An Amazing Journey To South Korea

Assalammualaikum.

~ At Nami Island ~

Ehem. Tak tahu nak mula dari mana. It's been a month since my journey to one of the East Asia's countries: South Korea. I went there on 24th March until 30th March 2014 with my elder sister and younger brother.
This vacation can be considered as "unexpected vacation" to me since it never crossed in my mind to travel overseas. In truth, aku bukanlah seorang yang suka melancong pon. Habis tu, kenapa tiba-tiba aku melancong ke sana? Just suddenly aje plan nak ke Korea tu tiba-tiba muncul. And one of the factors is the influence from Running Man show. Ha, ni salah satu punca aku ke sana sebab diorang selalu tunjuk makanan yang sedap-sedap. ^_^

Actually banyak cerita yang ingin aku kongsikan di sini berkaitan percutian singkat aku tu.Tak cukup satu entri ni je. So entri ni anggap jela sebagai teaser ye. Hehe. Cam bagus-bagus je aku ni siap nak teaser bagai.

First dinner kami kat Itaewon. The Bulgogi was really yummy! 

More pictures later. Stay tune...

Kedai Haiwan Kesayangan di Yong Peng

Assalammualaikum...

Punya lama tak round Yong Peng, semasa on the way ke Econsave Ahad lepas, terperasan sebuah kedai haiwan berpapan tandakan "Kedai Haiwan Kesayangan Glory Pets". Uiks uiks...seperti biasa ku dengar nama Glory Pets ni. Adakah, adakah Glory Pets macam kat Segamat tu? Omelku sendirian sambil memandu. Niat nak singgah untuk confirmation, sayangnya kedai tu tutup sebab hari Ahad. Esoknya aku pergi lagi ke Yong Peng semata-mata nak ke kedai haiwan tu untuk membeli ubat cirit bagi anak-anak kucingku. Mujur kedai tu ada menjual ubat yang aku cari, sesambil tu aku interview sekali salesgirl kat situ tentang kedai tersebut. Memang sah rupanya kedai tu cawangan Glory Pets Segamat. Yang kat Segamat tu HQ nya. Hoho baru ku tahu... Dan satu lagi fakta, kedai tu dah beroperasi setahun lebih. Tapi baru sekarang aku tahu...adoyai...kenapa la tak pernah perasan. Lupa pula nak tanya ada tak perkhidmatan rawatan kucing...kalau takde nak je aku suggest diorang buka klinik kat Yong Peng macam kat Segamat tu, senang sikit nak bawa kucing kalau sakit.

Aku tak pasti lah kat Yong Peng ada kedai haiwan yang lain ke tidak. Tapi dengan adanya kedai Glory Pets ni aku dah rasa cukup happy. Puas juga aku menggoogle kedai/klinik haiwan di Yong Peng tapi hampa, rupanya leh jumpa di alam nyata tak perlu google-google. Hehe.

Sekadar untuk makluman, ini alamat kedai Glory Pets tu di Yong Peng:
  • 204, Jalan Besar, Taman Sembrong Baru, 83700 Yong Peng, Johor. 
  • Tel : 07 - 4673305, Fax: 07 - 4673305

FROG VLE versus TOUCH SCREEN DEVICES

Assalammualaikum.

Wah... Rindu sangat kat blog usang aku ni. Hahaha lama kot tak update, sampai malu nak update. Ish ish ish. Ada ke sesiapa yang baca?

Oklah, pendekkan cerita, aku nak share cerita tentang FROG VLE dan touch screen gadgets. Rasa-rasanya, antara dua perkara tu, semua orang dah maklum tentang touch screen gadgets kan? Tapi yang FROG VLE tu apa pula?

FROG Virtual Learning Environment (VLE) merupakan satu sistem pembelajaran secara maya yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Buat masa ini, penggunaannya belum menyeluruh satu Malaysia lagi. Aku kenal FROG VLE ni pun sebab tahun ni sekolah aku dilantik sebagai salah sebuah Champion School (perintis) di Segamat untuk melaksanakan sistem ini di sekolah. Sistem ni lebih kurang sistem e-Learning yang aku gunakan di universiti dulu. Dalam FROG VLE ni guru-guru boleh assign kerja rumah pada students dan ibu bapa pon boleh pantau samada anak-anaknya buat kerja rumah ke tak. Ala-ala blog pun ye jugak sebab ada macam-macam widgets.

Login page FROG VLE

Nak cerita pasal FROG VLE ni memang banyak, nantilah aku tulis satu post pasal ni ye. Mula-mula tadi aku ada sebut tentang touch screen gadgets kan. Ok, begini, mengikut pengalaman setahun jagung aku, FROG VLE ni tak compatible dengan touch screen devices. Aku tak sure la dengan tab atau smartphone dia ok ke. Setakat ni aku jumpa masalah dengan laptop je sebab currently aku menggunakan laptop berskrin sentuh dan juga beberapa rakan yang lain yang menggunakan laptop skrin sentuh yang boleh cabut-cabut tu juga mengalami masalah sama. Masa mula-mula kami (yang menggunakan laptop touch screen) belajar FROG VLE memang amat tension sekali sebab sesetengah button tidak boleh diklik. Masa tu tak tahu lagi mana silapnya. Semasa in house training kali kedua beberapa bulan lepas barulah aku ketahui secara tak sengaja yang some of the buttons need to be clicked and some of them need to be touched. Tu pon masa aku saje-saje main touch kat skrin. Memang kelam kabut sangat nak buat kerja masa tu sebab ade button nak kena klik, ade yang nak kena touch. 

Contoh site dalam FROG VLE yang aku siapkan untuk homework kepada pelajar

Kotak kuning pada gambar tu menunjukkan widgets yang aku takleh klik, tapi boleh disentuh. Tapi ikon save changes, layout tu semua leh klik, takleh sentuh lak. Manakala toolbar atas yang aku buat kotak merah tu semuanya takleh klik langsung. Kena touch aje. Memang pening aku dibuatnya...

Perkara ni berlanjutan sampailah petang tadi aku nak share site ni pada students aku. Kemuncaknya yang menaikkan amarah aku apabila aku nak klik next masa share langsung tak boleh. Pastu aku teringatlah yang Penyelaras Bestari sekolah aku ada beritahu minggu lepas, pihak FrogAsia kata takde cara lain untuk selesaikan masalah ni kecuali disable fungsi touch screen pada laptop. Oh ya last week da try nak disable tapi tak jumpa kat mana. So tadi aku pun Google la dan luckily jumpa cara-cara nak disable. Dan akhirnya Alhamdulillah berjaya juga meng'disable'kan touch screen dan dengan suka hatinya aku leh klik semua ikon pada FROG VLE yang tak boleh diklik sebelum ini. Barulah aku bersemangat nak guna FROG VLE ni. Ehcewahhh konon. Hehehe.
Tapi masalah tak boleh klik next masa share tu bukan sebab touch screen, tapi sebab "kebijaksanaan" aku tak klik "add" masa pilih subject. Hahahaha patutlah takleh next... Bikin malu aje... Tapi bagus gak, kalau tak kerana insiden tu takdelah aku bermati-matian nak search info untuk disable touch screen. Hee... Nanti aku kongsikan ye cara-cara disable touch screen. Manalah tau ada antara korang yang alami masalah touch screen pada FROG VLE macam aku. Takdelah stress nanti. Hihi ^_^.

Till then. Sekian. 

Kek Coklat

Assalammualaikum wbt. 

Pertama sekali, entri ini bukan nak cerita resepi, tapi pengalaman. 

Moist chocolate cake, baked by me.

Tak tahulah kenapa sejak minggu lepas keinginan untuk membuat kek coklat sangat membuak-buak. Sepanjang hari meng'google' image kek coklat yang nampak sedap-sedap belaka. Kali terakhir aku buat kek coklat ni rasanya setahun lepas kot. Pastu oven aku pun dok menganggur je.

Sebenarnya aku dah beberapa kali gak buat kek coklat ni guna resepi yang sama, dapat dari internet, tapi tak ingat sumber mana, sebab dah bertahun sangat. Tapi beberapa kali tu jugak kek yang terhasil macam-macam bentuk ada. Bantat pernah, pecah pun pernah. Hehe. Maklumlah aku ni bukan reti sangat pun. Masa first try je dulu memang elok je kek aku menjadi la jugak. Masa tu bakar guna oven konvensional mak aku punya yang cap butterfly tu, yang takde timer, hanya ada meter suhu analog tu.

Ini gambar kek yang mula-mula buat dulu, around year 2009.

Bila aku dah ada oven yang boleh set suhu dan masa, kek yang aku buat tak berapa nak jadi, sedangkan aku ikut resepi tu sebijik-sebijik. Adoyaiiii....memang takde magis betul tangan aku ni buat kek agaknya ye. Huhu.

Disebabkan minggu lepas aku teringin sangat nak membuat kek, maka aku buat jugak la menggunakan resepi yang ada tu. Outcome nya masih sama. Kek memula naik cantik tapi kemudian macam naik tinggi beno sampai pecah-pecah.... Sudahnya memang aku trim atas kek tu dan salut cantik-cantik dengan coklat ganache. Kihkih. Namun, teksturnya yang agak padat tidak dapat disorok apabila dimakan. Huhu. Lebih-lebih lagi bila dah disimpan semalaman dalam peti sejuk, keras melatoi! Pada mulanya aku memang ingat nak kukus, sebab dah surf kat internet, mostly orang buat kek coklat ni dengan cara mengukus. Tapi oleh sebab aku malas nak cari pengukus mak aku, sudahnya memang dibakar gak kek tu.

Kek yang sedang dibakar. Masa ni nampak ok.

Kek coklat bakar yang dah disapu coklat ganache

Setengah daripada kek aku tinggalkan di kampung, selebihnya aku bawa balik ke Segamat untuk dibawa ke sekolah pada keesokan harinya. Aku memang tau kek tu tak berapa nak moist tapi aku kuatkan juga semangat bawa ke sekolah sebab nak dapatkan feedback, sebab ada seorang akak tu (rakan sekerja) yang memang dah biasa buat kek. Boleh la jugak aku tanya pendapat kat dia kan. Walaupun keras, habis jugak kek tu bila diletak di makmal. Hehe. Yang buat aku segan, GPK1 pun makan, tapi memang komen dia ikhlas la dan aku terima. Kihkih.

Aku sendiri memang tak berpuas hati dengan kek coklat aku tu. Maka, pada hari Khamis lepas selepas sambutan Maulidur Rasul di sekolah, aku bergegas ke kedai yang menjual perkakasan dapur di Segamat Baru untuk membeli sebuah periuk kukus. Ingatkan nak beli saiz sederhana, 28cm. Tapi dah abis stok, tokey tu kata kena tunggu Sabtu baru ada. Huishhh time tu dah balik kampung, lagipun semangat mem'baking' tengah membara, takleh tangguh-tangguh. Haha. Yang ada saiz paling kecil 26cm dan saiz lain yang besar-besar belaka. Maka, saiz paling comel la aku beli. Takkan nak beli yang gedabak, nak kukus ape? Setakat baru nak belajar masak, beli kecik dah la, for beginner. Eh cewah. Harga tertera RM45.90, tokey bagi RM40. Okey kut??? Aku pun tak sure.

Periuk kukus baru, cap kucing

Aku memang sangat teruja nak try buat kek coklat kukus tu. Maka tanpa berlengah, lepas beli pengukus, terus balik kuarters prepare bahan buat kek. A day before tu dah siap-siap shopping bahan kek kat Giant. Lega, kat Giant ada jual coklat masakan dan koko powder jenama Van Houten. Kenapa aku kata lega, sebab sebelum ni guna coklat masakan jenama syarikat X (nama dirahsiakan) untuk buat choc ganache (topping kek), hasilnya kurang mengujakan, malahan terlalu manis, rasa manis gula. Untuk kek kukus ni, aku tak guna resepi yang aku taat setia guna sebelum ni. Kali ni aku kurangkan kuantiti tepung dan guna kaedah penyediaan yang berbeza, hasil pembacaan daripada pelbagai sumber. Akhirnya Alhamdulillah berjaya gak aku menghasilkan kek coklat moist yang senonoh sikit dari segi rupa dan rasa. Ia sangat lembab dan lembut sekali apabila dikukus. Syukur. Keesokannya aku bawa ke sekolah lagi dan mendapat positive feedback daripada rakan-rakan. 

Tekstur kek yang lebih lembut dan lembab, but less porous. Takpe, boleh improve lagi.

Tanpa flash kamera, nampak hitam legam kan?

Pandangan sisi kek. Tak berapa nak tinggi. Memang macam ni ke???

Siap dilumur topping 

Yummy

Seriously, rasa kek coklat ni lebih sedap apabila dikukus berbanding dibakar. Lebih moist dan lembut. Bakar pun boleh, tapi mungkin teknik atau sukatan aku yang tak betul kot??? Hehe. Tak kisahlah, janji aku dah berusaha mencuba buat sendiri. Apabila berjaya, memang rasa riang gembira betul. Hihi. Dalam apa juga perkara yang kita buat dalam kehidupan ni, usah mudah berputus asa kerana hidup ni umpama eksperimen, kena berani mencuba. Oklah, chowww...

Wassalam.

Craving For Durian Crepe

Assalammualaikum.

Baru je lepas taip cerita pasal nasi ayam, nak update pasal makanan lagi. Haha.

Tengah tengok-tengok gambar tadi, jumpa gambar durian crepe yang aku buat bulan lepas. Cubaan kedua selepas cubaan pertama aritu yang tak nampak nilai komersial. Kikiki. Sebenarnya dah lama nak post pasal second attempt DC aku ni, asyik kononnya tak sempat aje. Ni dah alang-alang online, marilah tengok hasil rupa DC yang cun sikit tu berbanding yang first time buat.

Kulit lebih lembut dan lebih nipis daripada yang first time aritu


Nyummm

Adoih... My taste receptors are stimulated lah... Macam mana ni... Sedapnya DC. T_T

Nasi Ayam Madu

Assalammualaikum.

Salam tahun baru semua. Haha...dah setengah bulan Januari baru nak ucap yek, nampak sangat lama tak update. Tak kisah lah tu. Sejak sesi persekolahan yang baru dibuka, dah dua minggu aku tak balik kampung. Minggu lepas sebab nak kemas kuarters yang sebulan lebih ditinggalkan. Minggu ni pulak sebab nak setelkan kerja-kerja sekolah yang agak banyak jugalah. Ni pun tak siap lagi. Hmmm...

Sebagai terapi kesibukan minggu ni, mari kita main masak-masak. Hoho. Menu simple untuk diri sendiri aje, nasi ayam madu. First time buat sendiri ni, mujur menjadi. Jyeahhh...

Nasi Ayam Madu 

Versi kena flash camera. Ayam lebih kelihatan menggiurkan.

Sos cili pedasss

Sup ayam 

Aku ni takdelah pandai sangat masak. Setakat untuk penuhi tekak sendiri je jadilah. Resepi nasi, sup dan sos tu mengikut resepi mak. Resepi ayam madu rujuk resepi online dan mengikut bahan yang ada di dapur. Mujur ada madu asli petualang eh tualang yang dibeli di pasar minggu Parit Ya'ani. Memang sedap.

Untuk ayam madu tu, aku just campur je sos tiram, sos kicap manis dan madu kepada ayam yang dah dilumurkan dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Kemudian perap dalam 2 jam, dan dibakar. Sukatan main agak-agak je. Mujur la sedap. Hahaha....

Petang ni akan bakar ayam lagi untuk dinner pulak. Oh bahagianya hujung minggu aku. ^^

Bye.

Demam Durian Crepe

Assalammualaikum.

Sana-sini heboh memperkatakan menu pencuci mulut ni. Seriously, sebelum ni aku tak kenal langsung makanan ni sampailah kat newsfeed facebook aku penuh dgn gambar durian crepe. Sejak beberapa minggu lepas bermulalah igauan durian crepe sampai aku termimpi-mimpi. Setiap hari aku dok Google durian crepe ni, tengok macam sedap membuatkan aku tertanya-tanya apakah rasanya. 

Demi tidak menghampakan diri sendiri, aku pun cuba buat sendiri dengan berpandukan resepi yang dikongsikan para blogger lain. Kebanyakan mereka menggunakan resepi dan sukatan yang sama. Aku pun ikut jela, cuma aku campur bahan ikut suka aje sebab takde kitchen scale. Hahaha. Keluarga aku bangsa masak kuih tak payah nak sukat-sukat dgn scale, ikut instinct. Lepas tu buat crepe tak berapa nak nipis. Aku tak tau lah yg aku buat tu rasa dia sama ke macam durian crepe sebenar. Tapi aku rasa sedap aje, lemak-lemak manis. Makan sejuk-sejuk, memang sedap. 

Isi durian nya aku beli yang fresh. Masa aku beli semalam, apek  tu kata durian tu baru sampai. Harga RM6 sekilo. Aku beli 2 biji, harga RM24. Pastu dia tambah 2 biji durian kecik, cukupkan RM25. Pandailah ko apek. Aku tengok label situ dia tulis "Musang King". Aku tak tau lah betul ke tak tapi rasa dia memang sedap, warnanya kuning pekat, isi tebal manakala biji kecik. Kalau ikut ciri-ciri, dah macam musang king. Tapi kalau ikut harga, aku tak tau lah ye. Biasa bukan RMpuluh-puluh ke? Tak kisah lah, janji sodappp. Buat durian crepe pun jadi sedap walaupun first try. 

Leper macam bantal dah lama pakai. Ekekeke.

Rupa dia memang takde nilai komersial lah.

Tapi rasa dia, sedap lah jugak. Sumbat durian banyak-banyak.
Nampak kan crepe aku tebal. Haha. 

Dah tercapai hajat aku nak merasa DC ni. Lepas ni tak tau la nak buat lagi ke tak sebab aku lebih suka makan durian macam tu aje tanpa dieksploitasi dalam bentuk kuih. Ekekeke. At least dah tak jadi igauan dlm mimpi aku dah, nyampah tul.

Kalau korang nak resepi, tanya je kat Pakcik Google, k. Aku segan, sebab aku bukan pandai pun. Hoho. Baik korang tanya yang pakar.

Dah, bye.