Showing posts with label pemandu malaysia. Show all posts
Showing posts with label pemandu malaysia. Show all posts

Tips Memandu Di Jalan Raya Luar Bandar

Assalammualaikum.

Baru je buat entri tentang sikap pemandu Malaysia tempoh hari, pagi ni baca surat khabar, ada satu halaman tentang pemanduan di jalan raya luar bandar. Ada beberapa info yang kena dengan pengalaman aku hari tu. Haha.


Snippet keratan akhbar berkenaan


Petikan 1

Ulasan Petikan 1: Yang ni aku setuju sangat-sangat. Macam yang aku ceritakan hari tu lah, jalan kampung memang  sempit. Tapi syok juga, belajar jadi pemandu yang cekap dan bertoleransi. Mula-mula dapat driving license dulu, memang takut sangat nak drive kat kampung bila memikirkan kena berselisih dengan kereta lah, lori sawit lah. Adoyai memang risau, nak-nak kalau berada di sebelah parit, dahla tebing kecik, mau terjunam masuk parit. Kalau ada motor kat depan pun aku sanggup follow je daripada memotong. Haha. Tapi tu dulu lah.

Petikan 2

Ulasan Petikan 2: Ah-ha, yang ini ada part yang kurang setuju sikit. Macam kat simpang tiga yang of course laluan aku tapi aku pulak yang kena berhenti. Tapi memang macam itu lah situasi kat kampung. Kesimpulannya jangan nak pecut kat jalan kampung. Memang betul frasa dalam petikan tu yang menyebut "Golongan pengguna jalan raya tadi boleh muncul pada bila-bila masa tanpa kita duga". Serius, mau terkejut kau time tu. Beberapa kali kena jugak lah. Kat kampung memang ramai budak bawah umur yang kaki pun tak cecah tanah, dah boleh tunggang motor. So what do you expect from these kids, knowing all the rules on road? Lupakan aje lah.

Petikan 3

Ulasan Petikan 3: Bukan sahaja lembu, malah pelbagai jenis haiwan lain ko boleh temui kat mana-mana kampung. Contoh kat kampung aku, lotong. Tahu tak lotong tu apa? Bukan lontong yang berkuah lodeh sedap dimakan tu. Ni lotong spesies monyet jugak lah, mata putih je terjegil. Suka bergayut satu keluarga kat wayar elektrik macam wat show sarkas sambil dukung anak. Haha. Bumper kereta abang aku yang dipandu oleh adik aku pecah dek kerana terlanggar lotong tu lah. Baru-baru ni pulak makcik aku patah tangan dan tulang rusuk sebab tunggang motor terlanggar seekor babi pada waktu malam. Haiwan tu memang banyak kat kampung ni, pernah juga aku melalui insiden hampir-hampir terlanggar binatang tu. Biasanya memang waktu malam lah. Lain-lain haiwan, macam kucing, ayam, tu dah biasa sangat. Jadi berwaspadalah, jangan sampai jadi pembunuh jalanan. Kikiki.

Drive safely everyone!

Kawan-kawan, Tungganglah Motosikal Secara Berhemah

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak sambung cerita tentang pemandu Malaysia yang aku kongsikan tempoh hari. Boleh rujuk entri ini untuk cerita tersebut. Tapi kali ni tentang penunggang motosikal pulak.
Silalah gelak secara berjemaah apabila melihat lukisan taraf tadika aku ni. Ni je mampu aku buat dgn Paint. Terharu tak tgk motosikal design ntah apa-apa tu. Haha. Kakak aku kata motosikal tu tak keluarkan asap, tapi macam air. Ceh...

Selepas kejadian yang aku lalui kat simpang nak masuk kampung hari tu, aku pun memandu dengan riang gembiranya untuk balik ke rumah. Tapi, kegembiraan yg aku kecapi tu tak lama sebab kegembiraan tu dirampas oleh seorang penunggang motosikal di hadapan aku yang berlagak ala-ala Tok Ketua Kampung sedang melawat kawasan. Huhu. Rileks aje dia tunggang motor di tengah-tengah jalan dengan kadar kelajuan 15-20 km/J sambil toleh kiri kanan seakan memerhati perkembangan kawasan taklukan nya. Ya, jalan kampung aku kecik je macam jalan one way, jika berselisih dgn kereta, jika kau menghala ke dalam kampung, kau kena mengalah dan beri laluan dulu kepada mereka yang berada di laluan tepi parit. Agak-agak sape tak mengalah dan buat muka bajet bagus, sah, bukan orang kampung aku. Oh ya berbalik cerita aku tadi. Apabila pakcik tu menunggang di tengah-tengah jalan, maka aku terpaksa la mengekornya di belakang aje. Nak potong memang takleh unless kereta aku leh transform jadi motorboat masuk dalam parit. Lama juga nak tunggu pakcik tu sedar yang aku ada di belakang dia. Nak hon memang tak sampai hati. Aku kan berbudi bahasa, ehcewah. At last, baru lah dia ketepi sikit dan ade ruang untuk aku memotong. Lega sekejap. Sekali lagi, SEKEJAP ye kawan-kawan, sebelum kelegaan aku tu dikejutkan dgn satu lagi kejadian.


Nampak tak, nampak tak. Simpang tiga ni selalu tau buat aku terkejut Oh My English Oh Mak Aku apabila penunggang-penunggang motosikal selalu buat tak nampak papan tanda 'BERHENTI' kat situ. Ops, kat gambar takde, lupa nak lukis. Tapi berhadapan dgn pakcik yang tunggang motor tu. Tiap kali lalu simpang tiga ni memang aku dah berwaspada, agak-agak 10 meter lagi aku dah brek pelan-pelan dan memang aku pandu slow di situ. Namun, tetap juga aku dilemparkan pandangan tak puas hati oleh pakcik tu seolah-olah aku yang patut berhenti. Er, pakcik, lesen memandu ada ke takde ni? Macam aku pulak yang salah. Sesampai aku kat rumah, memang menggerutu je dalam hati sebab menghadapi 3 kerenah manusia yang boleh dikategorikan sebagai mementingkan diri. Three situations in a row tau, mana tak sakit hati. Selain daripada kejadian-kejadian tu, memang banyak lagi kan perangai pemandu di Malaysia ni. Yang mecelah laluan sebelah kiri memang biasa sangat. Ha, siapa pernah buat, angkat tangan! Hehehe.

Pesanan khidmat masyarakat: Pandulah secara berhemah. Pakailah tali pinggang keledar bagi pemandu kereta dan topi keledar semasa menunggang motosikal. Ingatlah orang tersayang. 

Dah tu je. Bye!

Kawan-kawan, Pandulah Secara Berhemah

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama tak menaip apa-apa di blog ni, hari ni rasa nak bercerita tentang perangai pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Mesti korang semua pun ada pengalaman masing-masing kan. Kalau nak disenaraikan kesalahan-kesalahan kat jalan raya, memang tak terkira banyaknya, silap-silap, diri sendiri pun pernah buat kan? Hehehe. Tapi aku paling tak boleh nak terima dgn sikap sesetengah pemandu yang tak reti SABAR. Nak terbe*** agaknya lah kot sampai memandu secara melulu. Hish, tak ke menyusahkan orang lain namanya.

Sebagai contoh, siang tadi je aku dah kena masa otw nak balik rumah. Nak bagi korang paham lagi, ni ade aku lukiskan gambaran keadaan tadi. Kereta aku yg konon-konon kaler biru tu padahal hakikatnya kaler hitam.

Gigih betul aku melukis, guna Paint aje lak tu dgn mouse. Ini semua gara-gara adik aku melokekkan Bamboo Tablet nya. Ceh. 

Masa kejadian tu aku nak membelok ke kampung aku la. Belakang kereta aku ialah sebuah treler ntah ape jadah tah. Lebih kurang jarak 50m, aku dah bagi signal belok ke kanan, dan disebabkan laluan bertentangan sesak dgn kereta, maka aku berhenti la di tengah jalan dan memang biasa aku dan orang lain buat kat situ. Utk pengetahuan korang, jalan situ agak sempit utk lori treler ntah ape jadah nak selit tepi, kalau setakat kereta masih boleh lagi. Dan kawasan tu memang popular sebagai kawasan kemalangan, yang kena sondol lalu masuk dlm parit pun ade, macam-macam lah kejadian yang boleh meragut nyawa. Aku dah perhati dah kat cermin pandang belakang aku yang treler tu dari jauh memang takde tanda-tanda nak berhenti, kejap lagi aku kerling lagi, eh dah dekat dah macam nak menyelit aje, ingat ko muat ke? Pada masa sama kelenjar adrenal aku semakin banyak merembes adrenalin . Ahh sudahhh, macam-macam ini treler. Rasanya tinggal jarak tak sampai 1m pun antara bontot BK aku dengan kepala treler tu. Gila, bukannya nak berhenti, padahal aku dah lama bagi signal. Ini siap di hon nya lagi aku tu. Cis, apa dia buta ke aku takleh nak membelok, kalau kereta aku leh lompat, dah lama aku tukar ke mode lompat atas kereta-kereta yang bertali-arus di laluan sebelah tu. Hampagas tul...

Aku berdoa semoga takde kejadian buruk menimpa aku dan Alhamdulillah tak lama tu jalan clear dan cepat-cepat aku membelok. Syukur tak jadi apa-apa. Masuk jalan kampung pulak, kesabaran aku pulak yang teruji. Huhu. Entry ini akan bersambung episod seterusnya. Kes penunggang motosikal pulak.

Kbai.