Showing posts with label sekolahku. Show all posts
Showing posts with label sekolahku. Show all posts

FROG VLE versus TOUCH SCREEN DEVICES

Assalammualaikum.

Wah... Rindu sangat kat blog usang aku ni. Hahaha lama kot tak update, sampai malu nak update. Ish ish ish. Ada ke sesiapa yang baca?

Oklah, pendekkan cerita, aku nak share cerita tentang FROG VLE dan touch screen gadgets. Rasa-rasanya, antara dua perkara tu, semua orang dah maklum tentang touch screen gadgets kan? Tapi yang FROG VLE tu apa pula?

FROG Virtual Learning Environment (VLE) merupakan satu sistem pembelajaran secara maya yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Buat masa ini, penggunaannya belum menyeluruh satu Malaysia lagi. Aku kenal FROG VLE ni pun sebab tahun ni sekolah aku dilantik sebagai salah sebuah Champion School (perintis) di Segamat untuk melaksanakan sistem ini di sekolah. Sistem ni lebih kurang sistem e-Learning yang aku gunakan di universiti dulu. Dalam FROG VLE ni guru-guru boleh assign kerja rumah pada students dan ibu bapa pon boleh pantau samada anak-anaknya buat kerja rumah ke tak. Ala-ala blog pun ye jugak sebab ada macam-macam widgets.

Login page FROG VLE

Nak cerita pasal FROG VLE ni memang banyak, nantilah aku tulis satu post pasal ni ye. Mula-mula tadi aku ada sebut tentang touch screen gadgets kan. Ok, begini, mengikut pengalaman setahun jagung aku, FROG VLE ni tak compatible dengan touch screen devices. Aku tak sure la dengan tab atau smartphone dia ok ke. Setakat ni aku jumpa masalah dengan laptop je sebab currently aku menggunakan laptop berskrin sentuh dan juga beberapa rakan yang lain yang menggunakan laptop skrin sentuh yang boleh cabut-cabut tu juga mengalami masalah sama. Masa mula-mula kami (yang menggunakan laptop touch screen) belajar FROG VLE memang amat tension sekali sebab sesetengah button tidak boleh diklik. Masa tu tak tahu lagi mana silapnya. Semasa in house training kali kedua beberapa bulan lepas barulah aku ketahui secara tak sengaja yang some of the buttons need to be clicked and some of them need to be touched. Tu pon masa aku saje-saje main touch kat skrin. Memang kelam kabut sangat nak buat kerja masa tu sebab ade button nak kena klik, ade yang nak kena touch. 

Contoh site dalam FROG VLE yang aku siapkan untuk homework kepada pelajar

Kotak kuning pada gambar tu menunjukkan widgets yang aku takleh klik, tapi boleh disentuh. Tapi ikon save changes, layout tu semua leh klik, takleh sentuh lak. Manakala toolbar atas yang aku buat kotak merah tu semuanya takleh klik langsung. Kena touch aje. Memang pening aku dibuatnya...

Perkara ni berlanjutan sampailah petang tadi aku nak share site ni pada students aku. Kemuncaknya yang menaikkan amarah aku apabila aku nak klik next masa share langsung tak boleh. Pastu aku teringatlah yang Penyelaras Bestari sekolah aku ada beritahu minggu lepas, pihak FrogAsia kata takde cara lain untuk selesaikan masalah ni kecuali disable fungsi touch screen pada laptop. Oh ya last week da try nak disable tapi tak jumpa kat mana. So tadi aku pun Google la dan luckily jumpa cara-cara nak disable. Dan akhirnya Alhamdulillah berjaya juga meng'disable'kan touch screen dan dengan suka hatinya aku leh klik semua ikon pada FROG VLE yang tak boleh diklik sebelum ini. Barulah aku bersemangat nak guna FROG VLE ni. Ehcewahhh konon. Hehehe.
Tapi masalah tak boleh klik next masa share tu bukan sebab touch screen, tapi sebab "kebijaksanaan" aku tak klik "add" masa pilih subject. Hahahaha patutlah takleh next... Bikin malu aje... Tapi bagus gak, kalau tak kerana insiden tu takdelah aku bermati-matian nak search info untuk disable touch screen. Hee... Nanti aku kongsikan ye cara-cara disable touch screen. Manalah tau ada antara korang yang alami masalah touch screen pada FROG VLE macam aku. Takdelah stress nanti. Hihi ^_^.

