Long-awaited decision!

Akhirnya penantian aku terhadap keputusan kabinet berkenaan isu PPSMI berakhir hari ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sains & Matematik akan diajar menggunakan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu bermula pada tahun 2012, secara berperingkat.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini dan di sini.

Hmmmm...kalau itu yang telah dipersetujui maka semua pihak perlulah akur terhadap keputusan kabinet itu. Aku memang la belum mengajar lagi, tapi InsyaAllah cepat atau lambat aku akan mengajar juga nanti...Yang pasti aku akan termasuk dalam golongan mangsa keadaan...hoho... Memandangkan keputusan muktamad telah pun dicapai maka aku enggan lah mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara ini...

Justeru, selamat berjuang diucapkan kepada para guru Sains & Math di Malaysia, dan tidak lupa juga kepada guru-guru English yang masa pengajaran mereka turut akan ditambah itu...

p/s Entri ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya demi isu PPSMI yang telah jadi PPSMM...hoho pandai2 aje aku tuka jd PPSMM. Oh, maafkan saya tajuk itu ditulis dalam english.

0 Tukang Karut Selanjutnya: