Kedai Haiwan Kesayangan di Yong Peng

Assalammualaikum...

Punya lama tak round Yong Peng, semasa on the way ke Econsave Ahad lepas, terperasan sebuah kedai haiwan berpapan tandakan "Kedai Haiwan Kesayangan Glory Pets". Uiks uiks...seperti biasa ku dengar nama Glory Pets ni. Adakah, adakah Glory Pets macam kat Segamat tu? Omelku sendirian sambil memandu. Niat nak singgah untuk confirmation, sayangnya kedai tu tutup sebab hari Ahad. Esoknya aku pergi lagi ke Yong Peng semata-mata nak ke kedai haiwan tu untuk membeli ubat cirit bagi anak-anak kucingku. Mujur kedai tu ada menjual ubat yang aku cari, sesambil tu aku interview sekali salesgirl kat situ tentang kedai tersebut. Memang sah rupanya kedai tu cawangan Glory Pets Segamat. Yang kat Segamat tu HQ nya. Hoho baru ku tahu... Dan satu lagi fakta, kedai tu dah beroperasi setahun lebih. Tapi baru sekarang aku tahu...adoyai...kenapa la tak pernah perasan. Lupa pula nak tanya ada tak perkhidmatan rawatan kucing...kalau takde nak je aku suggest diorang buka klinik kat Yong Peng macam kat Segamat tu, senang sikit nak bawa kucing kalau sakit.

Aku tak pasti lah kat Yong Peng ada kedai haiwan yang lain ke tidak. Tapi dengan adanya kedai Glory Pets ni aku dah rasa cukup happy. Puas juga aku menggoogle kedai/klinik haiwan di Yong Peng tapi hampa, rupanya leh jumpa di alam nyata tak perlu google-google. Hehe.

Sekadar untuk makluman, ini alamat kedai Glory Pets tu di Yong Peng:
  • 204, Jalan Besar, Taman Sembrong Baru, 83700 Yong Peng, Johor. 
  • Tel : 07 - 4673305, Fax: 07 - 4673305