The Shut Down of Megaupload

Assalammualaikum.

For free file download users out there, this will be a bad news for you guys...because there will be no more file sharing from this website. It has been officially shut down on Thursday due to some prosecutions. Tch tch tch...

Ok, switch bahasa pulak, karang aku mengarut pulak dengan English aku yg ke laut. Huhu. Pagi tadi masa bersiap-siap nak ke sekolah, macam biasalah aku on radio, dengar stesen faveret aku since zaman sekolah dulu-dulu, Hitz.FM. Dengar la breaking news diorang bahawa website Megaupload ni dah pun ditutup. Oh, dulu aku slalu gak mendownload anime kat site tu, dulu la zaman kat u. 

Kenapa site ni ditutup tiba-tiba? Diorang didakwa atas kesalahan menceroboh hak cipta terpelihara dan memudahkan orang ramai memuat turun pelbagai fail samada muzik, muvi dan macam-macam lagi secara harammm....kiranya macam lanun cetak rompak secara online la... Sekarang ni kat internet tengah hangat isu SOPA dan PIPA yang memperjuangkan hak cipta terpelihara. Nak cakap lebih2 aku pun tak sure, korang leh baca kat sini

Melalui berita yang aku baca, rentetan daripada penutupan site tu, sekumpulan hackers dikenali sebagai 'Anonymous' dah hack beberapa site yang menyokong SOPA n PIPA selain daripada website industri muzik dan perfileman termasuklah Universal Music dan Motion Picture, umpama cam balas dendam la. 

So, what do u think guys? Pernahkah korang menjadi pelanggan bahan cetak rompak? Apa? Semuanya original je? Hehehe...think again. 

p/s: Dah lama tak download anime la....utk sesiapa yang nak alternatif lain mendownload selain MU ni, carik kat sini yer. 

Dah. Bai. 

0 Tukang Karut Selanjutnya: