Showing posts with label Felt. Show all posts
Showing posts with label Felt. Show all posts

1st April, no fool at all

Assalammualaikum...

1 hb April 2012. Walaupun aku tinggal sorang2 kat kuarters ni, tapi aku terasa sangat bahagia sebab dapat bergelumang dengan felt. Hehe. Cuti hujung minggu ni rasa terisi walaupun tak balik kampung tengok Nami d' Parsian yang dah gave birth beberapa hari lepas. Harap2 kitties tu sume akan membesar dgn sihat.

Lega sikit rasa dapat menyiapkan satu handphone case yang diorder rakan sekerja. Design nak sama dgn design hp case aku, cuma beza part birdie and she requested a zipper instead of a buttonhole for the entrance. Tapi aku rasa kurang puas hati sikit dgn hasil kerja aku sbb inilah 1st time wat hp case berzip. Awal2 dah salah ukur...haha...and it was a bit 'leceh' nak hand sew part zip tu...menguji kesabaran...idea asal nye lain, tp disebabkan dah tersalah ukur, terpaksa tukar taktik, tu yg jadi susah pulak nak jaitnya...Biasa jait zip kat kain baju kurung je, tu pun guna mesin, mmg magik sekelip mata dah siap (berlagak gila ayat haha, pd hal dulu terkial2 gak).

I really hope my colleague will satisfy with my hand work. Risau gak kot2 esok try masukkan hp dia tak muat ke kang atau terlebih besar, sbb aku tgk da gedabak cam casing external hard disk pulak. Hahaha... Takpela multipurpose. Kikiki....

Ini zip asal yg aku nak pasang kat hp case td. Suppose nak pasang camtu la. Tp dah tersilap percaturan kan...nak buang membazir pulak, so...

...it turned out to be a cute coin purse....nak simpan pendrives n broadband modem pun boleh...

  Ohh...abaikan karakter homo sapiens itu yg agak pelik. Dia terkena radiasi kot...ekekeke...

And this is my current hand work in progress, hp case oso, ordered by a colleague too. 
To be continued. 

Yezza...ini dia hp case itu...saje letak pic last skali...segan nak tunjuk part zip tu cam tak kemas pun iye... T_T


p/s: Malam ni kena tido awal, esok sekolah... T_T

March Wrap Up

Assalammualaikum.

Lama tak update. Ni pun nak wat quick update utk hasil kerja tgn masa cuti sekolah seminggu aritu yg tak sempat upload. Sepanjang cuti tu menyiapkan order dan ada gak yg buat utk suka2 aje...

Yeah, the new look of my stationary holder.


Awan bermanik...purple lak tu. Haha.. 


Bersengkang mata menyiapkan ni.
(Sebenarnya terjaga dari tido dan tak dpt lelap mata semula lalu buat ini. Hehe)


^__^


Keychain requested by a colleague, flat with no fiber fill. 

Back view. 

Another kechain requested by a colleague, with fiber fill. 
 Rupanya owner nak gantung kat pendrive. Besar keychain dr pendrive. Haha. 

 Back view. 

Ini bookmark sesaje je buat. Ada sesapa nak beli tak?

 Requested by a colleague. 

Flower brooches.

p/s: Big thanx pd rakan2 yg sudi order. Sekarang sdg bertungkus lumus menyiapkan order yg pending. Ramai pulak yg request handphone case...alhamdulillah, rezeki ^^

Felt Jersey

Assalammualaikum....

Finally, berjaya juga aku menyiapkan tempahan jersi ni. Hope tuannya berpuas hati. Meh tgk hasil kerja keras aku. Hehe.

Keychain dan car charm (depan)

Keychain dan car charm (belakang) 


 Car charm (depan)

 Car charm (belakang) 

 Keychain (depan)

Keychain (belakang)

Adus gambo terbalik pulak lupa nak edit. Logo MU kosong je, gila kau kalau nak wat wording kena pakai kanta pembesar. Haha.

p/s: Jom siapkan keychain nama pulak....chaiyokkk2...

Hasil shopping dah dapat yeay!

Assalammualaikum. 

Hehe hari ni semangat berganda sebab barang2 yg dipesan dah pun sampai tadi. Semoga hari ini aku akan lebih produktif. Yosh....jom berfelting menyiapkan order kekawan...ganbatte!!!


Utk anda yg ingin membeli-belah barangan kraf dan juga felt, boleh lawati website Susndfelt ni ya. Pasti rambang mata memilih felt. Hahaha. Aku sudah terjebak.

p/s: MU jersey keychain done. Next order in progress: MU jersey car charm +_+ 

Bunny in the house!

Assalammualaikum...

Bersusah-payah aku nak upload gambar kali ni sebab memory card hp meragam selepas dicucuk ke dalam USB card reader yg baru dibeli ptg tadi di pekan Yong Peng. Terpaksa la snap pic berkali-kali lagi sebab first batch punya gambar dah corrupt. Tch. Sabar jela.  Ini semua angkara USB cable merangkap cable charger original dah rosak. Tapi kan berdasarkan pengalaman, cable cap "jenama itu" penebat wayarnya cepat reput la. Mungkin akibat pengeluaran haba yang tinggi semasa mengecaj mempercepatkan lagi proses pereputan. Ahh entahlah tapi yg pasti aku mmg suka kualiti kamera hp tu so bertabah aje lah walaupun segala macam gambar dah hilang selepas diformat. Huhuhu sedihnya. Dahlah tu mari lupakan semuanya....jom enjoy the pictures...