Till then. Sekian. 

Uniknya SMKA Segamat

Assalammualaikum.

Semalam pelajar-pelajar aku menduduki peperiksaan SPM bagi subjek Biologi. Dan sejak 4 hari sebelumnya budak-budak tu mengadap aku untuk kelas tambahan, selang-seli dengan kelas Kimia. Kelas akhir-akhir sebelum peksa bagi budak self-study je dan aku hadir sebagai tempat rujukan diorang untuk bertanya soalan. Soalan spot? Aku memang tak galakkan budak percaya sangat sebab nanti diorang terlalu fokus bahagian tertentu aje padahal kalau Kertas 1 tu memang semua topik ada soalan. Kesimpulannya, ko study semua je budak...hahaha. Cuma aku share la tips-tips penting.

Perkara yang aku nak kongsikan di sini ialah keunikan SMKAS sepanjang musim peperiksaan, tak kiralah PMR, SPM atau STPM. Sebelum masuk exam hall lebih kurang 10 minit lah, calon-calon peperiksaan akan berkumpul dan beratur elok-elok di dataran dengan mengadap kiblat. Seorang wakil pelajar akan memimpin yang lain-lain bagi laungan azan dan doa. Masa tu memang terasa sangat bahang jihadnya sehingga meremang bulu roma aku terutama sekali masa hari pertama peperiksaan bermula. Mari tgk video yang aku rakamkan semalam utk sama-sama merasakannya.

Maaf, video asyik shaking kerana tangan aku takleh dok diam.

Semasa laungan azan.


Pelajar-pelajar bersalaman. Turut kelihatan di kiri gambar, rakan setugas.


Memohon restu guru.

Best of luck SMKAS SPM candidates!

Kecerdasan: Diwarisi Atau Dipelajari?

Assalammualaikum.

Pernah tak dengar orang kata bahawa mak bapak kalau pandai, kompem anak-anak pandai. Betul ke tak tu? Adakah semua kepandaian atau kebegoan mak bapak diwarisi? Dan betul ke boleh dipelajari?

Sebenarnya dua-dua pun betul. Kalau setakat bangga mak bapak ke adik-beradik ke pakcik ke atuk ke yang pandai sampai dapat anugerah nobel ke anugerah dekan ke, tapi diri sendiri tak berusaha belajar, tak ke mana gak.

Kecerdasan ni tak dinafikan diwarisi. Malah banyak faktor turut menyumbang kepada kecerdasan seseorang terutamanya faktor persekitaran. Sebagai contoh, dua adik-beradik kembar. Lahir-lahir dah pandai. Tapi masing-masing punya persekitaran pembelajaran yang berbeza. Sorang kaki muka buka gosip-gosip aje, sorang kuat baca buku ilmiah dan study group. So outcome nya mesti berbeza, kan?

Zaman sekarang ni pulak banyak susu formula yang menjanjikan perkembangan IQ anak-anak. Jadi mak bapak silalah pilih je kat pasaran sekarang melambak.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, cara pembelajaran memang sangat mempengaruhi tahap perkembangan otak. Senang kata, masa sekolah menengah dulu aku lah yang paling malas belajar, tambahan pula aku bersekolah di sekolah harian. Jadi pencapaian aku takde lah boleh dibangga-banggakan sangat nak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Tapi bila sambung belajar dekat universiti, persekitaran pembelajaran itu sendiri menyebabkan ada rasa nak belajar. Secara automatik akan ada waktu diluangkan untuk belajar. Dan akhirnya keputusan peperiksaan diperolehi mampu buat aku tersenyum lebar.

Peribahasa kegemaran aku yang selalu membuat diri aku termotivasi iaitu "Usaha Tangga Kejayaan". Sesungguhnya kejayaan takkan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ingat tu.

Ok, sesi motivasi dah tamat, sekarang mari kita tengok gambar pulak sepanjang aku bertugas baru-baru ni.

Nota students aku.
*Chapter 7: Respiration*


Ini yang dimaksudkan faktor persekitaran mempengaruhi kecerdasan.


Guru muda


Study group


Eh sesat pulak gambar ni.
Durian Segamat yang aku bawa balik ke Yong Peng, meraikan paper Bio yang tamat semalam. 

Dah. Bye.

