Assalammualaikum.
Selamat tahun baru 2012... Nampaknye kita semua dah berjaya melalui hari pertama dalam kitaran 366 hari tahun ni. Oh ya, tahun ni merupakan tahun lompat ye kawan-kawan. Tahu tak tahun lompat tu bermaksud ape? Ia merupakan tahun yg istimewa bagi mereka yg lahir pada 29 Februari sbb tarikh ini hanya akan muncul 4 tahun sekali sahaja. Biasanya dalam setahun hanya ade 365 hari saja kan, tp bagi tahun lompat ni ade extra satu hari. Mesti korang yg sambut birthday 4 thn sekali tu sangat teruja tahun ni. Hehehe.
First day of my January for this year was really meaningful. Aktiviti harian aku sepanjang cuti sekolah berlangsung seperti biasa, yg luar biasa, tak perlu la share kat sini. Cuma apa yg aku leh katakan, aku sangat gembira dikelilingi insan yg aku sayangi. Bersyukur kpd Allah kerana aku masih bernafas hari ini dan dapat melihat wajah2 insan yg kusayangi. Alhamdulillah.
Apa-apa pun, aku harap 365 hari lagi yang perlu aku lalui akan terisi dengan pelbagai kisah menarik, tp bukanla kisah dongeng. Eh mengarut lak. Hehe. Semoga kehidupan aku akan lebih bermakna lagi. Aminnn...
p/s: Countdown bukak sekolah....huuuu....demam selesema pulak ni T_T
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment