FROG VLE versus TOUCH SCREEN DEVICES

Assalammualaikum.

Wah... Rindu sangat kat blog usang aku ni. Hahaha lama kot tak update, sampai malu nak update. Ish ish ish. Ada ke sesiapa yang baca?

Oklah, pendekkan cerita, aku nak share cerita tentang FROG VLE dan touch screen gadgets. Rasa-rasanya, antara dua perkara tu, semua orang dah maklum tentang touch screen gadgets kan? Tapi yang FROG VLE tu apa pula?

FROG Virtual Learning Environment (VLE) merupakan satu sistem pembelajaran secara maya yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Buat masa ini, penggunaannya belum menyeluruh satu Malaysia lagi. Aku kenal FROG VLE ni pun sebab tahun ni sekolah aku dilantik sebagai salah sebuah Champion School (perintis) di Segamat untuk melaksanakan sistem ini di sekolah. Sistem ni lebih kurang sistem e-Learning yang aku gunakan di universiti dulu. Dalam FROG VLE ni guru-guru boleh assign kerja rumah pada students dan ibu bapa pon boleh pantau samada anak-anaknya buat kerja rumah ke tak. Ala-ala blog pun ye jugak sebab ada macam-macam widgets.

Login page FROG VLE

Nak cerita pasal FROG VLE ni memang banyak, nantilah aku tulis satu post pasal ni ye. Mula-mula tadi aku ada sebut tentang touch screen gadgets kan. Ok, begini, mengikut pengalaman setahun jagung aku, FROG VLE ni tak compatible dengan touch screen devices. Aku tak sure la dengan tab atau smartphone dia ok ke. Setakat ni aku jumpa masalah dengan laptop je sebab currently aku menggunakan laptop berskrin sentuh dan juga beberapa rakan yang lain yang menggunakan laptop skrin sentuh yang boleh cabut-cabut tu juga mengalami masalah sama. Masa mula-mula kami (yang menggunakan laptop touch screen) belajar FROG VLE memang amat tension sekali sebab sesetengah button tidak boleh diklik. Masa tu tak tahu lagi mana silapnya. Semasa in house training kali kedua beberapa bulan lepas barulah aku ketahui secara tak sengaja yang some of the buttons need to be clicked and some of them need to be touched. Tu pon masa aku saje-saje main touch kat skrin. Memang kelam kabut sangat nak buat kerja masa tu sebab ade button nak kena klik, ade yang nak kena touch. 

Contoh site dalam FROG VLE yang aku siapkan untuk homework kepada pelajar

Kotak kuning pada gambar tu menunjukkan widgets yang aku takleh klik, tapi boleh disentuh. Tapi ikon save changes, layout tu semua leh klik, takleh sentuh lak. Manakala toolbar atas yang aku buat kotak merah tu semuanya takleh klik langsung. Kena touch aje. Memang pening aku dibuatnya...

Perkara ni berlanjutan sampailah petang tadi aku nak share site ni pada students aku. Kemuncaknya yang menaikkan amarah aku apabila aku nak klik next masa share langsung tak boleh. Pastu aku teringatlah yang Penyelaras Bestari sekolah aku ada beritahu minggu lepas, pihak FrogAsia kata takde cara lain untuk selesaikan masalah ni kecuali disable fungsi touch screen pada laptop. Oh ya last week da try nak disable tapi tak jumpa kat mana. So tadi aku pun Google la dan luckily jumpa cara-cara nak disable. Dan akhirnya Alhamdulillah berjaya juga meng'disable'kan touch screen dan dengan suka hatinya aku leh klik semua ikon pada FROG VLE yang tak boleh diklik sebelum ini. Barulah aku bersemangat nak guna FROG VLE ni. Ehcewahhh konon. Hehehe.
Tapi masalah tak boleh klik next masa share tu bukan sebab touch screen, tapi sebab "kebijaksanaan" aku tak klik "add" masa pilih subject. Hahahaha patutlah takleh next... Bikin malu aje... Tapi bagus gak, kalau tak kerana insiden tu takdelah aku bermati-matian nak search info untuk disable touch screen. Hee... Nanti aku kongsikan ye cara-cara disable touch screen. Manalah tau ada antara korang yang alami masalah touch screen pada FROG VLE macam aku. Takdelah stress nanti. Hihi ^_^.

Till then. Sekian.