Bukan Ahad Yang Indah

Assalammualaikum...

Lama sungguh tak update, begitulah, sibuk dengan urusan duniawi...sampaikan hari cuti pun tak sempat nak berehat. Huhu... Tau-tau je dah malam dan esok dah kerja semula...adoyai...tak sabar nak bercuti. Dua tiga hari ni aku agak stres dengan kerja... Kerja bawa balik rumah, itu dah biasa. Kekadang tak siap pun, dengan kelas tambahan lagi, kejar silibus nya lagi, nak felting lagi...eh??? Haha...Minggu ni memang tak sempat nak layan hobi la, so kepada sesiapa yg membuat tempahan, harap maaf sgt2 minggu ni tak berkesempatan nak buat T_T, maklumla kerja hakiki memerlukan komitmen yang lebih. Macam-macam kerja yang selalunya last-last minit dpt, lama-lama ada gak cikgu yang mati terkujat. Hahaha.

Esok kat sekolah ada majlis sambutan "Hari Buku Sedunia". Since aku salah seorang AJK Pusat Sumber Sekolah, aku telah di'assign' bahagian buku program. Ingat nak guna pamplet aritu je masa pelantikan pengawas PSS, tapi macam tak senonoh aje recycle pamplet yg sama, nampak sangat pemalasnya. Hoho. So terpaksa la create yg baru. Simple-simple aje sudah. Siap dalam dua jam sampai terpaksa postpone masak. Haha...kul 2 baru masak. Lepas dah email dan dpt approval dr guru perpustakaan merangkap s/u program, maka kerja-kerja printing pun bermula... Again, printer jammed bila print terus banyak2. Aritu pun jadi gitu gak, nasib baik kali ni aku print petang so banyak masa nak bagi printer tu bertenang dulu. Huhu. Kalau print kaler je jadi gitu, print itam ok je sampai ratus2 helai.

Akhirnya....

Siap juga kau!
64 copies, siap lipat plus riben sekali utk pentadbir.

Anyway aku tak sure sangat bilangan sepatutnya, kira pukal jelah... Ala, bukan semua ada kang kat assembly esok, tau dah. Hoho. 
Dah, tu je nak citer. Actually aku nak update pasal felt owl yang aku buat masuk contest baru-baru ni, nantilah dah lapang sikit aku update ye...bye. 

p/s: Aritu ada student aku juga pengawas PSS tanye "ustzh ada buat bookmark felt kan, ustzh nak tak kitorang jualkan masa hari buku sedunia minggu depan?" Nampaknya tak sempatla korang...huhu...

Giveaway for my beloved students

Assalammualaikum.

Tajuk nak best2 aje. Hehe. Actually, tadi buat kelas tambahan dgn students Form 3. Kelas aku dgn dorang mmg setiap hari Khamis malam (tu belum kira kelas form lain bagi hari yg lain). Biasanya buat revision, jawab soalan dan bincang atau aku ngajar je. Tapi mlm ni mood berbeza sikit, so i gave them a surprise test. Hehehe... Sekali-sekala apa salahnya. Dan aku terlebih rajin pulak, tetiba ptg td dpt idea nak bg surprise reward kpd students yg dpt highest marks.

Soalan pun senang-senang aje. Yang susah nya sebab surprise kan. Set soalan mengandungi 30 soalan objektif,   soalan bab 1-3 Form 1...sepanjang test berlangsung, dorang mmg jawab sungguh2 walaupun aku tak mention lg yg aku akan bagi reward. Hehehe.

The reward and the questions ^^
Yeah, I am Uzh. Hidayah. All teachers in my school are called Ustaz/Ustazah which means teacher. 

Paper clip utk yg bertuah. Dapat idea buat ni bila tgk students submit nota poket berterabur. So hopefully it will be useful for them. 

During the test. 

The girls.

The luckiest person is in the blue baju melayu, Aiman Amin b. Zainal Abidin . Congratz.
Note the paper clip in his pocket ^^

And this is "The Baabat Gang". Hehehe...they named themselves so.

For other unlucky person, try again next time k ^^

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Assalammualaikum...


Gambar di atas adalah merupakan logo rasmi UTM. Dulu aku belajar di sana, di kampus induk Skudai selama 4 tahun. Pengalaman yang berharga telah aku timba di sana sehinggalah aku berupaya menjadi diriku kini. Alhamdulillah. 

