Everything is RM5 only!!!

Assalammualaikum...

Tajuk di atas amik kat pamplet ni...hehe.

Aritu ade buat satu post tentang beli felt di Daiso...sejak tu rasa gian pulak nak ke Daiso. Sejak seminggu lepas dah dok gebang dgn sis "jom g Melaka", dan dia setuju aje. Sampai la pd hari yg ditunggu-tunggu iaitu Sabtu, aku telah mengcancelkan plan tersebut sbb igt kaya sgt nak g Melaka, rupanya tidak. Haha. Plan g Melaka ditukar dgn ke BP aje. Tp aku tetap rasa teringin nak g Daiso..huhu. So balik dr BP aku terus on9...google punye google, aku jumpa satu blog yg citer Daiso ade di JB. Wahhh teruja!

Maka pagi td dah bgn awal2 pagi sbb janji dgn sis nak ke JB kul 9 utk menjejaki Daiso yg bertempat di Jusco Bukit Indah. Perjalanan dr Yong Peng ke sana mengambil masa lebih kurang 1jam dgn pemanduan aku yg tak constant, kejap2 110 km/j, kejap2 terlajak sket kelajuan melampaui had laju kebangsaan dia lebuhraya...kikiki... Kitorg mengambil exit Senai Airport (sape dr arah utara nak g Johore Premium Outlet, take diz exit ok) dan bayar la RM11.30 caj highway. Ok then meneruskan lg perjalanan dgn mengambil laluan second link M'sia-S'pore. Ok, ni takde kat signboard, guna instinct je, sbb after kua tol tu ade dua simpang, satu tu simpang ke Senai blablabla, tu aku slalu masuk kalau nak ke airport fetching my bro, satu simpang lagi aku lupa tulis apa. So mengikut naluri dan kewarasan aku, aku amik jln straight je, tak belok ke Senai. Kalau ikut fakta Geog aku, mmg boleh sesatla sbb Geog ni aku fail sket...haha... Ok, jumpa lg satu tol (so i tot mesti betul la ni ktorg masuk 2nd link), saat aku hulur RM3.80, pekerja tu mintak kad pulak. Eh, nak kad pengenalan ke? Bukan...kad touch n go. Wehhhh aku manade (jumud aku ni). Nasib baik aku drag my sis skali n she got one so guna la kad my sis. Pekerja tu gtau kat tol tu (Tol Lima Kedai, ni nama tempat tau, bkn kat ctu ade 5 kedai) dah tak guna cash, kena guna kad...aku lupa nak tanye, kalau takde kad, nak bayar dgn senyuman je ke. Kehkeh...So pasni aku kena ade satu kad touch n go la...(plan nak g Daiso lg la tu..ahahaha). Tak lama lepas tol tu nampak signboard "Bukit Indah". Yay, bermakna instinct aku leh pakai (sebenarnye dibantu gak oleh GPS sis haha). Dan akhirnya.......Jusco, here i come! Agak jakun sbb tak penah sampai sana, Jusco Tebrau City penah la. Ok, tak penting.

Tiba di sana, agak heran sbb tak ramai org. Tp sangkaan aku meleset krn menjelang tghari, Jusco mula sesak dgn manusia sampai naik pening aku dibuatnye. Daiso tu berada di 2nd floor dan kedainya besar tp rasanya yg kat Melaka tu lagi besar...knw what, i spent almost 2 hours in the shop sampai kakak aku tak sanggup teman lalu dia g jalan2 ke kedai lain. Hahaha rasanya semua barang aku nak belek, sgt menarik! And of course targeted items aku pun ade di situ iaitu felt. Sungguh pandai mereka meletakkan felt tersebut betul2 di laluan tgh pintu masuk. Teruja teruja teruja. Haha. Sebelum anda boring dgn citer saya, eh saya pulak?haha) jom tgk pic2 yg sempat disnap.

  Inilah dia kedai Daiso tu, kelihatan di gambar ialah gadis pengiklan sukarela. Haha.

 Need some felt??? Go get it yourself...haha...
 
 Colourful...tp printed felt takde kat cni..

 See, muka bahagia dgn seplastik besar brg2 Daiso.

 Setelah barang2 dihambur keluar dr plastik... ;p

 Ini felt yg aku beli, 10 kesemuanya. Saiz besar 70cm x 60cm. G amik measurement tape sukat sendiri berapa besar ye. Hehe.

 Selain felt, brg2 yg aku beli ialah:
  1. Magnet saiz kecik yg ade color. Mmg tgh cari magnet, luckily ade di sini.
  2. Magnet saiz besar.
  3. Plier. So takdela curik plier abah lagi. Haha.
  4. School is going to open soon, so beli sedikit paper clip yg simple tp ade style.
5. Selimut nak pakai time drive, slalu guna pashmina.
6. Rubber band, ni konon2 utk projek menjahit. Sesaje bli.
7. Span muka. Dgn RM5 ko boleh dapat 12 keping. Untung org ramai. Haha.
8. Cutting mat. Boleh wat potong jawapan kertas OMR kat sekolah nanti.

 9. Pasu bunga comel utk letak kat kuarters.
10. Bekas utk letak alat mekap.
11. Bekas letak brooch dan bekas letak alatan menjahit (utk jahit baju, utk felt dah byk bekas).
12. Plastik utk packing. Sesaje beli gak.

Jumlah kesemua barang yg aku beli ialah 26 barang dan merupakan rekod pertama kali shopping dgn byknye dalam satu masa. Hahaha. Nasib baik esok gaji weh... Belah kanan tu pamplet cashier bagi. Eh dia cam tau2 plak aku nak tolong promosi kedainye. Ceh.

Overall, aku mmg berpuas hati shopping kat situ walaupun dompetku telah bocor. Huhu. So kalau sesiapa terasa nak tgk sendiri apa ada kat Daiso, try le ke sana. Alamat ada kat pamplet tu yer....Taknak g kat JB, kat Melaka ada, kat KL ada, kat KK pun ade.
Sekian dulu ceritera bergambar aku. Ade cite lain lepas g Daiso ni. Nanti aku post yg lain yer...k bye. Salam.

p/s: Entri ni ditulis sekadar nak berkongsi cerita dgn korg ttg ape yg ade kat Daiso tu je...ok. Hope dapat beri sedikit maklumat. ^^

Crazee Felt-ing #2

Assalammualaikum...

Post kali ni adalah sambungan drp previous post tentang felt, edisi previous items yg pernah aku buat. Ok, dlm post sebelum ni aku ade citer pasal mana aku dpt felt tu memula dlu. Well, aku belum pernah lagi order felt secara atas talian sbb tak dpt nak belek2...lgpun jakun sket kot nak shopping on9 ni, takut kena tipu...hahaha...

Cite ni agak lapuk sket la, sbb cite hujung thn lepas punye, eh dah setahun. Haha so lapuk banyak. Masa tu g jln2 kat Jusco Melaka kot tak silap aku, terjumpa la kedai yg super best ni, Daiso. Mase tu mmg happy tak igt la terdiscover kedai tu sbb aku penah googling pasal felt yg dijual offline, ade la sorg blogger yg cite pasal Daiso ni. So utk sesiapa yg tak tau Daiso ni jual ape, meh aku preview sket. Daiso ni merupakan sebuah kedai yg menjual pelbagai barangan keperluan rumah (households) yg diimport dr Jepun di mana setiap brg hanya berharga RM5. Macam2 ada, perkakas dapur, perhiasan rumah, brg2 DIY termasuklah felt dan pelbagai lagilah. (Eh boleh dpt diskaun tak aku kalau shopping di Daiso ni, dah promote ni...haha).

Ini ialah kain2 felt (polyester) yg aku beli di Daiso...semuanya RM5/pek. Yg bergulung tu saiznye besar gak cam saiz manila kad. Yg dlm pek tu saiz kecik tp colourful. I loike!
Ini hp charm icecream yg sesaje aku buat setelah berbulan2 aku beli felt kat Daiso. Haha. Beli kemudian simpan, tah pape. Yg jd excited nak buat hp charm tu sbb nampak students2 aku semua pakat pakai keychain felt ni. Bila aku tanye korang buat ke, dorang kata order kat kawan kakak. (Eh, korang taknak order kat Uzh korang ni ke? kikiki).
Ok, yg ni lak hasil aktiviti masa cuti sekolah tgh tahun aritu, guna felt yg dibeli kat Daiso gak. Jom berkenalan dgn mereka lbh dekat...zoom in...
Hp charm Mr. Domo ni aku try wat sbb time tu mcm semua tgh gila menatang ni. Aku pun taktau kenapa. Masih ade dlm simpanan, lum guna lagi sbb gigi dia cam serabai, nak kena pakaikan braces ni haha...
My very first rose brooch yg aku buat...suka kaler pink ni sweet sgt...skarang dah naik lusuh aku guna wat pakai dgn shawl. Boleh dapatkan tutorial wat bunga ni di youtube, omputeh yg ajo. Dia aja wat bunga je, daun tu sendiri tambah.
Second hairclip done by me. Love that button so much, bought it at Pacific Batu Pahat Mall. Come with various colours and shapes, from flowery shapes, cubic, rectangle, round and even heart shapes... (Eh, tukar mode bahasa pulak).
Hairclip ni aku hadiahkan kpd rakan sekerja merangkap jiran tetangga aku di kuarters, wat pakaikan kat anak dia. Umi nye aku hadiahkan lady bird, pic ade kat bwh ni. Sesaje je bagi, hadiah persahabatan, eh cewah...
This birdie hp charm is my second attempt of designing a bird. Quite funny, again, my family members thought it is a FISH. Someone thought it is a DUCK. So i came into a conclusion that is, my attempt is failed!!! Haha...  But nevermind, don't gv up, keep on trying and experimenting. ^^ (This birdie is quite messy as this post is written. Hehe. Maybe it's time for you to be replaced Ms. Birdie)
Cupcake, anyone? That heart button i bought it at Pacific too. The polkadots ribbon, bought it at a bookstore at The Summit Batu Pahat. 
This is the ladybird that i mentioned earlier, that was given to my colleague. My first attempt too, of making a ladybird hp charm. She was so happy to receive this (not sure either she was happy bcoz of the cuteness (blerghh) or bcoz of she got it for free. Hehe).
Ok, tu je utk entri kali ni. Rasanya entri kali ni cam nak promote Daiso pulak ngan kedai2 kat BP...hehe...Saje nak share info, harap bermanfaat yer...akan bersambung, next post: Crazee Felt-ing #3. Till then.

Sekian.

Crazee Felt-ing #1

Assalammualaikum...

Ok, kali ni nak cte ttg projek felt aku sjak aku kenal felt ni 2 thn lalu.
Bereksperimen dgn felt, mendatangkan kepuasan dalam diri n aku sekadar suka2 je sbb aku likeee sgt kat benda yg comel2...
Thn 2009, aku br grad n takde job so hobi aku blogwalking lalu terdiscover ttg felt ni. Maka, aku cube mendptkn felt ni scra offline tp igt senang ke? Satu batu pahat aku cari tp takde jumpa pun sbb masa tu ia byk dijual scra online. Last2 aku dpt gak, tp dari JB. So happy time tu, tp dgn tahap kekreatifan aku yg tak seberapa, maka terhasillah beberapa item felt yg tah hape2 je...kikiki...jom tgk...

Ce korang teka haiwan ni spesis ape? Ia telah mendatangkan kontroversi pd ahli keluarga aku apabila ada yg kata ayam la, ikan ade kaki la...huhu. Well actually this is supposed to be a bird ok... Mr. Bluebird. A bird that suffered from eyes irritation, kahkah...masa tu takde felt putih so aku hentam je guna felt merah. Kata eksperimen, so jgn takut mencuba (eh cewah mentang2 Uzh Sains). Birdie ni masih lagi tergantung dlm keta abg aku sampai skrg, masa mula2 posting aku pinjam keta dia so gantung la burung ni. Hehe.

Ok, ni pulak Mrs. Lovelove yg aku jadikan hp charm aku kat hp sony walkman yg time tu dah kira awesome sgt leh slide2 haha. Sampai lusuh gakla aku guna time tu...simple sgt kan, korg pun leh buat canggih2 lg dr aku nye ni...

Ble dah boring dgn Mrs. Lovelove, aku try buat hp charm yg lain, Mr. Stripy Kitty. Kalau perati betul2, part gigi dia paling lawak. Haha. Siap adik aku kata, eh kucing ko ni baru lepas minum susu ya? Cisss....tu akibat takde felt putih, aku jait guna benang tp selekeh gila aku buat, jd la camtu. Hp charm ni aku guna sampai la ekor dia terputus..cian dia...nanti nak wat smula la Mr. Stripy Kitty ni, kira cam reborn la...haha...later, next project.

Ini adalah sepit rambut pertama yg aku hasilkan. Disebabkan time tu aku adalah pencinta manik, maka aku jaitkan manik bagi bling2. Ada 2 sepit yg aku wat dan aku buat sbgi hadiah pd seorg kenalan.

Sori gamba kurg jelas. Ni Mr. Owlie yg aku buatkan utk sis aku yg digantung dlm keta dia. Tp skang dia dah ganti dgn domo baru yg aku dah watkan, mane dia simpan Mr. Owlie ni tak tau la... Ade dua Mr. Owlie yg aku wat, yg satu lg kecik sket, sbgi hp charm utk hp mak aku. Haha ganas tak, mak aku guna Mr Owlie tau! Tp dah lama mak aku request mintak tuka sbb Mr. Owlie dah tua. Yela, dah 2thn dah usia dia...so bbrpa ari lepas aku dah buatkan yg baru utk mak aku, nanti aku upload pic dlm entri seterusnya k.

So, inilah dia beberapa item felt yg aku buat masa mula2 kenal felt dlu...nasib baik masih simpan pixcas ni sume dlm folder...okla, this entry is to be continued...bye...

Felt Angry Bird Plushie

Assalammualaikum.

Ok, this is a request from my younger bro couple of months ago. Only yesterday i able to grant his wish. Tehehehe... This is my first attempt of making a plushie and yeah i think i did it well (perasan!).
No more babbling, let the pictures do all the talking.

Front view

Side view

Back view

It suits the plants

In actions!

How do u think guys?

[Think of making friends for him....tehehehe...next project will be]

Terima Kasih Wahai Pencuri Wayar Elektrik!

Assalammualaikum...

Sejak pg bawa ke mlm takde letrik, igtkan TNB wat selenggara, rupanye ade pencurikyg tak takut mati..cehhh...bosan sepanjang ari aku dibuatnye.

Separuh malamku ditemani pelita...cam raya pulak.

Tapi takpe, sebab bosan takde keje nak buat, letrik pon takde, BK ku dapat mandi...hehe. Dia punye kotor, kalah bajak yg korek parit tu tau. Sampai mak kata "ko tak sayang keta ke?"...ok, ok, sekarang dah cantik berkilat dah...thanx encik pencurik wayar, kalau tak sebulan lebih keta aku tak basuh. Haha.
End of the story.

Keychain Kepala Optimus Perdana???

Assalammualaikum...

Keychain ni direquest oleh seorang teman. Agak pening gak nak design kan sbb tak penah buat. Blur habis rasanya, puas Googling, sketching, sampai tertidur dgn sketch bagai aku ni ptg smlm...

Hahaha selekeh tak aku nye sketch...asal boleh je pakai kertas dah gunting2, siap campur ngan kertas sketch pincushion aritu.

Last aku pilih kepala dia je...amcam, ade ke rupa optimus prime???

Nak merealisasikannye pun bukan senang, puas aku mikir, nak kerat cane, nak tampal cane, nak jait cane....Last jadikla camni....kikiki...

Ce tgk backside dia, lawak je aku rasa logo transformer tu sedih semacam, kurus pulak tu. Hahaha. Idea dtg masa dah nak jait both pieces of felt, pastu rasa cam kosong je blkg tu. Memula igt nak jait nama optimus prime. But then i tot, sewing a logo will be more cool....fuhh cakap omputih pulak. Haha. Pastu jait cam tak sabo nak tgk da siap cemana rupa dia, dpt la logo camtu. Takde lukis2 pun atas felt, main jait je freehand...so tak berapa nak symmetry (bkn setakat tak berapa, mmg tak symmetry langsung!)

So, ape pendapat korg?

Upload Error!!!

Assalammualaikum...
Ni nak share sket masalah yg aku hadapi pg ni...sejak isnin lepas aku try upload pics kat akaun fb aku tp ni habuan yg aku dapat...ape kesss????

Td dpt latest reply kat forum fb, dorg kata try tuka setting DNS kepada Google DNS. Btw, itu ialah ape weh??? Huhu. Ade gak kata update flash player...karang aku godeh2 lain pulak jadinya. Grrr...
Sape nak tolong aku solve ni wei....huhu...k bai.