Kerja cuti sekolah

Assalammualaikum.

Currently, sedang mengusahakan ini. Agak-agak, apa ya?

Colourful felt, siap digunting!

Buttons...nak kasi match sama felt.

p/s: Work still in progress, asyik terganggu akibat menonton anime hasutan adik aku. Berikrar utk siapkan sebelum esok. Eh-cewah. 

Angry Bird Keychain

Assalammualaikum.

Ini partner keychain domo yg ditempah rakan. Setelah beberapa kali di'adjust' supaya kelihatan bulat.

Letak dalam nest pulak. Hehe.

Tu je. Bubye.

Hello-domo!

Assalammualaikum.


Semua pun kenal ini apa kan? Momok-kun Domo-kun, tapi made in Parit Usop okay. Ini tempahan rakan sekerja sebagai keychain buat puterinya. Sudah lama siap cuma tak terbagi lagi atas sebab tertentu (ahhh aku selalu lupa bawa ke sekolah, so sorry senior T_T).

 Full view.

Side view.

p/s: Saje nak eksen bunga plastik beli kat Ayer Hitam aritu. Hehehe. 

Cabai burung sekilo bos!!!!!

Assalammualaikum.

Hahahahahamik kau punye besar gambar aku tampal kat sini.

HAHAHAHA... Adusss siapa yg makan cili dia yg terasa pedas, okey??? Kau ni bikin lawak lah ^^ aku hampir gelak guling2 dgn kenyataan kau. Takpe, teruskan lah yer 'silent reader'. Drama King betul.

Again, post ini tidak menyatakan mana-mana NAMA jadi jangan nak sentap2 tak tentu hala. Tapi jika ade yg sentap sampai tak terkawal emosi, dialah pemakan cili nya....ahahahaha...

Phewwwwwwwww.....

Memula tadi igt nak pinjam gambar kat pakcik Google image je. Rasa tak mencabar pulak amik gambar orang punye kan. Terus aku bukak paint dan lukis ini. Amcam, ada ok ka? Ahahaha lawak jek bengkang-bengkok artwork aku. 

p/s: Pagi tadi makan megi bubuh cili 3 biji je tapi pedas yang amat. Kompemmmm esok cirit...Ahahaha... (Sapela supplier cili kat econsave tu, membunuh tul pedasnye).

Info: Cabai burung = cili padi = cili perawit. 
Family aku panggil cabai burung je. Korang bagaimana??? ^__^

The Shut Down of Megaupload

Assalammualaikum.

For free file download users out there, this will be a bad news for you guys...because there will be no more file sharing from this website. It has been officially shut down on Thursday due to some prosecutions. Tch tch tch...

Ok, switch bahasa pulak, karang aku mengarut pulak dengan English aku yg ke laut. Huhu. Pagi tadi masa bersiap-siap nak ke sekolah, macam biasalah aku on radio, dengar stesen faveret aku since zaman sekolah dulu-dulu, Hitz.FM. Dengar la breaking news diorang bahawa website Megaupload ni dah pun ditutup. Oh, dulu aku slalu gak mendownload anime kat site tu, dulu la zaman kat u. 

Kenapa site ni ditutup tiba-tiba? Diorang didakwa atas kesalahan menceroboh hak cipta terpelihara dan memudahkan orang ramai memuat turun pelbagai fail samada muzik, muvi dan macam-macam lagi secara harammm....kiranya macam lanun cetak rompak secara online la... Sekarang ni kat internet tengah hangat isu SOPA dan PIPA yang memperjuangkan hak cipta terpelihara. Nak cakap lebih2 aku pun tak sure, korang leh baca kat sini

Melalui berita yang aku baca, rentetan daripada penutupan site tu, sekumpulan hackers dikenali sebagai 'Anonymous' dah hack beberapa site yang menyokong SOPA n PIPA selain daripada website industri muzik dan perfileman termasuklah Universal Music dan Motion Picture, umpama cam balas dendam la. 

So, what do u think guys? Pernahkah korang menjadi pelanggan bahan cetak rompak? Apa? Semuanya original je? Hehehe...think again. 

p/s: Dah lama tak download anime la....utk sesiapa yang nak alternatif lain mendownload selain MU ni, carik kat sini yer. 

Dah. Bai. 

Kerana Tuhan Untuk Manusia

Assalammualaikum...


Gambar di atas adalah merupakan logo rasmi UTM. Dulu aku belajar di sana, di kampus induk Skudai selama 4 tahun. Pengalaman yang berharga telah aku timba di sana sehinggalah aku berupaya menjadi diriku kini. Alhamdulillah. 

Sebenarnya nak cuba kaitkan kerjaya aku sekarang dengan tagline UTM tu. "Kerana Tuhan Untuk Manusia". Ya, bagi aku, aku bekerja kerana Dia Yang Satu, Allah SWT. Manakala bidang kerjaya aku pula membolehkan aku berbakti untuk manusia, masyarakat. Aku gembira dengan jalan yang aku pilih. Aku cuba sedaya upaya aku agar sentiasa ikhlas semasa bekerja namun terkadang mengeluh juga...biasalah tu kan? 

Hari ini jadual persekolahan agak padat. Lihat saja gambar-gambar di bawah ini...berusaha mendidik mereka agar suatu hari nanti mereka juga mampu mencurahkan bakti kepada masyarakat dengan lebih baik lagi. 

Gelagat pelajar 5 Ibnu Rusyd di makmal bio.

Seronok melihat mereka begitu tekun menjalankan eksperimen.

Usai waktu persekolahan 2.05 ptg pada hari Rabu, aktiviti kokurikulum pula menanti pada jam 3 ptg. Siang tadi  merupakan hari mesyuarat agung bagi semua badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab permainan. Tugas aku, guru penasihat: 
  1. Kadet Polis
  2. Kelab Pencinta Alam Sekitar
  3. Kelab Badminton

Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat. Ah nape tu aktiviti 2010? Typo error, abaikan je. Haha sape buat ni?

Suasana pendaftaran ahli kelab badminton (putera)

Ramai pulak pelajar Form 1 yang nak daftar masuk kelab badminton. Lebih kuota, camne??? 

Semua mesyuarat tamat lebih kurang jam 5 ptg. Agak penat hari ni. Balik sekejap utk Asar, dtg lagi ke dewan sekolah, mengawasi ahli kelab badminton praktis utk pemilihan bagi wakil sekolah ke game daerah lepas cuti raya cina nanti. 

Praktis praktis praktis!
(Aku hanya sebagai pemerhati, tak pandai main. Haha)

Dah penat sangat, ini saja yg mampu aku masak utk makan malam diri sendiri, beserta ikan goreng. Ringkas, alhamdulillah kenyang. 

Itu sahaja coretan hari ini. Apakah pula cerita esok? Semoga lebih bermakna untuk dijadikan pengalaman menempuh kehidupan. 

K. Wassalam. 

No offense...

Since this post doesn't mention any name, thus please don't be offended of what i'm going to say...^^

Engkau. Tak habis-habis dgn perangai kau tu. Kadang2 aku simpati pada kau.  Mungkin terperangkap dalam perasaan sendiri walau dalam kehidupan yang baru. Pity on u. Move on, enjoy every bit of your life yg dah berkembang mekar tu. Why wasting your time, still concern of what i'm doing and sneaking into my private life?  Tak kacak lah buat macam tu. If you got plenty of time to talk bad about other ppl, why don't you spend the time to topup your 'pahala'? Your words are always nice, like u are always right. That's good if you really want to 'tarbiah' other ppl, follow the right path then...but not to condemn others. Btw, it's great effort lah...great job ^^

Sekian sahaja. Tak suka, tekan aje pangkah kat window tu. Byebye.

Duit Syiling Malaysia Siri 3

Assalammualaikum...

Nak duit ni???
Tunggu pengeluarannye esok, 16 Januari 2012.  Hehe. 
Tak sabar nak guna syiling baru ni. Paling suka syiling 50 sen dan 20 sen tu. Eksklusif je nampak. 
Penerangan lanjut tentang keunikan setiap duit syiling ini, baca kat wesite BNM ni yer...

K bai.

A weekend at SMKAS's kuarters

Assalammualaikum...

Dah dekat 2 minggu tak update, macam bz sangat je kat sekolah. Padahal takdela bz sgt pun. Next week da nak cuti sekolah lagi seminggu sempena CNY, so minggu ni tak balik kg, spend my precious weekend mengemas kuarters dan paling penting....buat ni....

Jahit langsir!!!

Longgokan kain langsir yg baru digunting. Amcam, saje pilih kaler gothic2 sket. Hehe.

Yeah...siap akhirnya langsir utk pasang kat kuarters...alhamdulillah... Tinggal langsir pintu bilik2 je lum wat lagi...later la...nak wat keje sekolah dulu. Minggu ni maybe org jabatan nak turun sekolah. So better lengkapkan fail rekod mengajar dlu. Huhu. Penat gila mengemas ni silap2 terbongkang sebelum keje sekolah siap. Hehe.

K dah. Bye. 

Nah, saje letak pic masa pendaftaran pelajar 3 Jan 2012 aritu. Hehe. 

Saya Suka Choc Coolblog Sehinggalah...

Jadi goblok??? Haha.


Assalammualaikum...

Sakit-sakit makin mengarut. Cuba la ingat sikit, sakit tu kan penghapus dosa. Errrr... sebenarnye aku kurang sihat. Puncanya, coolblog tu la. Selalunye yg aku beli di BP ok jek siap dgn pearl kacip fatimah lagi. Tp mungkin sbb antibodi aku bercuti aritu, so lepas beberapa kali sedut coolblog yg dibeli otw ke KL aritu (kat R&R nama dirahsiakan, ceh), terus aku sakit tekak dan selesema. Huhu. Nak bukak sekolah sakit pulak. Sabar jela...

Arini takde aktiviti menarik yg aku lakukan. Pagi, selepas membasuh pakaian, aku meng'vacuum' dalaman BK yg dah berhabuk. Konon nak mengeluarkan peluh supaya cepat sihat, end up bersin aje kejanya. Tah pape. Sudahnya petang td aku terbongkang aje sebab bertambah pening kepala. Padan muka. So cancel plan aku nak balik Segamat ptg td. 

Sok pagi-pagi kena bgn nak gerak awal, esok ade pendaftaran pelajar baru dan lama kat SMKAS. Pastu baru teringat, esok kena pakai baju batik sekolah yg baru dan dengan dukacitanya aku umumkan di sini bahawa, baju aku tak berjahit lagi. Hahahaha dan konon-konon tadi cepat-cepat gi gunting kain dgn penuh bersemangat, sempat gak gunting bahagian baju dan belakang kain sampaila aku dgr mak aku on TV9. Ahhh Karma! Sudahnya, aku lipat semula kain-kain semua dan simpan, dlm hati "ahh esok pakai baju yg lebih kurang jela kalernye, aku kan ade baju batik cokelat". Hahaha tp frust jugak tak dpt bergaya dgn baju baru. Nasib ko la labuuuu...sape suruh pelupa macam mak nenek. Cuti sebulan pun baju tak siap jugak...hampehhhh... 

Dahla, aku nak pegi recharge energy utk kerahan tenaga esok. Selamat mlm semua. SALAM.

p/s: Nak g minum air berpanadol soluble...Thanx my abah tolong belikan. 



2012: The Leap Year

Assalammualaikum.


Selamat tahun baru 2012... Nampaknye kita semua dah berjaya melalui hari pertama dalam kitaran 366 hari tahun ni. Oh ya, tahun ni merupakan tahun lompat ye kawan-kawan. Tahu tak tahun lompat tu bermaksud ape? Ia merupakan tahun yg istimewa bagi mereka yg lahir pada 29 Februari sbb tarikh ini hanya akan muncul 4 tahun sekali sahaja. Biasanya dalam setahun hanya ade 365 hari saja kan, tp bagi tahun lompat ni ade extra satu hari. Mesti korang yg sambut birthday 4 thn sekali tu sangat teruja tahun ni. Hehehe.

First day of my January for this year was really meaningful. Aktiviti harian aku sepanjang cuti sekolah berlangsung seperti biasa, yg luar biasa, tak perlu la share kat sini. Cuma apa yg aku leh katakan, aku sangat gembira dikelilingi insan yg aku sayangi. Bersyukur kpd Allah kerana aku masih bernafas hari ini dan dapat melihat wajah2 insan yg kusayangi. Alhamdulillah. 

Apa-apa pun, aku harap 365 hari lagi yang perlu aku lalui akan terisi dengan pelbagai kisah menarik, tp bukanla kisah dongeng. Eh mengarut lak. Hehe. Semoga kehidupan aku akan lebih bermakna lagi. Aminnn...

p/s: Countdown bukak sekolah....huuuu....demam selesema pulak ni T_T