Assalammualaikum...
Gambar di atas adalah merupakan logo rasmi UTM. Dulu aku belajar di sana, di kampus induk Skudai selama 4 tahun. Pengalaman yang berharga telah aku timba di sana sehinggalah aku berupaya menjadi diriku kini. Alhamdulillah.
Sebenarnya nak cuba kaitkan kerjaya aku sekarang dengan tagline UTM tu. "Kerana Tuhan Untuk Manusia". Ya, bagi aku, aku bekerja kerana Dia Yang Satu, Allah SWT. Manakala bidang kerjaya aku pula membolehkan aku berbakti untuk manusia, masyarakat. Aku gembira dengan jalan yang aku pilih. Aku cuba sedaya upaya aku agar sentiasa ikhlas semasa bekerja namun terkadang mengeluh juga...biasalah tu kan?
Hari ini jadual persekolahan agak padat. Lihat saja gambar-gambar di bawah ini...berusaha mendidik mereka agar suatu hari nanti mereka juga mampu mencurahkan bakti kepada masyarakat dengan lebih baik lagi.
Gelagat pelajar 5 Ibnu Rusyd di makmal bio.
Seronok melihat mereka begitu tekun menjalankan eksperimen.
Usai waktu persekolahan 2.05 ptg pada hari Rabu, aktiviti kokurikulum pula menanti pada jam 3 ptg. Siang tadi merupakan hari mesyuarat agung bagi semua badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Tugas aku, guru penasihat:
- Kadet Polis
- Kelab Pencinta Alam Sekitar
- Kelab Badminton
Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Ah nape tu aktiviti 2010? Typo error, abaikan je. Haha sape buat ni?
Suasana pendaftaran ahli kelab badminton (putera)
Ramai pulak pelajar Form 1 yang nak daftar masuk kelab badminton. Lebih kuota, camne???
Semua mesyuarat tamat lebih kurang jam 5 ptg. Agak penat hari ni. Balik sekejap utk Asar, dtg lagi ke dewan sekolah, mengawasi ahli kelab badminton praktis utk pemilihan bagi wakil sekolah ke game daerah lepas cuti raya cina nanti.
Praktis praktis praktis!
(Aku hanya sebagai pemerhati, tak pandai main. Haha)
Dah penat sangat, ini saja yg mampu aku masak utk makan malam diri sendiri, beserta ikan goreng. Ringkas, alhamdulillah kenyang.
Itu sahaja coretan hari ini. Apakah pula cerita esok? Semoga lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman menempuh kehidupan.
K. Wassalam.
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment