Edisi cuti sekolah

Assalammualaikum.
Hari ni aku nak cite tentang hobi aku yg bermusim ni. Hehe. Iaitu menjahit pakaian. Sebenarnya aku dah lama nak belaja cara buat baju kurung malaysia ngan kain kipas belakang. Kurung pahang aku penah 2x buat tp cam tak menjadi. Kalau kurung biasa retila gak aku buatnye sbb dah ade basic. So, las week aku telah blogwalking n terdiscover satu blog yg pemiliknya sgt bermurah hati utk share pengetahuannye menjahit baju. Dlu2 aku slalu gak search pasal baju2 ni tapi akhirnya hampa tak jumpa pun. Akhirnya baju yg byk dalam wardrobe aku hanyalah baju kurung. Kalau kurung malaysia atau pahang tu yg aku beli siap je. Paham2 jela kalau bile bli siap, bukan ikut ukuran bdn sendiri. So ble blogger tersebut cite satu persatu cara nak sediakan pola dan teknik2 menjahit, aku terus rasa "hey, this is awesome!" dan rasa bersemangat nak buat baju aku sendiri. Jom tgk hasil2 kerja aku sejak seminggu lepas...

Ini adalah nota dan rujukan aku sepanjang projek kali ni.

Kiri ke kanan: Buku biru tu nota fotostat dr rakan sekerja, Kak Jam, seorg guru KH di sekolah aku. Yg tgh tu, nota yg aku salin dari blog Cik Sue, yg menyebbkan aku berkobar2 nak menjahit dan yg last, buku rujukan Busana Tradisional hasil penulisan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek. Buku ni aku beli awal thn aritu kat kedai buku Badan di Angsana, JB dan hanya aku guna setelah berbulan aku simpan dlm almari. Kiki.

Naik berpinar gak aku study semua nota tu, sbb nak memahamkan asas2 nye. Slalu aku jait baju kurung takde plak guna formula bagai ikut suka je..hehe.

Ini dia kurung pahang pertama aku hasilkan secara proper mengikut cara tok guru on9 dan buku. Dah pakai sabtu lepas g rewang umah kazen. (Tak rewang sgt pun sekadar menyebok. Haha.)

Kain kipas belakang yg pertama aku hasilkan. Tersgt mengidam nak wat kain ni, so akhirnye bile siap rasa macam....taktaula nak cakap betapa gembiranya.

Zoom dekat cket...

Ha...ni kurung malaysia pertama yg aku hasilkan. Amcam, ok ke tak? Ni aku beli kain murah je RM20 sepasang utk test wat baju ni. Skali dah jd baju nampak cantik plak. Nanti aku nak jahitkan manik kat keliling bunga2 tu bg meriah sket...so baru nampak mcm kain RM60. Haha...

Baju ni aku pasangkan zip sembunyi. First time jugak cuba jahit ni. Alhamdulillah menjadi.

Part hujung lengan n labuh baju aku juz jait mesin aje...Bukan ape, baru beli mesin jahit baru Isnin minggu lepas, excited sgt, ada 22 jenis jahitan. Sebelum ni aku menjahit guna mesin mak aku yg kena kayuh tu...jenama Raleigh. Tipu la kalau korang taktau. Byk gunanya mesin tu, byk dah baju aku dihasilkan olehnya. And aku pasang zip sembunyi tu pun guna mesin tu sbb mesin baru lum cari tapak zip nye.

Ha, ni 2nd baju kurung malaysia yg aku siapkan Jumaat lepas. Pastu pulun dua hari jahit manik. Sengaja beli kain plain sbb nak jahit manik sendiri pastu naik juling biji mata menjahit siang mlm sbb Ahad tu nak pakai g kenduri kazen. Tp tak siap pun lg sulam manik tu ikut plan asal aku. Tp aku pakai gak g kenduri. Haha. Nanti aku pos satu entry pasal jahit manik ni.
Actually baju ni aku longgarkan sedikit ukurannya sbb tak jadi nak pasang zip sembunyi kat tepi. Sbb ape? Sbb aritu aku juz beli zip kaler itam je sbb niat nak cuba2 wat je. Takkan la plak baju pink aku letak zip itam kut, tetibe je kang nampak kepala zip kaler itam bwh ketiak, tak memasal mengundang kontroversi. Eheh.

Err...nak gak upload kat cni...kain ni baru beli td kat pasar lambak Pekan Pt Yaani. Kain viscose RM25 sepasang. Yg kanan tu beli 2 pasang, sepsg utk kakak aku, kang dia kata "tak beli utk aku pun". So, beli skali....bile plak nak jahitnye taktau. Kiki. Sbb yg ade bli aritu pon lum berjait, mau dekat 15 pasang nak kena jait ni...huhu...semuanya baju sendiri yg tak berjait since thn lepas...ape daaa...
Ok tu je, till the next post k...

Felt Pincushion

Starring domo-kun n red angry bird

Assalammualaikum...
Eh cewah, caption kat atas taknak lagi poyo?
Siang td berjaya akhirnya menyiapkan pincushion yg baru...si domo tu dah naik lusuh kena cucuk slalu (dah mcm voodoo la pulak). So aritu decide utk carikan kawan baru utk dia. Since las week lg dah start projek ni tp tergendala sbb wat projek kurung malaysia ngn jahit manik (nti akan aku pos cite pasal ni).
Aku decide wat menda angry bird ni sbb aritu da test skali wat bookmark utk anak2 sedara aku (da selamat sampai pun kat sabah). Pastu rase cam bez pulak wat menatang ni. Hehe. So alang-alang aku dah buat, meh aku share sikit cara aku menghasilkan pin cushion dari fabrik felt ni.

Pertama skali, korg memerlukan template utk memudahkan kerja korg. Mane nak dpt template? Aku wat sendiri jek, dgn cara sketch dlu bentuk yg telah dipilih. Kalau tak reti, tanye je kat pakcik Google camne rupa benda2 yg korg nak. Cam aku slalu wat la. So, kat pic bwh ni adalah template yg dah aku buat. Masa ni lupa wat template ekor, so td baru buat. Hehe. Saiznya, ikut suka korg la nak besa mana, yg aku wat ni cubic size 5cm x 5cm. Btw, angry bird aku ni tak ikut spesifikasi sebenar yg bentuk bulat tu, aku wat ikut kesesuaian sukahati aku, cube shape. Haha.

Ini template ye. Dah buat, simpan. Utk kegunaan masa akan dtg.

Kedua, gunakan template td sebagai asas utk memotong felt ikut bentuk dan warna. Pastikan gunting korg tajam.

Ketiga, lekatkan mana2 bahagian potongan felt td pd tempatnye sampai membentuk rupa watak yg dikehendaki. Dlm kes aku, aku gunakan gam UHU n mata burung tu aku jahitkan manik kaler itam. Proses menampal tak igt nak snap pic, sbb sampai peringkat ni yg aku wat minggu lepas. Jgn lupa, potong 6 keping felt merah bentuk cube td sbgi bdn burung tu.


Keempat, cantumkan kesemua 6 keping felt td menggunakan teknik jahitan insang pari yg korg belaja kat sekolah dlu atau bahasa omputihnye "blanket stitch". Dari segi pemilihan benang, ikut suka korang la nak saiz ape, ade org guna benang kait. Tp aku prefer benang biasa je sbb aku byk koleksi benang tu utk jahit baju so jimat sket sbb dah ade kan, senang. Warna benang pastikan sama dgn warna felt korg. Aku tau ia adalah seni, tp jgn melampau2 lak seni korg smpi keterlaluan kontras kaler benang ngn felt tu. Tp kalau korg dah suka, ikut korg lah. Jarum lak, aku guna jarum yg sama aku jahit manik baju, saiz no.11 dan 12 jenama regal, ia halus dan runcing, aku suka. Nak guna jarum biasa yg assorted sizes tu pun leh gak.

Ni rupa bile dah beberapa keping sisi dicantumkan. Nampak tak camne aku wat blanket stitch tu?

Kelima, bila semua sisi siap dicantumkan, tinggalkan satu sisi tanpa dijahit utk korg isikan dgn wool fibre. Kalau semua korg da jait, alamatnye bertambah2 la angry si angry bird tu tanpa isi perut. Hehe.

Keenam, ok sekarang bolehla sumbatkan isi perut dia dgn fibre. Wah kau ni consume fibre je angry bird, kompem senang digest. Haha. Fibre tu jgn sumbat terlalu padat dan jgn terlalu sikit, sedang2 elok. Pastu jgn lupe jahit sume sisi yang ditinggalkan td sampai siap.

Akhirnya, "angry bird the pincushion" sedia beraksi!

Okeh, aku da decide pin cushion baru ni aku nak guna khas utk sesi jahit baju manakala si domo aku gunakan utk sesi felting. Wah byknye projek cuti sekolah aku....selamat menjahit semua!

Update laju2

Lama betul tak on9, rasa cam jakun pulak...haha. Sebenarnya nak update pasal projek2 khas aku sempena cuti sekolah ni tp pic bagai tak snap lagi. Siang td g kenduri sepupu lelaki aku, kawin dah dia...sepupu2 yg batch aku ade 4 org tmasuk aku yg sorg je pompuan. Dua dah kawin, tinggal aku ngan sorg lg kazen. Ble tah nak sampai turn aku...haha...yg nak cite sgt pasal kenduri ni sbb aku pakai baju baru yg aku jait sendiri utk ke kenduri tu...bersengkang mata aku jait manik tau, yg akhirnya tak siap sgt pun cam yg aku plan. Takpela, later aku sambung balik jait proper sket. Juga, ini cubaan aku menghasilkan sendiri baju kurung malaysia pakej skali ngan kain kipas belakang. Hoho pencapaian terbaik aku tahun ni. hahaha....esok2 la aku upload pic baju tu tampal kat cni yek...

Inilah pengantin

p/s: nak sgt update pasal felt craft aku...helo miss pemalas, g main jauh2. esok update eh. kiki.

Pathetic October

Assalammualaikum wbt.

Setiap hari keinginan aku utk menaip kat blog ni mmg ada. Tp nampaknya peratus kemalasan tu mengatasi kerajinan. Semangat berkobar-kobar, cerita banyak tp at last aku end up tertido bersama-sama lappy. Hihi. So, entri kali ni nak sum up sume citer yg aku tergendala nak tulis... ;p backdated punye backdated entries la senang kata.
Bulan ni mmg banyak peristiwa pahit manis yg berlaku yg boleh aku catat sbgi "hari ini dalam sejarah". Bergelak ketawa, berduka hiba semua pun cukup lengkap. Ya, dari situlah kita belajar mengenal erti kehidupan dunia, betapa kerdilnya kita sebagai umatNya. Perancangan, semua orang mempunyai perancangan masing2 tapi tak semua berjaya dicapai. Betul tak? Tanpa keizinan dan keredhaan yg Maha Esa, perancangan tu tak terlaksana tp ada hikmahnya di sebalik setiap peristiwa, kan? Dan mungkin kita perlu tengok diri sendiri, mesti ade kesilapan yg berpunca daripada diri kita sehingga segalanya tak menjadi...human error ^^. So, jangan pernah berhenti berusaha kerana kita tak tahu ape yg mungkin terjadi kelak. Ini edisi motivasi diri supaya aku sendiri lebih tabah menghadapi hari-hari seterusnya.

Ok, done with the motivation session, meh aku update sket life aku sepanjang Oktober ni...

First day of Oct, I went to JB, attending my UTM fren's wedding...Yang nak update sgt ni pasal ape, pasal mase tu first time drive my BK sampai JB sorg2. Hoho...juz bergantung harap pada GPS aku yg ikut mood dia nak ok ke xnak ok ke tu...ahhh same je cam tuannya. Haha.
Seronok berjumpa kwn2 yg da 2 thn x jumpa walaupun tak jumpa semua...pastu g plak merayau ke UTM, mengimbau kenangan2 zaman belajar. Mmg best la spend time dgn mereka walaupun tak lama. Bergosip hal kehidupan memasing, update mane2 yg patut. Paling takleh blah, baju yg aku pakai sebijik dgn sorg tetamu kat majlis kenduri tu. Huhu, bli baju ready made (Greenpeace label) gitulah dia...redha jela tahan malu aku time tu...hahaha....



Dgn ex UTM's coursemate

4-11 Oktober, aku menggalas tugas sbgi pengawas PMR 2011. Seronok sangat time tu, tak perlu igt keja2 kat sekolah....hanya perlu berjuang menahan ngantuk je jaga peksa. Hihi. This was my second time of being an invigilator. The first time was last year, for SPM exam. Bertugas masa PMR lagi syok sbb exam tak lama cam SPM. Huhu. So tahun ni aku sendiri offer diri ganti kawan yg tak dapat nak bertugas. Hopefully nama tak naik utk SPM. Pray for me ya!

Bulan ni gak, handphone aku mula buat hal....genap setahun je dia jd buddy aku since aku jd pengawas SPM tahun lepas...pastu nak gaduh ngan aku lak. Mana taknye, each time aku nak type sms, dia nak type gak....aku type, dia backspace...ehhhhh kerasukan ke ape. Karang tgh diam2, dia mula tekan2 sendiri, masuk contact, select contact sukati dia dan type sms...Warghhhh berantu oooo...kena plak mase tu tgh mlm buta, omak kau terpanjat aku wehhh....malas dah nak gaduh ngan dia, aku pun terpaksa berlaku curang (cey)...menjejak kedai Charlie kat The Summit, hamik kau aku cari bf baru...hahaha....konon taknak touch screen tp beli gak...ehhhh skang mmg style la kan touch screen ni. Harap2 hp baru ni bertahan dgn aku sbb aku ni ganaz orgnye, kalau hp tak calar balar tercampak sana sini bukan aku la tu...haha.



Sony Ericsson Vivaz Pro yg berantooo


Bf baru saya ^^

18 Oktober, besday my lil' bro yg ensem (bluwekkk). Haha. Kitorg mane penah wat besday celebration kejadah tu sume. Penah wat utk mumy je taun lepas. Sis dgn berbaik hati membelikan hadiah paling bez utk dia, dan aku tumpang share 25% je...haha kedekut tak. Ok la tu kan...buat ade2. So, pada 1st day cuti sekolah sempena deepavali tu (22 Okt), kitorg ke UM bawa my mom jumpa anak kesayangannye...first time beb gua drive sampai KL. Cepat tepuk tangan. Haha...
Mak siap masakkan asam pedas utk adik aku tu, siap utk awek dia skali...pehhhh...best le ko. Pas amik my bro, kitorg buang masa kat midvalley, chilling at Chili's, mengabiskan duit sis. Haha... Owh terjumpa kedai SaSa kegemaran...so perabis duit beli mekap baru, trus dua maskara aku sapu, brown eyeshadow n lip gloss yg paling aku suka...all by sasa...



Bufday boy wif his new shocking purplishpink G-shock!


Wif my beloved mom


Mangsa pengepauan, Sis Jodai!

22-30 Oktober, cuti sekolah seminggu. Hip hip hoorayy....ahad 23 Okt tu g kenduri kahwin my ex-classmate masa kat SMKDS. Gosip2 liar dgn my buddies, Alin n Ana. Haha....kisah aku serupa ngan Alin rupanya (off record, ahh poyo haha). Then g lawat my ESG budy yg baru pas menimang cahayamata kedua, congratz Eza...tp x dpt jumpa baby, baby kat spital kena dmm kuning cian dia.



Wif Alin


Wif Raihana


The Pengantin

Isnin dok umah je, Selasa bawa mumy g paso lambak n pastu kua pulak g bayo duit keta n shopping sorg2 kat Summit. Haha. Tiga kedai yg aku masuk semua tanya, "sorang je ke?" haha ape ade hal...sorg pun gua tetap shopping cam gila (sbb sorg la jd gila kut, huhu). Paling bez terbeli beg kaler pink yawww...hahaha..absolutely out of my mind. Tp sweet sgt so terbeli la ;p



It's pinky!!!

Rabu-jumaat hibernate kat umah je, menyiapkan projek yg tergendala. Haha apedia? Tggu kemunculan entri seterusnya nnt. Poyo kan? Haha.

Mlm sabtu, peristiwa pelik berlaku (selangkah ke alam misteri). Takmau la citer karang korang takut nak g kameh mlm2 (haha speaking banjar, sape phm??). Esok paginye mmg aku sedih sgt2 la....dua kitten aku telah dibelasah teruk oleh ape yg tak diketahui la. Mlm tu mmg aku dgr bunyi kucing2 bergaduh, aku expect kucing beso2 gaduh sesama dia...sebelum kucing gaduh tu la aku dgr sumthg yg wat aku kecut perut trus tarik selimut, jam 1 lebih pagi. Kesian sgt tgk keadaan kitten tu. Terlantar kat atas lantai serambi rumah, bermandi darah...bersepah2 darah plus air kencing dia. Keadaannya seperti dilempar dan dipijak. Takde cedera luaran, kitorg suspek internal bleeding, kaki n leher patah kot. Tp ia masih hidup, sehingga lebih kurang 33 jam selepas kejadian. Huhu. Me n sis gilir2 jaga dia, sampai la Allah ambil nyawanya pagi Ahad. Mmg aku berdoa supaya ia tinggalkan dunia ni sbb aku mmg tak sampai hati sangat tgk rupanya. Tu citer seekor, yg lagi seekor mmg dah selamat tinggal dah...mase pagi kejadian aku dok sibuk urus yg masih bernyawa tu, mak kucing tu plak duk sibuk mencarik2 mengigit2 menguyah2 isi perot anak dia yg dah mati seko lg tu. What the fish, terkejut gile aku, nasib baik aku tak pakai spek, tak nampak jelas, mau muntah darah aku tgk kalau clear....Aku mmg tak paham ape yg jadi sebenanye. Huhu....pg Ahad tu gak seko lagi kitten mati, ha yg tu mmg da dua tiga hari nampak badan dia lemah je, bukan sbb kena belasah. So pagi tu aku menggali dua kubur kucing, Patotnye tiga kan? Tp da seko tu abis kena makan dgn mumy dia, berkubur dalam perut mumy dia jela. Huhu.
Sehingga entri ini ditulis, aku masih ade 7 newborn kitten, dari mak kucing lain...9 kucing lg termasuk seekor parsian kucing yg kawan my sis bagi...kawaii tau...dapat kucing parsi free beb...



Mangsa kejadian...kesian kan...


Kini hanya tinggal kenangan


Luffy da' gothic carnivore! (pekat tu eyeliner...haha)


Nami da' parsian. Kawaii kan???

Hari terakhir cuti sekolah tu gak, aku berjaya menyiapkan projek aku. Hope my colleague will like it, walaupun agak lama tergendala projek tu. Huhu.



Ce teka ape ni??? ;p

Las day of Oct adalah first day bersekolah semula...tak perlu kerja kuat sangat sbb students in exam mode. Hehe. Tp berjaya menyibukkan diri menyiapkan stapler kertas2 soalan yg dah direzo utk exam bio Rabu ni...bagaimana la nnt performance students aku yg dua kelas tu....kesian dorg tak dapat guru Bio yg pure originally kepala otak Bio. Kepala otak biol adelah. Haha.

Okla cte dah habis. Entri terpanjang pernah aku tulis. Sekian.

P/s: Kenapa tajuk tu "pathetic", sbb byk perkara yg tak best drp yg best bulan ni...huhu. Dah,bubye.

Rolling eyes...

Phuuuu....(efek tiup habuk kat blog aku ni..hihihi)... mane tak berhabuk, jenguk blog sekali-sekala je...oi mmgla tak guna pemilik blog ni sampai template blog yg diguna dah takde pun tak sedar. Hahaha.... oleh sbb tu aku terpaksa la luangkan sket masa utk update blog ni guna template yg lain yang aku ambil dari sini. Tapi, template yg author tu buat kecik2 la tulisan naik berpinar gak biji mata nak baca. So tadi aku study japla coding2 bagai kat blogger ni n juz try n error je edit tulisan bagi beso n tuka kaler2 bagi sesuai dgn jiwa raga aku...hahaha, jiwa raga readers tak diambil kira pulak...nasibla ya... Then, aku ade gak edit sket tajuk blog aku ni n bbrpa content. Ikut kesesuaian suka hati aku...hehehe... Buat masa ni aku stick dulu la ngan layout yang ni...Nanti dah free betul2 cuti sekolah ujung taun ni barulah aku nak make-over lagi yer...(hahahaha cakap nak gempak, make-over seyh...) Dah tu je, tata.

I am back!!!!

Lame sungguh aku berhibernasi, baru datang balik mood nak berblogging....hehe...arini wat cleaning process dlu, esok2 baru aku tulis la....daaaa.....