Salam tahun baru semua. Haha...dah setengah bulan Januari baru nak ucap yek, nampak sangat lama tak update. Tak kisah lah tu. Sejak sesi persekolahan yang baru dibuka, dah dua minggu aku tak balik kampung. Minggu lepas sebab nak kemas kuarters yang sebulan lebih ditinggalkan. Minggu ni pulak sebab nak setelkan kerja-kerja sekolah yang agak banyak jugalah. Ni pun tak siap lagi. Hmmm...
Sebagai terapi kesibukan minggu ni, mari kita main masak-masak. Hoho. Menu simple untuk diri sendiri aje, nasi ayam madu. First time buat sendiri ni, mujur menjadi. Jyeahhh...
Nasi Ayam Madu
Versi kena flash camera. Ayam lebih kelihatan menggiurkan.
Sos cili pedasss
Sup ayam
Aku ni takdelah pandai sangat masak. Setakat untuk penuhi tekak sendiri je jadilah. Resepi nasi, sup dan sos tu mengikut resepi mak. Resepi ayam madu rujuk resepi online dan mengikut bahan yang ada di dapur. Mujur ada madu asli
Untuk ayam madu tu, aku just campur je sos tiram, sos kicap manis dan madu kepada ayam yang dah dilumurkan dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Kemudian perap dalam 2 jam, dan dibakar. Sukatan main agak-agak je. Mujur la sedap. Hahaha....
Petang ni akan bakar ayam lagi untuk dinner pulak. Oh bahagianya hujung minggu aku. ^^
Bye.
0 Tukang Karut Selanjutnya:
Post a Comment