Sebenarnya nak cuba kaitkan kerjaya aku sekarang dengan tagline UTM tu. "Kerana Tuhan Untuk Manusia". Ya, bagi aku, aku bekerja kerana Dia Yang Satu, Allah SWT. Manakala bidang kerjaya aku pula membolehkan aku berbakti untuk manusia, masyarakat. Aku gembira dengan jalan yang aku pilih. Aku cuba sedaya upaya aku agar sentiasa ikhlas semasa bekerja namun terkadang mengeluh juga...biasalah tu kan? 

Hari ini jadual persekolahan agak padat. Lihat saja gambar-gambar di bawah ini...berusaha mendidik mereka agar suatu hari nanti mereka juga mampu mencurahkan bakti kepada masyarakat dengan lebih baik lagi. 

Gelagat pelajar 5 Ibnu Rusyd di makmal bio.

Seronok melihat mereka begitu tekun menjalankan eksperimen.

Usai waktu persekolahan 2.05 ptg pada hari Rabu, aktiviti kokurikulum pula menanti pada jam 3 ptg. Siang tadi  merupakan hari mesyuarat agung bagi semua badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Tugas aku, guru penasihat: 
  1. Kadet Polis
  2. Kelab Pencinta Alam Sekitar
  3. Kelab Badminton

Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Ah nape tu aktiviti 2010? Typo error, abaikan je. Haha sape buat ni?

Suasana pendaftaran ahli kelab badminton (putera)

Ramai pulak pelajar Form 1 yang nak daftar masuk kelab badminton. Lebih kuota, camne??? 

Semua mesyuarat tamat lebih kurang jam 5 ptg. Agak penat hari ni. Balik sekejap utk Asar, dtg lagi ke dewan sekolah, mengawasi ahli kelab badminton praktis utk pemilihan bagi wakil sekolah ke game daerah lepas cuti raya cina nanti. 

Praktis praktis praktis!
(Aku hanya sebagai pemerhati, tak pandai main. Haha)

Dah penat sangat, ini saja yg mampu aku masak utk makan malam diri sendiri, beserta ikan goreng. Ringkas, alhamdulillah kenyang. 

Itu sahaja coretan hari ini. Apakah pula cerita esok? Semoga lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman menempuh kehidupan. 

K. Wassalam. 

30 more years to go!

Assalammualaikum...

Tinggal 3 hari saja lagi sekolah akan buka secara rasmi untuk permulaan penggal yang baru. Tapi sejak Selasa lepas, kami guru Malaysia dah pun memulakan tugas secara tak rasmi, menghadiri mesyuarat guru awal tahun. Actually sepanjang bercuti pun guru bertugas juga. Mungkin ramai yang berpendapat menjadi seorang guru tu mudah, cuti banyak, gaji jalan. Apa kata anda cuba sehari jela menggalas tugas guru ni, then baru anda akan tahu. Mana ada kerja di dunia ni yang senang, ye tak? Rezeki masing2, tak perlu nak banding2... 

Seperti biasa, mesyuarat awal tahun berkisar tentang tugas2 yang dipertanggungjawabkan kpd guru sepanjang tahun, daripada bab kurikulum, hal ehwal murid sehinggalah kokurikulum. Tugas2 aku utk 2012 tak beza pun dgn 2011. Cuma, ceh ada cuma tu....cuma tahun 2012 nanti tugas mengajar lagi TOUGH utk aku yg setahun jagung ni. 

2010 : Aku mengajar Biology Form 5
2011 : Downgrade, aku mengajar Science Form 3
2012 : Package, complete set, Science Form 3 + Biology Form 5

Hahaha...amcam? Takpela, aku anggap ini adalah cabaran utk aku selain beranggapan positif  "aku hebat!" hahahaha..... Selain dua kelas peperiksaan tu, aku ajar Science Form 2 dan Biology Form 4. Korang semua doakanla aku dapat menjalankan tugas aku dengan baik ye demi mencari keredhaan Allah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya dalam bekerja. Aminnnn....

Buku Pengurusan Sekolah 2012
(Dalam ni la termaktubnya tugas2 guru SMKAS)

Suasana di bilik mesyuarat ^^

Happy working everyone!

p/s: Aku ada 30 thn lagi utk berkhidmat dlm bidang pendidikan, tu pun kalau panjang umur. Anda bagaimana? 

Pelajar Tingkatan 3 SMKAS 2011 - Anda semua hebat!

Assalammualaikum.

Hai semua! Aku terlalu gembira sampai tak tau nak cerita macam mana. Semua pun tahu pagi tadi keputusan PMR dah pun diumumkan. Rasa sangat bersyukur dan berbangga sekali dengan pencapaian pelajar2 SMKA Segamat. Semua subjek 100% lulus dan GPS turut meningkat berbanding tahun 2010. Jumlah pelajar yg mendapat straight A's (9A) pun bertambah iaitu 27 org berbanding 20 org pd tahun lepas. Tahniah kpd mereka.

Paling membanggakan dan membuat aku terharu semestinya subjek Sains aku yg menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Seramai 101 pelajar drp jumlah 121 calon berjaya mendapat gred A bagi m/p Sains. Aku sangat gembira dgn pencapaian diorang. Terima kasih korang sbb memberi kenangan manis pd uzh korang yang first time mengajar form 3 ni ^^.

Buat mereka yg kurang bernasib baik, uzh harap korang tak berhenti berusaha. Ini hanya sedikit cabaran dlm kehidupan korang, jadikan ia sebagai motivasi untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Semua pelajar SMKAS hebat sebab korang antara yang terpilih utk berada di sini. Buat mereka yg mendapat gred D dlm Bahasa Arab dan masih ingin menjadi sebahagian drp warga SMKAS yg hebat, jgn lupa kemukakan rayuan anda.

Bukan main khusyuk Ustaz dan Ustazah meneliti keputusan yg baru tiba. Kelihatan GPK HEM berbaju batik merah tercengang selepas slip keputusan yg dibawanya dari PPD diserbu guru2. Hehe.

Oh itu aku sedang tunjuk peace. ^^

Buat pelajar yg mendapat 9A.


Antara yg mendapat 9A. Tahniah!

Nampak tak pelajar yg tercegat di rostrum di sebelah kiri gambar tu? Itulah Aliah, informer felt aku. Dia turut mendapat 9A. Tah kenapa dia tak masuk gambar aku pun tak tau.

Semasa penyampaian slip keputusan yg disampaikan oleh GPK HEM in behalf of School Principal yg cuti sakit. GPK1 yg baru pula perlu hadir ke JPNJ.

Eh ni gambar ape sesat pulak? 
Oh ini dibeli ptg td selepas keputusan diumumkan. Reward utk diri sendiri. Kabinet TV dan sofa berbentuk-L. Hehehe...

SEMOGA SMKAS TERUS SUKSES! TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SMKAS!!!

Keputusan PMR diumum esok. Guru atau pelajar lebih gementar?

Assalammualaikum.

Ok aku tau ramai dah maklum berkenaan perkara ni. Esok keputusan PMR akan diumumkan di sekolah masing2 bermula jam 10 pagi. So, esok aku akan ke sekolah. Selain aku merupakan guru kelas 3 Tirmizi, aku juga nak bersama-sama meraikan kejayaan para pelajarku. So excited since ini pertama kali mengajar Tingkatan 3. Tahun lepas mengajar Tingkatan 5 tp tak se"nervous" ini pulak masa keputusan nak diumumkan. Mungkin sbb kali ni aku mengajar 3 kelas kut...kut....? Ah takpelah, yang penting esok aku akan bangun awal pagi dan bertolak ke Segamat. Baju kurung pun dah siap iron awal2 lagi. Amcam, penuh bersemangat kan? Haha...Buat semua pelajar Tingkatan 3 SMKA Segamat, uzh mengharapkan yg terbaik drp korang...

p/s Semakan keputusan secara sms, sila rujuk di sini.

Yong Peng to Segamat


SMKA Segamat.

Ye, d sekolah inilah tempat aku bakal bkhidmat x lame lg.
Smlm g usha ngn kakak aku, straight from JB pas servis keta.
Pjalanan kalo dkira dr Yong Peng ke sek ni, lebih krg 1 jam 1/2 kot?
Syukur alhamdulillah bila tau aku dpostingkan ke cni. Mane x suka, bole balik kg slaloo ooo...hahaha...

Btw, thanx to yana coz inform psl penempatan tu. Cyg ko yana.... ^_^