Dan sepit rambut utk si Iqa.

Brooch bunga utk SIL dan adik-beradiknye.

Hairclip for Iqa

Siap packing. Kuikui.

Okla, berita terkuno dah abis. Tata.

p/s: Pixcas captured using VivazPro yg kusangka haunted tu tp rupanya everything is fine. Menyesal pulak beli hp baru aritu....melebur duit bonus in advance aritu. Haha. Walaupun hanya sebuah hp berkamera 5.1 mp, I still heart you VivazPro! 

Felt Flowers

Assalammualaikum...

At last....siap juga tempahan brooch bunga2 dari rakan2 sekerja. Kalau ikutkan, awal2 cuti aritu leh siap tapi since aku ni ratu tido, lebih prefer melayan mata jela cuti sekolah ni. Hehe. Jom la layan gambar je...

Ni bunga ape aku pun tak tau...buat je.

Rose brooch

Itu sarang burung tiruan, bukan rambut palsu ye. Huhu. Terjumpa masa geledah barang2 lama. Bakul tu dpt masa ade event kat sekolah. Lupa event ape.

Pek plastik tu beli kat Daiso aritu. Hehe.

Success! 

Dah, tu je, bubye!

p/s Next order in progress: Domo and angry bird keychains (40% done).

Tutorial: Felt Rose

Assalammualaikum...

Selamat hari Isnin semua. Hari ni aku nak kongsikan satu tutorial bunga ros menggunakan fabrik felt. 

 Nak bunga ros macam ni?

Langkah-langkahnya mudah sahaja, anda hanya memerlukan bahan-bahan di bawah ni:

Felt, gunting dan gam.

Langkah 1: Guntingkan felt mengikut ukuran yg disukai

Ini felt yg dah digunting, selalunya aku ikut saiz tapak tgn aku, ukur macam tu ya.

Langkah 2: Gunting sedikit bahagian sisi felt sehingga membentuk corak berombak (bukan ombak rindu ye)

Langkah 3: Selepas siap buat wavy pattern kat sisi td, gunting bahagian dalam pula, masih dgn cara yg sama. Gunting secara freestyle.

Selepas digunting, dapatla felt yg mcm scrap ni...dun worry ye.

Pastikan guntingan td menghasilkan felt sebegini, seakan corak lingkaran ubat nyamuk.

Langkah 4: Felt td mempunyai dua hujung. Ambil hujung yang di kiri gambar.

Langkah 5: Gulungkan hujung felt tadi.

Sambil gulung, gamkan ia dgn gam UHU.
(Pernah try guna glue gun tp aku dapati ia kurang sesuai)

Teruskan menggulung dan pandai2 ejas supaya dpt menghasilkan ros yg kemas.

Siap!

Pandangan sisi.
Kalau ade kelopak ros agak besar, trim sikit guna gunting.

Kalau suka, boleh tambahkan daun.

Bunga ini sesuai dijadikan brooch, klip rambut, hiasan atau apa sahaja mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimen!

p/s: Semoga tutorial ini dapat memenuhi permintaan saudari Shikin ^^