Showing posts with label random story. Show all posts
Showing posts with label random story. Show all posts

Just A Sneak Peek

...not a snack pack... (mengarut la tu)

Assalammualaikum wbt... As the title implies, post ini hanya nak show off ( tak baik kau....) a bit of my current project yang akan ditayangkan soon. Maka dengan ini saya mengatakan bahawa entri ini hanya untuk cuci mata sahaja...kehkeh....

Do the apples look tasty and yummy? ^^
Again and again, aku sendiri terkagum dgn kualiti sony ericsson vivaz pro ni...loike it so much.
 Behind the scene: Bakul gula2 goodies dpt dari kenduri kahwin. Cilok mummy punye. Hehe.

Bersambung nanti....daaaa...time to finish all crafts ordered by friends....

Just for fun

Assalammualaikum...

Hi guys, I am the transformed Santa Claus. 

 Ok, it's not funny. Doing this just to entertain my own self. I was completing sewing those beads on felt then suddenly thought it is so cute to put in on the perfume bottle. In my eyes, it looks kawaii...don't you too? =)

p/s: The 'santa claus hat' is part of my current project. Stay tuned to see the outcome later. Bye.

Facebook timeline, are u ready?

Assalammualaikum...

Haha...a few days ago, tersengaja klik game Bubble Island kat facebook, konon nak main. Dgn rakusnya mengklik...the moment aku klik, baru pasan notification yg kalau aku main game tu  automatically fb wall aku bertukar menjadi timeline sebelum tempoh sepatutnya... Tapi selagi aku tak publish timeline tu, hanya aku sorang jela yg leh tgk rupa timeline aku...wateva it is, padan muka aku sbb tak baca betul2.

Tadi dok baca balik status2 lama kat wall aku...lawak-lawak, 27 Februari nanti cukup dua tahun aku beli kain pasang yg sampai sekarang tak berjahit...haha gile outdated fashion la baju tu nanti kalau aku pakai. Hahaha.... Semuanya dah siap gunting, fasa mencantum je takde progress lagi. Nantila aku akan siapkannye gak dan pedulilah kalau ketinggalan zaman sekalipun haha tak elok membazir kan...

Dah tu je.
p/s: Esok lusa bz weh sekolah macam2 program ni....Sabtu nak balik kampung, eiyahoooo...

Cabai burung sekilo bos!!!!!

Assalammualaikum.

Hahahahahamik kau punye besar gambar aku tampal kat sini.

HAHAHAHA... Adusss siapa yg makan cili dia yg terasa pedas, okey??? Kau ni bikin lawak lah ^^ aku hampir gelak guling2 dgn kenyataan kau. Takpe, teruskan lah yer 'silent reader'. Drama King betul.

Again, post ini tidak menyatakan mana-mana NAMA jadi jangan nak sentap2 tak tentu hala. Tapi jika ade yg sentap sampai tak terkawal emosi, dialah pemakan cili nya....ahahahaha...

Phewwwwwwwww.....

Memula tadi igt nak pinjam gambar kat pakcik Google image je. Rasa tak mencabar pulak amik gambar orang punye kan. Terus aku bukak paint dan lukis ini. Amcam, ada ok ka? Ahahaha lawak jek bengkang-bengkok artwork aku. 

p/s: Pagi tadi makan megi bubuh cili 3 biji je tapi pedas yang amat. Kompemmmm esok cirit...Ahahaha... (Sapela supplier cili kat econsave tu, membunuh tul pedasnye).

Info: Cabai burung = cili padi = cili perawit. 
Family aku panggil cabai burung je. Korang bagaimana??? ^__^

No offense...

Since this post doesn't mention any name, thus please don't be offended of what i'm going to say...^^

Engkau. Tak habis-habis dgn perangai kau tu. Kadang2 aku simpati pada kau.  Mungkin terperangkap dalam perasaan sendiri walau dalam kehidupan yang baru. Pity on u. Move on, enjoy every bit of your life yg dah berkembang mekar tu. Why wasting your time, still concern of what i'm doing and sneaking into my private life?  Tak kacak lah buat macam tu. If you got plenty of time to talk bad about other ppl, why don't you spend the time to topup your 'pahala'? Your words are always nice, like u are always right. That's good if you really want to 'tarbiah' other ppl, follow the right path then...but not to condemn others. Btw, it's great effort lah...great job ^^

Sekian sahaja. Tak suka, tekan aje pangkah kat window tu. Byebye.

Duit Syiling Malaysia Siri 3

Assalammualaikum...

Nak duit ni???
Tunggu pengeluarannye esok, 16 Januari 2012.  Hehe. 
Tak sabar nak guna syiling baru ni. Paling suka syiling 50 sen dan 20 sen tu. Eksklusif je nampak. 
Penerangan lanjut tentang keunikan setiap duit syiling ini, baca kat wesite BNM ni yer...

K bai.

A weekend at SMKAS's kuarters

Assalammualaikum...

Dah dekat 2 minggu tak update, macam bz sangat je kat sekolah. Padahal takdela bz sgt pun. Next week da nak cuti sekolah lagi seminggu sempena CNY, so minggu ni tak balik kg, spend my precious weekend mengemas kuarters dan paling penting....buat ni....

Jahit langsir!!!

Longgokan kain langsir yg baru digunting. Amcam, saje pilih kaler gothic2 sket. Hehe.

Yeah...siap akhirnya langsir utk pasang kat kuarters...alhamdulillah... Tinggal langsir pintu bilik2 je lum wat lagi...later la...nak wat keje sekolah dulu. Minggu ni maybe org jabatan nak turun sekolah. So better lengkapkan fail rekod mengajar dlu. Huhu. Penat gila mengemas ni silap2 terbongkang sebelum keje sekolah siap. Hehe.

K dah. Bye. 

Nah, saje letak pic masa pendaftaran pelajar 3 Jan 2012 aritu. Hehe. 

Saya Suka Choc Coolblog Sehinggalah...

Jadi goblok??? Haha.


Assalammualaikum...

Sakit-sakit makin mengarut. Cuba la ingat sikit, sakit tu kan penghapus dosa. Errrr... sebenarnye aku kurang sihat. Puncanya, coolblog tu la. Selalunye yg aku beli di BP ok jek siap dgn pearl kacip fatimah lagi. Tp mungkin sbb antibodi aku bercuti aritu, so lepas beberapa kali sedut coolblog yg dibeli otw ke KL aritu (kat R&R nama dirahsiakan, ceh), terus aku sakit tekak dan selesema. Huhu. Nak bukak sekolah sakit pulak. Sabar jela...

Arini takde aktiviti menarik yg aku lakukan. Pagi, selepas membasuh pakaian, aku meng'vacuum' dalaman BK yg dah berhabuk. Konon nak mengeluarkan peluh supaya cepat sihat, end up bersin aje kejanya. Tah pape. Sudahnya petang td aku terbongkang aje sebab bertambah pening kepala. Padan muka. So cancel plan aku nak balik Segamat ptg td. 

Sok pagi-pagi kena bgn nak gerak awal, esok ade pendaftaran pelajar baru dan lama kat SMKAS. Pastu baru teringat, esok kena pakai baju batik sekolah yg baru dan dengan dukacitanya aku umumkan di sini bahawa, baju aku tak berjahit lagi. Hahahaha dan konon-konon tadi cepat-cepat gi gunting kain dgn penuh bersemangat, sempat gak gunting bahagian baju dan belakang kain sampaila aku dgr mak aku on TV9. Ahhh Karma! Sudahnya, aku lipat semula kain-kain semua dan simpan, dlm hati "ahh esok pakai baju yg lebih kurang jela kalernye, aku kan ade baju batik cokelat". Hahaha tp frust jugak tak dpt bergaya dgn baju baru. Nasib ko la labuuuu...sape suruh pelupa macam mak nenek. Cuti sebulan pun baju tak siap jugak...hampehhhh... 

Dahla, aku nak pegi recharge energy utk kerahan tenaga esok. Selamat mlm semua. SALAM.

p/s: Nak g minum air berpanadol soluble...Thanx my abah tolong belikan. 



Selamat Tinggal 2011

Assalammualaikum.

Dalam tempoh kurang setengah jam lagi, tahun baru bakal menjelma. Aku hanya berada di rumah, tiada sambutan khusus perlu dilakukan. Tak semestinya bermula tahun baru, kita perlu gila-gila menyambutnya kan? 

Azam aku, dah pun aku short list kan semasa sambutan tahun baru kalendar Islam. Azam aku ialah menyelesaikan azam yang tak tercapai tahun 2011. Hehe. Boleh dikira azam juga kan? Walau apa pun azam kalian, semoga semuanya akan tercapai ya....

Selamat menyambut tahun baru semua...

Kipmart Segamat dan Al-kisah Gunting Melengkung

Assalammualaikum...

Tahukah anda, bandar Segamat dah ade satu lagi tempat untuk menghabiskan duit iaitu pasaraya Kipmart. Kipmart ni takla kedengaran asing bagi aku sbb masa belajar kat JB dlu slalu gak g Kipmart JB. Siang td aku pun pegila ke Kipmart yg baru beroperasi tu...baru je masuk situ dah terserempak dgn geng budak berlima (rakan sekerja). Buat kecoh kejap dgn dorang. Sempat lg dorang gtau suh aku shopping kat kedai yg jual peralatan menjahit, dgn pesanan "kak, td ade kedai jual mata goyang2, akak kan suka buat kraftangan, pegila kedai tu". Hoho. Teruja seketika. Lalu aku pun merayau la kat Kipmart tu sorang2, sampai la ke kedai yg dimaksudkan mereka. Dan rupa2nye....kedai tu slalu sgt aku g kat bandar Segamat. Dia juz bukak kedai lagi satu je dlm Kipmart tu...hehe... Dan nak jd cte, kat sini le aku temui gunting melengkung yg susah payah je aku order online aritu. Huhu....Tokey sendiri kata, kat kedai utamanya byk barang sampai mmg tak pasan kedudukan gunting tu. Aiyarkkk.... Nak puaskan ati punye pasal, aku beli gak gunting tu walaupun dah ade satu. Ah tak kira...hahaha....

Ni dia gunting tu...takpe, yg aritu kaler pink, ni biru dan ni besar sikit (ayat penyedap hati).

Ini bukan penimbang jisim badan aku yer....nampak tu kitchen scale. Beli kat kedai serbaneka kat Kipmart. Cute dan murah bebeno. 
(Beli sebab cute ke weh??? Guna belum pasti. Haha)

Belum semua lot kedai disewa kat sana. Byk lg yg belum dibuka. Dalam pada shopping sorang2 tu sempat gak sambar 3helai satin shawl dan inner neck. Tamak haloba perangai siapa??? Huhu.

Kepada penduduk sekitar Segamat, bolehla cuba2 datang ke Kipmart ni, pelbagai kedai ade, kedai handphone, komputer, beg, brooch, tudung, shawl, baju, household, sayur2an, buah2an, semua ade la kat sini...kedai makan pun ade. 

Okla, dah macam buat laporan ape lak aku ni. Nak tido la, esok nak ke sekolah, meeting second day. Happy shopping everyone. 

p/s: Agak2 pasni Nirwana n Giant dikunjungi lagi tak??? Up to customer la yer..
      Pssstttt...Segamat dah ade cinema tau! ^^

Updating live from Segamat...kehkeh... 


Selepas Dua Tahun Bekerjaya

Assalammualaikum.

Lebih kurang seminggu je lagi cuti sekolah 2011 ni akan berakhir. Rasa sekejap pulak cuti kali ni (sebab kau tak gunakan dengan sebaiknye, rasa la cepat ~sigh~ T_T). So, supaya aku lebih menghargai masa berharga yg bersisa ni, aku hadiahkan diri aku sendiri dgn benda di bawah ni... Mcm tajuk kat atas tu, lepas dua tahun, baru aku mampu nak beli utk diri sendiri. Hahahabis duit bonus aku dah...

Quite complex, isn't it?

Lepas beli siang tadi, terus pakai...excited bebeno...

p/s: Azam tahun baru nanti, nak pegi sekolah lebih cepat berbanding tahun ni. Wish me luck eh. Hehe.

Wang Kertas Malaysia Terbaharu

Assalammualaikum.

Sekarang ni tengah heboh pasal wang kertas Malaysia siri paling baru. Aritu dengar kat berita, so try la Google rupa duit2 baru tu. Ade duit kertas RM20 yg dikeluarkan semula versi baru, kaler oren. Cantik2 aku tgk duit tu semua colourful...tak sabar nak tgk live. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca artikel tentang duit baru ni kat laman web BNM, ada diceritakan keunikan setiap wang kertas tu.

 Posing nampak awek cun BNM ni...huhu

p/s: Nak duit2 ni semua free boleh??? Hehe.

Poslaju-laju

Assalammualaikum.

Selamat petang...cuaca kurang elok arini, hujan turun mencurah2... Harap sangat tak banjir di kawasan aku. Huhu.
Aku baru sampai rumah dari Segamat tengahari td. Masuk je bilik, nampak sesuatu di atas meja. Yay, barangan shopping aku dah sampai! Kan kelmarin aku membeli-belah secara online, ptg tu juga tuan kedai pos barang yg aku beli dan semalam dah selamat sampai kata mak aku. Memang betul pos laju ni. Efisyen sungguh. 

Parcel yang tiba semalam

Inilah barang2 yang aku beli - Velcro hitam, brads, magnet, gunting melengkung, adjustable rings, ribbon dan manik mutiara separa.

Barang utama yg aku nakkan sebenarnya, gunting hujung melengkung

Suka ribbon colourful ni especially yg tgh tu, cute sangat2

p/s: Lepas ni nak shopping ape lak ek...kikiki

My first online shopping

Assalammualaikum.

Sila jangan ketawakan aku berdasarkan tajuk tu. Ye, aku tau aku out of date sebab baru berani nak shopping atas talian ni. Huhu. Ni dah kira pencapaian terbaharu aku tau, sebagai penutup tahun 2011 ni. Kikiki...orang lain dah abis beribu-riban ringgit shopping main klik2 je, aku baru nak try. Jumud kan? Aku bukan ape, aku takut xleh control sbb aku ni gila shopping la jugak...huhu.

Tadi tah kenapa aku tershopping plak...haha...ada ke istilah "ter". Ter tu kalau tanpa niat, tak sengaja. Tp ni aku mmg sengaja. Kihkih. Ni first shopping aku sejak gaji dan bonus masuk Isnin lepas. Benda yg aku beli pun benda biasa2 aje, utk crafting, tak sampai RM50 (permulaan je ni, kang dah ketagih aiyok taktau huhu). Aku shopping kat kedai Sus ni yang jual pelbagai produk utk kraftangan. Dulu mmg ade aku tgk2 blog dia, skang dia dah buat satu website khas utk shopping kat kedai dia dan aku rasa ia menarik. Nak shopping kat e-store dia ni make sure korang register sebagai member dulu yer. Pastu leh la amik troli dan sauk barangan kegemaran korang, hehe. Yg bestnye tadi pas register dapat point, 5 point. Ia berguna tau, 1 point = RM1. So td aku guna point tersebut dan dpt deduct RM5 drp jumlah sebenar bayaran. Bez kan?

Selepas aku cuba wat online shopping td, mmg mudah bagi sesape yg ade wat akaun online banking. Aku guna cimbclicks. Senang je, klik2 dah bayo...pastu nanti tunggu jela barang sampai kat umah ye...tak sabo ni nak tunggu dpt hasil shopping aku. Kiki. 

Efisyen betul diorang wat keje...beberapa minit je dah dapat replied email, and see, status order aku "sent", siap da ade track ID poslaju tu...


Pembayaran secara online. Ikut je step kat situ... Make sure to turn off pop-up blocks supaya a new pop-up window dibuka direct ke online bank anda. Easy.

Now, waiting patiently for the parcel to arrive safely.
Bye...

Unplanned Visit - Johore Premium Outlet

Assalammualaikum.

Actually, ni adalah kesinambungan citer g JB Ahad lepas. Lepas shopping d Jusco, me n my sis mmg nak balik dah, dah masuk highway pun, sampaila kitorg terbaca signboard Johore Premium Outlet, lagi 100m.. I asked my sis, nak g tak? She answered, ikut driver. Terus jek aku amik exit ke JPO...kikiki gila betul. 

Ok, lalu je exit tu tak lama tu sampai la ke JPO. Sgt2 terkejut tgk jln jammed almost 1km (or more?? sori, m not gud enuf in estimating...specially mathsss...). Padan la muka aku kena queue, hujan renyai2 lagi. Tp no worries about parking place sbb sangat luas...tak payah nak berebut2 parking even manusia cam ulat... Terigt yg kawan aku ade pos status kt FB bahawa sales di JPO tu until Ahad tu, no wonder la smua org nak dtg cni (aku pun sama haha).

Ni masa jammed

Sebelum masuk JPO, aku borak2 dgn sis. Antara perbualan kitorang:

Aku: Ko tgk, org yg dtg sini ada 2 golongan. Satu, yg balik dgn shopping bag. Dua, yg balik dgn tgn kosong.
Sis: [gelak2 aje]

Abaikan gadis pengiklan sukarela ini. Begitu teruja nampaknya. ^^

Antara pengunjung yg datang.

Mehla kita cek direktori dulu yer...kang menuju jalan kesesatan pulak. Erk!

Lagi pengunjung yg ada.

See, lautan manusia. Dah mcm kat water park pulak. Versi Johore Premium Water Park. Haha.

Betapa ramai manusia sampai nak kena beratur take turns masuk kedai. Dua kedai kena beratur, Coach n Burberry. Sanggup korang yek...tak beli tak tau la nak kata. Haha.
Kelihatan my sis di kiri gambo n guy baju merah tu lambai tgn pas aku snap pic. Haha..terlepas la encik.

See the signboard read as "Evita Peroni"? Bukan sebarangan punya kedai ni beb. Aku ajak sis masuk sbb tgk tak sesak n ia adalah kedai aksesori wanita. Tgk aksesori yg ade mcm biasa2 aje...but...jgn main2... Me myself couldn't believe my eyes...for a very simple plain hair clip without any decorations, costs more than RM20. Ade gak hairband yg ade bunga2 sikit, n it costs about RM150. Gulppp...is this a hairband or whatttt??? Aku pakai hairband tak sampai RM5 pun...gila lah! Ini mesti kedai utk mak-mak datins...
Ini masa nak balik, konon nak bergambar dgn signboard JPO yg besar gabak tp kecik di dlm gambar. 

Lebih kurang sejam kat JPO terasa penat sebab kena mengharung lautan manusia. Melangkah keluar dari sana, aku berkata pd sis "maka kita tergolonglah dlm golongan manusia yg balik tanpa beli apa-apa" hahaha... 

Conclusion: Kalau korang rasa ade lebihan duit, boleh la pegi ke sini. Mereka yg dtg Ahad tu mesti nak abiskan gaji bulan lepas sbb sehari lepas tu ialah government pay day... Hehehe... Happy shopping everyone!

Everything is RM5 only!!!

Assalammualaikum...

Tajuk di atas amik kat pamplet ni...hehe.

Aritu ade buat satu post tentang beli felt di Daiso...sejak tu rasa gian pulak nak ke Daiso. Sejak seminggu lepas dah dok gebang dgn sis "jom g Melaka", dan dia setuju aje. Sampai la pd hari yg ditunggu-tunggu iaitu Sabtu, aku telah mengcancelkan plan tersebut sbb igt kaya sgt nak g Melaka, rupanya tidak. Haha. Plan g Melaka ditukar dgn ke BP aje. Tp aku tetap rasa teringin nak g Daiso..huhu. So balik dr BP aku terus on9...google punye google, aku jumpa satu blog yg citer Daiso ade di JB. Wahhh teruja!

Maka pagi td dah bgn awal2 pagi sbb janji dgn sis nak ke JB kul 9 utk menjejaki Daiso yg bertempat di Jusco Bukit Indah. Perjalanan dr Yong Peng ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam dgn pemanduan aku yg tak constant, kejap2 110 km/j, kejap2 terlajak sket kelajuan melampaui had laju kebangsaan dia lebuhraya...kikiki... Kitorg mengambil exit Senai Airport (sape dr arah utara nak g Johore Premium Outlet, take diz exit ok) dan bayar la RM11.30 caj highway. Ok then meneruskan lg perjalanan dgn mengambil laluan second link M'sia-S'pore. Ok, ni takde kat signboard, guna instinct je, sbb after kua tol tu ade dua simpang, satu tu simpang ke Senai blablabla, tu aku slalu masuk kalau nak ke airport fetching my bro, satu simpang lagi aku lupa tulis apa. So mengikut naluri dan kewarasan aku, aku amik jln straight je, tak belok ke Senai. Kalau ikut fakta Geog aku, mmg boleh sesatla sbb Geog ni aku fail sket...haha... Ok, jumpa lg satu tol (so i tot mesti betul la ni ktorg masuk 2nd link), saat aku hulur RM3.80, pekerja tu mintak kad pulak. Eh, nak kad pengenalan ke? Bukan...kad touch n go. Wehhhh aku manade (jumud aku ni). Nasib baik aku drag my sis skali n she got one so guna la kad my sis. Pekerja tu gtau kat tol tu (Tol Lima Kedai, ni nama tempat tau, bkn kat ctu ade 5 kedai) dah tak guna cash, kena guna kad...aku lupa nak tanye, kalau takde kad, nak bayar dgn senyuman je ke. Kehkeh...So pasni aku kena ade satu kad touch n go la...(plan nak g Daiso lg la tu..ahahaha). Tak lama lepas tol tu nampak signboard "Bukit Indah". Yay, bermakna instinct aku leh pakai (sebenarnye dibantu gak oleh GPS sis haha). Dan akhirnya.......Jusco, here i come! Agak jakun sbb tak penah sampai sana, Jusco Tebrau City penah la. Ok, tak penting.

Tiba di sana, agak heran sbb tak ramai org. Tp sangkaan aku meleset krn menjelang tghari, Jusco mula sesak dgn manusia sampai naik pening aku dibuatnye. Daiso tu berada di 2nd floor dan kedainya besar tp rasanya yg kat Melaka tu lagi besar...knw what, i spent almost 2 hours in the shop sampai kakak aku tak sanggup teman lalu dia g jalan2 ke kedai lain. Hahaha rasanya semua barang aku nak belek, sgt menarik! And of course targeted items aku pun ade di situ iaitu felt. Sungguh pandai mereka meletakkan felt tersebut betul2 di laluan tgh pintu masuk. Teruja teruja teruja. Haha. Sebelum anda boring dgn citer saya, eh saya pulak?haha) jom tgk pic2 yg sempat disnap.

  Inilah dia kedai Daiso tu, kelihatan di gambar ialah gadis pengiklan sukarela. Haha.

 Need some felt??? Go get it yourself...haha...
 
 Colourful...tp printed felt takde kat cni..

 See, muka bahagia dgn seplastik besar brg2 Daiso.

 Setelah barang2 dihambur keluar dr plastik... ;p

 Ini felt yg aku beli, 10 kesemuanya. Saiz besar 70cm x 60cm. G amik measurement tape sukat sendiri berapa besar ye. Hehe.

 Selain felt, brg2 yg aku beli ialah:
  1. Magnet saiz kecik yg ade color. Mmg tgh cari magnet, luckily ade di sini.
  2. Magnet saiz besar.
  3. Plier. So takdela curik plier abah lagi. Haha.
  4. School is going to open soon, so beli sedikit paper clip yg simple tp ade style.
5. Selimut nak pakai time drive, slalu guna pashmina.
6. Rubber band, ni konon2 utk projek menjahit. Sesaje bli.
7. Span muka. Dgn RM5 ko boleh dapat 12 keping. Untung org ramai. Haha.
8. Cutting mat. Boleh wat potong jawapan kertas OMR kat sekolah nanti.

 9. Pasu bunga comel utk letak kat kuarters.
10. Bekas utk letak alat mekap.
11. Bekas letak brooch dan bekas letak alatan menjahit (utk jahit baju, utk felt dah byk bekas).
12. Plastik utk packing. Sesaje beli gak.

Jumlah kesemua barang yg aku beli ialah 26 barang dan merupakan rekod pertama kali shopping dgn byknye dalam satu masa. Hahaha. Nasib baik esok gaji weh... Belah kanan tu pamplet cashier bagi. Eh dia cam tau2 plak aku nak tolong promosi kedainye. Ceh.

Overall, aku mmg berpuas hati shopping kat situ walaupun dompetku telah bocor. Huhu. So kalau sesiapa terasa nak tgk sendiri apa ada kat Daiso, try le ke sana. Alamat ada kat pamplet tu yer....Taknak g kat JB, kat Melaka ada, kat KL ada, kat KK pun ade.
Sekian dulu ceritera bergambar aku. Ade cite lain lepas g Daiso ni. Nanti aku post yg lain yer...k bye. Salam.

p/s: Entri ni ditulis sekadar nak berkongsi cerita dgn korg ttg ape yg ade kat Daiso tu je...ok. Hope dapat beri sedikit maklumat. ^^

Felt Angry Bird Plushie

Assalammualaikum.

Ok, this is a request from my younger bro couple of months ago. Only yesterday i able to grant his wish. Tehehehe... This is my first attempt of making a plushie and yeah i think i did it well (perasan!).
No more babbling, let the pictures do all the talking.

Front view

Side view

Back view

It suits the plants

In actions!

How do u think guys?

[Think of making friends for him....tehehehe...next project will be]

Terima Kasih Wahai Pencuri Wayar Elektrik!

Assalammualaikum...

Sejak pg bawa ke mlm takde letrik, igtkan TNB wat selenggara, rupanye ade pencurikyg tak takut mati..cehhh...bosan sepanjang ari aku dibuatnye.

Separuh malamku ditemani pelita...cam raya pulak.

Tapi takpe, sebab bosan takde keje nak buat, letrik pon takde, BK ku dapat mandi...hehe. Dia punye kotor, kalah bajak yg korek parit tu tau. Sampai mak kata "ko tak sayang keta ke?"...ok, ok, sekarang dah cantik berkilat dah...thanx encik pencurik wayar, kalau tak sebulan lebih keta aku tak basuh. Haha.
End of the story.

Upload Error!!!

Assalammualaikum...
Ni nak share sket masalah yg aku hadapi pg ni...sejak isnin lepas aku try upload pics kat akaun fb aku tp ni habuan yg aku dapat...ape kesss????

Td dpt latest reply kat forum fb, dorg kata try tuka setting DNS kepada Google DNS. Btw, itu ialah ape weh??? Huhu. Ade gak kata update flash player...karang aku godeh2 lain pulak jadinya. Grrr...
Sape nak tolong aku solve ni wei....huhu...k bai.