Kek Coklat

Assalammualaikum wbt. 

Pertama sekali, entri ini bukan nak cerita resepi, tapi pengalaman. 

Moist chocolate cake, baked by me.

Tak tahulah kenapa sejak minggu lepas keinginan untuk membuat kek coklat sangat membuak-buak. Sepanjang hari meng'google' image kek coklat yang nampak sedap-sedap belaka. Kali terakhir aku buat kek coklat ni rasanya setahun lepas kot. Pastu oven aku pun dok menganggur je.

Sebenarnya aku dah beberapa kali gak buat kek coklat ni guna resepi yang sama, dapat dari internet, tapi tak ingat sumber mana, sebab dah bertahun sangat. Tapi beberapa kali tu jugak kek yang terhasil macam-macam bentuk ada. Bantat pernah, pecah pun pernah. Hehe. Maklumlah aku ni bukan reti sangat pun. Masa first try je dulu memang elok je kek aku menjadi la jugak. Masa tu bakar guna oven konvensional mak aku punya yang cap butterfly tu, yang takde timer, hanya ada meter suhu analog tu.

Ini gambar kek yang mula-mula buat dulu, around year 2009.

Bila aku dah ada oven yang boleh set suhu dan masa, kek yang aku buat tak berapa nak jadi, sedangkan aku ikut resepi tu sebijik-sebijik. Adoyaiiii....memang takde magis betul tangan aku ni buat kek agaknya ye. Huhu.

Disebabkan minggu lepas aku teringin sangat nak membuat kek, maka aku buat jugak la menggunakan resepi yang ada tu. Outcome nya masih sama. Kek memula naik cantik tapi kemudian macam naik tinggi beno sampai pecah-pecah.... Sudahnya memang aku trim atas kek tu dan salut cantik-cantik dengan coklat ganache. Kihkih. Namun, teksturnya yang agak padat tidak dapat disorok apabila dimakan. Huhu. Lebih-lebih lagi bila dah disimpan semalaman dalam peti sejuk, keras melatoi! Pada mulanya aku memang ingat nak kukus, sebab dah surf kat internet, mostly orang buat kek coklat ni dengan cara mengukus. Tapi oleh sebab aku malas nak cari pengukus mak aku, sudahnya memang dibakar gak kek tu.

Kek yang sedang dibakar. Masa ni nampak ok.

Kek coklat bakar yang dah disapu coklat ganache

Setengah daripada kek aku tinggalkan di kampung, selebihnya aku bawa balik ke Segamat untuk dibawa ke sekolah pada keesokan harinya. Aku memang tau kek tu tak berapa nak moist tapi aku kuatkan juga semangat bawa ke sekolah sebab nak dapatkan feedback, sebab ada seorang akak tu (rakan sekerja) yang memang dah biasa buat kek. Boleh la jugak aku tanya pendapat kat dia kan. Walaupun keras, habis jugak kek tu bila diletak di makmal. Hehe. Yang buat aku segan, GPK1 pun makan, tapi memang komen dia ikhlas la dan aku terima. Kihkih.

Aku sendiri memang tak berpuas hati dengan kek coklat aku tu. Maka, pada hari Khamis lepas selepas sambutan Maulidur Rasul di sekolah, aku bergegas ke kedai yang menjual perkakasan dapur di Segamat Baru untuk membeli sebuah periuk kukus. Ingatkan nak beli saiz sederhana, 28cm. Tapi dah abis stok, tokey tu kata kena tunggu Sabtu baru ada. Huishhh time tu dah balik kampung, lagipun semangat mem'baking' tengah membara, takleh tangguh-tangguh. Haha. Yang ada saiz paling kecil 26cm dan saiz lain yang besar-besar belaka. Maka, saiz paling comel la aku beli. Takkan nak beli yang gedabak, nak kukus ape? Setakat baru nak belajar masak, beli kecik dah la, for beginner. Eh cewah. Harga tertera RM45.90, tokey bagi RM40. Okey kut??? Aku pun tak sure.

Periuk kukus baru, cap kucing

Aku memang sangat teruja nak try buat kek coklat kukus tu. Maka tanpa berlengah, lepas beli pengukus, terus balik kuarters prepare bahan buat kek. A day before tu dah siap-siap shopping bahan kek kat Giant. Lega, kat Giant ada jual coklat masakan dan koko powder jenama Van Houten. Kenapa aku kata lega, sebab sebelum ni guna coklat masakan jenama syarikat X (nama dirahsiakan) untuk buat choc ganache (topping kek), hasilnya kurang mengujakan, malahan terlalu manis, rasa manis gula. Untuk kek kukus ni, aku tak guna resepi yang aku taat setia guna sebelum ni. Kali ni aku kurangkan kuantiti tepung dan guna kaedah penyediaan yang berbeza, hasil pembacaan daripada pelbagai sumber. Akhirnya Alhamdulillah berjaya gak aku menghasilkan kek coklat moist yang senonoh sikit dari segi rupa dan rasa. Ia sangat lembab dan lembut sekali apabila dikukus. Syukur. Keesokannya aku bawa ke sekolah lagi dan mendapat positive feedback daripada rakan-rakan. 

Tekstur kek yang lebih lembut dan lembab, but less porous. Takpe, boleh improve lagi.

Tanpa flash kamera, nampak hitam legam kan?

Pandangan sisi kek. Tak berapa nak tinggi. Memang macam ni ke???

Siap dilumur topping 

Yummy

Seriously, rasa kek coklat ni lebih sedap apabila dikukus berbanding dibakar. Lebih moist dan lembut. Bakar pun boleh, tapi mungkin teknik atau sukatan aku yang tak betul kot??? Hehe. Tak kisahlah, janji aku dah berusaha mencuba buat sendiri. Apabila berjaya, memang rasa riang gembira betul. Hihi. Dalam apa juga perkara yang kita buat dalam kehidupan ni, usah mudah berputus asa kerana hidup ni umpama eksperimen, kena berani mencuba. Oklah, chowww...

Wassalam.

0 Tukang Karut Selanjutnya: