Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Kecerdasan: Diwarisi Atau Dipelajari?

Assalammualaikum.

Pernah tak dengar orang kata bahawa mak bapak kalau pandai, kompem anak-anak pandai. Betul ke tak tu? Adakah semua kepandaian atau kebegoan mak bapak diwarisi? Dan betul ke boleh dipelajari?

Sebenarnya dua-dua pun betul. Kalau setakat bangga mak bapak ke adik-beradik ke pakcik ke atuk ke yang pandai sampai dapat anugerah nobel ke anugerah dekan ke, tapi diri sendiri tak berusaha belajar, tak ke mana gak.

Kecerdasan ni tak dinafikan diwarisi. Malah banyak faktor turut menyumbang kepada kecerdasan seseorang terutamanya faktor persekitaran. Sebagai contoh, dua adik-beradik kembar. Lahir-lahir dah pandai. Tapi masing-masing punya persekitaran pembelajaran yang berbeza. Sorang kaki muka buka gosip-gosip aje, sorang kuat baca buku ilmiah dan study group. So outcome nya mesti berbeza, kan?

Zaman sekarang ni pulak banyak susu formula yang menjanjikan perkembangan IQ anak-anak. Jadi mak bapak silalah pilih je kat pasaran sekarang melambak.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, cara pembelajaran memang sangat mempengaruhi tahap perkembangan otak. Senang kata, masa sekolah menengah dulu aku lah yang paling malas belajar, tambahan pula aku bersekolah di sekolah harian. Jadi pencapaian aku takde lah boleh dibangga-banggakan sangat nak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Tapi bila sambung belajar dekat universiti, persekitaran pembelajaran itu sendiri menyebabkan ada rasa nak belajar. Secara automatik akan ada waktu diluangkan untuk belajar. Dan akhirnya keputusan peperiksaan diperolehi mampu buat aku tersenyum lebar.

Peribahasa kegemaran aku yang selalu membuat diri aku termotivasi iaitu "Usaha Tangga Kejayaan". Sesungguhnya kejayaan takkan datang bergolek jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ingat tu.

Ok, sesi motivasi dah tamat, sekarang mari kita tengok gambar pulak sepanjang aku bertugas baru-baru ni.

Nota students aku.
*Chapter 7: Respiration*


Ini yang dimaksudkan faktor persekitaran mempengaruhi kecerdasan.


Guru muda


Study group


Eh sesat pulak gambar ni.
Durian Segamat yang aku bawa balik ke Yong Peng, meraikan paper Bio yang tamat semalam. 

Dah. Bye.

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Assalammualaikum...


Gambar di atas adalah merupakan logo rasmi UTM. Dulu aku belajar di sana, di kampus induk Skudai selama 4 tahun. Pengalaman yang berharga telah aku timba di sana sehinggalah aku berupaya menjadi diriku kini. Alhamdulillah. 

Sebenarnya nak cuba kaitkan kerjaya aku sekarang dengan tagline UTM tu. "Kerana Tuhan Untuk Manusia". Ya, bagi aku, aku bekerja kerana Dia Yang Satu, Allah SWT. Manakala bidang kerjaya aku pula membolehkan aku berbakti untuk manusia, masyarakat. Aku gembira dengan jalan yang aku pilih. Aku cuba sedaya upaya aku agar sentiasa ikhlas semasa bekerja namun terkadang mengeluh juga...biasalah tu kan? 

Hari ini jadual persekolahan agak padat. Lihat saja gambar-gambar di bawah ini...berusaha mendidik mereka agar suatu hari nanti mereka juga mampu mencurahkan bakti kepada masyarakat dengan lebih baik lagi. 

Gelagat pelajar 5 Ibnu Rusyd di makmal bio.

Seronok melihat mereka begitu tekun menjalankan eksperimen.

Usai waktu persekolahan 2.05 ptg pada hari Rabu, aktiviti kokurikulum pula menanti pada jam 3 ptg. Siang tadi  merupakan hari mesyuarat agung bagi semua badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Tugas aku, guru penasihat: 
  1. Kadet Polis
  2. Kelab Pencinta Alam Sekitar
  3. Kelab Badminton

Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Ah nape tu aktiviti 2010? Typo error, abaikan je. Haha sape buat ni?

Suasana pendaftaran ahli kelab badminton (putera)

Ramai pulak pelajar Form 1 yang nak daftar masuk kelab badminton. Lebih kuota, camne??? 

Semua mesyuarat tamat lebih kurang jam 5 ptg. Agak penat hari ni. Balik sekejap utk Asar, dtg lagi ke dewan sekolah, mengawasi ahli kelab badminton praktis utk pemilihan bagi wakil sekolah ke game daerah lepas cuti raya cina nanti. 

Praktis praktis praktis!
(Aku hanya sebagai pemerhati, tak pandai main. Haha)

Dah penat sangat, ini saja yg mampu aku masak utk makan malam diri sendiri, beserta ikan goreng. Ringkas, alhamdulillah kenyang. 

Itu sahaja coretan hari ini. Apakah pula cerita esok? Semoga lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman menempuh kehidupan. 

K. Wassalam. 

Selepas Dua Tahun Bekerjaya

Assalammualaikum.

Lebih kurang seminggu je lagi cuti sekolah 2011 ni akan berakhir. Rasa sekejap pulak cuti kali ni (sebab kau tak gunakan dengan sebaiknye, rasa la cepat ~sigh~ T_T). So, supaya aku lebih menghargai masa berharga yg bersisa ni, aku hadiahkan diri aku sendiri dgn benda di bawah ni... Mcm tajuk kat atas tu, lepas dua tahun, baru aku mampu nak beli utk diri sendiri. Hahahabis duit bonus aku dah...

Quite complex, isn't it?

Lepas beli siang tadi, terus pakai...excited bebeno...

p/s: Azam tahun baru nanti, nak pegi sekolah lebih cepat berbanding tahun ni. Wish me luck eh. Hehe.

Pathetic October

Assalammualaikum wbt.

Setiap hari keinginan aku utk menaip kat blog ni mmg ada. Tp nampaknya peratus kemalasan tu mengatasi kerajinan. Semangat berkobar-kobar, cerita banyak tp at last aku end up tertido bersama-sama lappy. Hihi. So, entri kali ni nak sum up sume citer yg aku tergendala nak tulis... ;p backdated punye backdated entries la senang kata.
Bulan ni mmg banyak peristiwa pahit manis yg berlaku yg boleh aku catat sbgi "hari ini dalam sejarah". Bergelak ketawa, berduka hiba semua pun cukup lengkap. Ya, dari situlah kita belajar mengenal erti kehidupan dunia, betapa kerdilnya kita sebagai umatNya. Perancangan, semua orang mempunyai perancangan masing2 tapi tak semua berjaya dicapai. Betul tak? Tanpa keizinan dan keredhaan yg Maha Esa, perancangan tu tak terlaksana tp ada hikmahnya di sebalik setiap peristiwa, kan? Dan mungkin kita perlu tengok diri sendiri, mesti ade kesilapan yg berpunca daripada diri kita sehingga segalanya tak menjadi...human error ^^. So, jangan pernah berhenti berusaha kerana kita tak tahu ape yg mungkin terjadi kelak. Ini edisi motivasi diri supaya aku sendiri lebih tabah menghadapi hari-hari seterusnya.

Ok, done with the motivation session, meh aku update sket life aku sepanjang Oktober ni...

First day of Oct, I went to JB, attending my UTM fren's wedding...Yang nak update sgt ni pasal ape, pasal mase tu first time drive my BK sampai JB sorg2. Hoho...juz bergantung harap pada GPS aku yg ikut mood dia nak ok ke xnak ok ke tu...ahhh same je cam tuannya. Haha.
Seronok berjumpa kwn2 yg da 2 thn x jumpa walaupun tak jumpa semua...pastu g plak merayau ke UTM, mengimbau kenangan2 zaman belajar. Mmg best la spend time dgn mereka walaupun tak lama. Bergosip hal kehidupan memasing, update mane2 yg patut. Paling takleh blah, baju yg aku pakai sebijik dgn sorg tetamu kat majlis kenduri tu. Huhu, bli baju ready made (Greenpeace label) gitulah dia...redha jela tahan malu aku time tu...hahaha....



Dgn ex UTM's coursemate

4-11 Oktober, aku menggalas tugas sbgi pengawas PMR 2011. Seronok sangat time tu, tak perlu igt keja2 kat sekolah....hanya perlu berjuang menahan ngantuk je jaga peksa. Hihi. This was my second time of being an invigilator. The first time was last year, for SPM exam. Bertugas masa PMR lagi syok sbb exam tak lama cam SPM. Huhu. So tahun ni aku sendiri offer diri ganti kawan yg tak dapat nak bertugas. Hopefully nama tak naik utk SPM. Pray for me ya!

Bulan ni gak, handphone aku mula buat hal....genap setahun je dia jd buddy aku since aku jd pengawas SPM tahun lepas...pastu nak gaduh ngan aku lak. Mana taknye, each time aku nak type sms, dia nak type gak....aku type, dia backspace...ehhhhh kerasukan ke ape. Karang tgh diam2, dia mula tekan2 sendiri, masuk contact, select contact sukati dia dan type sms...Warghhhh berantu oooo...kena plak mase tu tgh mlm buta, omak kau terpanjat aku wehhh....malas dah nak gaduh ngan dia, aku pun terpaksa berlaku curang (cey)...menjejak kedai Charlie kat The Summit, hamik kau aku cari bf baru...hahaha....konon taknak touch screen tp beli gak...ehhhh skang mmg style la kan touch screen ni. Harap2 hp baru ni bertahan dgn aku sbb aku ni ganaz orgnye, kalau hp tak calar balar tercampak sana sini bukan aku la tu...haha.



Sony Ericsson Vivaz Pro yg berantooo


Bf baru saya ^^

18 Oktober, besday my lil' bro yg ensem (bluwekkk). Haha. Kitorg mane penah wat besday celebration kejadah tu sume. Penah wat utk mumy je taun lepas. Sis dgn berbaik hati membelikan hadiah paling bez utk dia, dan aku tumpang share 25% je...haha kedekut tak. Ok la tu kan...buat ade2. So, pada 1st day cuti sekolah sempena deepavali tu (22 Okt), kitorg ke UM bawa my mom jumpa anak kesayangannye...first time beb gua drive sampai KL. Cepat tepuk tangan. Haha...
Mak siap masakkan asam pedas utk adik aku tu, siap utk awek dia skali...pehhhh...best le ko. Pas amik my bro, kitorg buang masa kat midvalley, chilling at Chili's, mengabiskan duit sis. Haha... Owh terjumpa kedai SaSa kegemaran...so perabis duit beli mekap baru, trus dua maskara aku sapu, brown eyeshadow n lip gloss yg paling aku suka...all by sasa...



Bufday boy wif his new shocking purplishpink G-shock!


Wif my beloved mom


Mangsa pengepauan, Sis Jodai!

22-30 Oktober, cuti sekolah seminggu. Hip hip hoorayy....ahad 23 Okt tu g kenduri kahwin my ex-classmate masa kat SMKDS. Gosip2 liar dgn my buddies, Alin n Ana. Haha....kisah aku serupa ngan Alin rupanya (off record, ahh poyo haha). Then g lawat my ESG budy yg baru pas menimang cahayamata kedua, congratz Eza...tp x dpt jumpa baby, baby kat spital kena dmm kuning cian dia.



Wif Alin


Wif Raihana


The Pengantin

Isnin dok umah je, Selasa bawa mumy g paso lambak n pastu kua pulak g bayo duit keta n shopping sorg2 kat Summit. Haha. Tiga kedai yg aku masuk semua tanya, "sorang je ke?" haha ape ade hal...sorg pun gua tetap shopping cam gila (sbb sorg la jd gila kut, huhu). Paling bez terbeli beg kaler pink yawww...hahaha..absolutely out of my mind. Tp sweet sgt so terbeli la ;p



It's pinky!!!

Rabu-jumaat hibernate kat umah je, menyiapkan projek yg tergendala. Haha apedia? Tggu kemunculan entri seterusnya nnt. Poyo kan? Haha.

Mlm sabtu, peristiwa pelik berlaku (selangkah ke alam misteri). Takmau la citer karang korang takut nak g kameh mlm2 (haha speaking banjar, sape phm??). Esok paginye mmg aku sedih sgt2 la....dua kitten aku telah dibelasah teruk oleh ape yg tak diketahui la. Mlm tu mmg aku dgr bunyi kucing2 bergaduh, aku expect kucing beso2 gaduh sesama dia...sebelum kucing gaduh tu la aku dgr sumthg yg wat aku kecut perut trus tarik selimut, jam 1 lebih pagi. Kesian sgt tgk keadaan kitten tu. Terlantar kat atas lantai serambi rumah, bermandi darah...bersepah2 darah plus air kencing dia. Keadaannya seperti dilempar dan dipijak. Takde cedera luaran, kitorg suspek internal bleeding, kaki n leher patah kot. Tp ia masih hidup, sehingga lebih kurang 33 jam selepas kejadian. Huhu. Me n sis gilir2 jaga dia, sampai la Allah ambil nyawanya pagi Ahad. Mmg aku berdoa supaya ia tinggalkan dunia ni sbb aku mmg tak sampai hati sangat tgk rupanya. Tu citer seekor, yg lagi seekor mmg dah selamat tinggal dah...mase pagi kejadian aku dok sibuk urus yg masih bernyawa tu, mak kucing tu plak duk sibuk mencarik2 mengigit2 menguyah2 isi perot anak dia yg dah mati seko lg tu. What the fish, terkejut gile aku, nasib baik aku tak pakai spek, tak nampak jelas, mau muntah darah aku tgk kalau clear....Aku mmg tak paham ape yg jadi sebenanye. Huhu....pg Ahad tu gak seko lagi kitten mati, ha yg tu mmg da dua tiga hari nampak badan dia lemah je, bukan sbb kena belasah. So pagi tu aku menggali dua kubur kucing, Patotnye tiga kan? Tp da seko tu abis kena makan dgn mumy dia, berkubur dalam perut mumy dia jela. Huhu.
Sehingga entri ini ditulis, aku masih ade 7 newborn kitten, dari mak kucing lain...9 kucing lg termasuk seekor parsian kucing yg kawan my sis bagi...kawaii tau...dapat kucing parsi free beb...



Mangsa kejadian...kesian kan...


Kini hanya tinggal kenangan


Luffy da' gothic carnivore! (pekat tu eyeliner...haha)


Nami da' parsian. Kawaii kan???

Hari terakhir cuti sekolah tu gak, aku berjaya menyiapkan projek aku. Hope my colleague will like it, walaupun agak lama tergendala projek tu. Huhu.



Ce teka ape ni??? ;p

Las day of Oct adalah first day bersekolah semula...tak perlu kerja kuat sangat sbb students in exam mode. Hehe. Tp berjaya menyibukkan diri menyiapkan stapler kertas2 soalan yg dah direzo utk exam bio Rabu ni...bagaimana la nnt performance students aku yg dua kelas tu....kesian dorg tak dapat guru Bio yg pure originally kepala otak Bio. Kepala otak biol adelah. Haha.

Okla cte dah habis. Entri terpanjang pernah aku tulis. Sekian.

P/s: Kenapa tajuk tu "pathetic", sbb byk perkara yg tak best drp yg best bulan ni...huhu. Dah,bubye.

Mereka yg rajin

Sgt mls utk berbuat ssuatu.
Ingin [ctrl+zz] spjg hari.
Knp tak rajin seperti mereka?
Lihat mereka sgt gigih bekerja.

Walaupun bdn mereka berbulu dan kelihatan agak samseng (hoh?), itu adalah trademark mereka sbg angkatan bala tentera yg patuh kpd permaisurinya. Rajin. Sgt rajin.

Maka, skrg telah kagum dgn mereka. Sila rajin spt mereka juga.