 Agaknye sumpahan muka ko kot bunny, hp aku terkejut. Huhu.
Akhirnya dapat juga aku merealisasikan bunny ini setelah sekian lama dalam lakaran aje.

Bunny and friends...^^

p/s: Playtime is over...lets get back to business...hoho...

Felt kitty cats

Assalammualaikum.

Lama tak update felt craft. Siang tadi saje bereksperimen dgn felt yg ada. Maka terhasillah hp charm baru. Jom tgk...

Simple je...

Sebenarnya inspired drp sticker tu ha...kikiki.


Ade ke kucing kaler biru? Hehe.

Ngences...haha

p/s: Sebenarnya sedang cari mood nak siapkan order. Buat benda lain pulak. Hahaha. 

My second felt handphone case

Assalammualaikum.

Wah lamanya tak menaip kat blog ni...minggu peperiksaan baru jer berlalu minggu lepas, tu bz sket. Semalam baru sudah menanda dan masuk markah di saps. Fuh lega. Tapi dalam sibuk2 menanda tu, hujung minggu lepas  sempat lagi aku menghasilkan hp case baru utk diri sendiri, kononnya utk hilangkan rasa stres sbb sabtu lepas sekolah ganti. Hehehehe....meh tgk sket hasil kerja tgn terbaru aku. (Kualiti gambar biasa2 ajer sbb guna kamera hp... T_T)

Tema kali ini ialah 'A Lonely Tree'....
Hahaha patutnya birdie...tp sbb idea asal mmg nak letak pokok je, tapi pastu cam cute plak bile letak burung seko. 

 Ok, ni bahagian belakang. This time no velcro, guna button lak utk tutup. Button kayu utk match tema pokok.

Bahagian dalam aku letak kaler biru...sweet sangat. Ahaha puji sendiri.


Kasi korang tgk dekat lagi.

Amcam, sama tak dgn sketching aku tu? Kihkih. Original idea ok. 

 Masa tgh dijahit.

So, anyone nak order???? Boleh request utk design sendiri.

p/s: Cuti seminggu dah kena cut 2 hari untuk kem akademik PMR dan SPM....huhuhu....

Car charm for my beloved BK2809

Assalammualaikum...

Haha BK2809, ingat plat number ke ape? BK is my kekura hitam yg dah kelabu asap sekarang ni sbb tuannya malas nak basuh.

Bukan nak cerita pasal BK, tp pasal car charm yg sekian lama baru aku dpt buat utk keta sendiri. Asyik wat utk org len je, keta sendiri takde...mehla tgk...sekadar suka2.

Bentuk tipikal, bentuk love. Paling senang buat.

Another side of the charm...VP yay...

Sgt gigih menjahit wording ini. Font ciptaan sendiri. Haha. Takde lakar atas felt, jait terus tu...so logikla bengkang bengkok yer...

p/s: Ade sesape berkenan nak macam ni gak??? ^__^


Tempahan dari bakal pengantin

Assalammualaikum....

Hai..lama nye aku tak update... Ari ni baru dapat nak bersenang-lenang depan lappy sambil makan kopok lekor...oh heaven~~

Ni sebenarnye nak share brooch-brooch yg aku dah siapkan yg ditempah oleh kawan lama yg nak menamatkan zaman bujangnye ujung  minggu depan. Dah selamat sampai pun kat tuannye, baru nak upload pic...

There are 50 + 2 of them ^^ in random colors

Main colour ade 13

Hope Yanti sukakannye. Selamat Pengantin Baru kawanku...insyaAllah nanti aku g kenduri ko yek...

Kerja cuti sekolah

Assalammualaikum.

Currently, sedang mengusahakan ini. Agak-agak, apa ya?

Colourful felt, siap digunting!

Buttons...nak kasi match sama felt.

p/s: Work still in progress, asyik terganggu akibat menonton anime hasutan adik aku. Berikrar utk siapkan sebelum esok. Eh-cewah. 

Angry Bird Keychain

Assalammualaikum.

Ini partner keychain domo yg ditempah rakan. Setelah beberapa kali di'adjust' supaya kelihatan bulat.

Letak dalam nest pulak. Hehe.

Tu je. Bubye.

Hello-domo!

Assalammualaikum.


Semua pun kenal ini apa kan? Momok-kun Domo-kun, tapi made in Parit Usop okay. Ini tempahan rakan sekerja sebagai keychain buat puterinya. Sudah lama siap cuma tak terbagi lagi atas sebab tertentu (ahhh aku selalu lupa bawa ke sekolah, so sorry senior T_T).

 Full view.

Side view.

p/s: Saje nak eksen bunga plastik beli kat Ayer Hitam aritu. Hehehe. 

Crazee Felt-ing #6

Assalammualaikum...

Ini gambar apa kawan-kawan?

Jawapan: Itu felt yg aku beli di....
1. Kedai bunga Bandar Utama, Segamat (Byk kali pegi tp taktau nama kedai ape. huhu)
2. Daiso.
3. Kedai Love Handicraft Centre (LHC), Segamat.
4. Kedai Kraftangan Cantik, The Summit Batu Pahat (Fav shop aku beli manik. Ni baru lagi ada felt ni,   
    masa aku g awal bulan 12 aritu)

Saje nak share dgn korang...ada info tak mau la kedekut2 kan. ^^
Aritu aku ade cite sket yg aku watkan hp charm baru utk mak aku kan. Meh kita tgk gambar...

Mr. Owlie. Sedih betul rupa dia kan. Haha.Ni hp charm yg lama. (Nampak sgt artwork aku yg selekeh)

Mom's new hp charm. Strawberry ladies!!!

Sedia berkhidmat!

Cite dah abis. Bye. ^^